Checklist untuk newborn | Gigih Mommy buat checklist untuk my newborn baby nanti. Dalam masa yang sama, balik kena cekidaut apa yang masih boleh guna dari barang2 HD dulu…
CHECKLIST UNTUK NEWBORN
PRIORITY
Pakaian (Set Tema Putih/Pink/Biru. Elakkan Hijau/Kuning)
1. Baju Lengan Panjang (Kurangkan)
2. Baju Lengan Pendek (Banyakkan)
3. Baju Lubang (Banyakkan)
4. Seluar Panjang (Banyakkan)
5. Seluar Pendek (Kurangkan)
6. Set Sarung Tangan Dan Kaki (Yang Biasa. Yang Jenis Lubang Banyakkan)
7. Barut (Jenis Zipzap)
8. Swaddle Jns Zip (Gugu)
9. Topi
10. Set Baju semasa keluar hospital (optional)
11. Penyangkut
[psst: x perlu banyak sangat baju semua tu ya. sbb baby cepat besar.]
[psst: sila basuh dahulu sebelum baby keluar nt. so, baby pakai baju yang dah dibasuh n potensi alergi i’Allah xde.]
[elakkan perah dgn kuat, memulas atau kibar baju – petua org tua utk elakkan baby mengeliat. seksa tau tgk baby mengeliat. utk 3 bulan pertama, better basuh tangan ja]
Alatan Mandi
1. Tuala (2,3 helai)
2. Tuala kecil (3 helai)
3. Besen/Tab Mandi
4. Cecair Mandian
5. Bedak Bay
6. Minyak Urut Bayi
7. Selimut dengan Hood (especially utk lepas mandi)
8. Udder Cream MooGoo (whole body)
9. Nappy Balm MooGoo (untuk rash)
10. Sikat
11. Baby/Olive Oil (untuk rambut)
12. Baby Wipes/Wet Tissue
13. Cotton Ball
14. Toilet Roll (Tissue)
Alatan Tidur
1. Selimut (2,3 helai) (Mommy suka thermal blanket)
2. Kelambu (untuk di kg – less priority)
3. Set Tilam (ada bantal, tilam)
4. Sarung Tilam
5. Getah (lapik selepas mandi)
6. Katil (less priority)
Alatan Penyusuan (termasuk Stok)
1. Botol Susu (jenis kecil)
2. Berus Botol
3. Sabun Botol (Pureen Detergent)
4. Sterilizer (wajib)
5. Breast Pump Elektrik/Manual
6. Milk Collector Shell (tahan lelehan susu) (saranan: Avent Breast Shells)(less priority)
7. Storage Bottle
8. Plastik liner / sealer (perlu ada sealer machine. Update: kt kedai Mr DIY, harga dalam RM50) / Bekas dadih (jimat kos) (Mommy dah beli double ziplock brand Jingle Jungle – 25 keping cuma RM9.90 di Fab Mom)
9. Cooler bag
10. Ice Pack/Chiller
11. Bekas Coleman/Kotak ikan
12. Tempah label untuk pelabelan susu (tarikh perah, amaun susu [oz])
13. Peti Ais / Deep Freezer
14. Nursing cover (utk menyusu tempat awam – apron style)
Baca juga : CARA HANDLE STOK SUSU KT OFIS, RUMAH & NURSERY
Alatan Lampin Bayi
1. Kain Lampin
2. Diapers (saranan: Huggies NB, Mami Poko NB, Drypers NB)
3. Cloth Diaper (Mommy suka AIO atau AI2 dari Grovia – sbb sng mcm bg pakai pampers)
4. Pin / Seluar plastik (jika gunakan kain lampin sebagai lampin bayi)
5. Nappikleen / Kiddie Wash Cosway (sabun pencuci)
Bakul/Box
- Untuk simpan baju baby, alatan2 ubatan (juz guna Moses basket utk sementara sbb beli dulu, jarang pakai)
Beg baby
- Untuk simpan baju baby di hospital atau digunakan ketika ke nursery (less priority)
LESS PRIORITY
1. Stroller, Stroller Pad
2. Baby Carrier (Ergo, Boba)
3. Baby cot
4. Play pen
5. Baby car seat
6. Buaian
7. Moses basket
8. Kelambu
9. Bouncer
10. Beg baby
11. Warmer
12. Pacifier/Puting tiruan
CHECKLIST UNTUK IBU
Pakaian Ibu
1. Maternity pad (saranan : Pureen’s Madame Maternity Pad, Intimate Maternity, Poise Maternity atau pad biasa spt Kotex)
2. Nursing pad
3. Bra / Sleep bra
4. Underwear (banyakkan – siap sedia untuk buang jika terlalu kotor dek darah)
5. T-Shirt Button depan (nursing blouse)
6. Towel
7. Kain batik
8. Stokin (2,3 pasang) (mommy beli @ Sox World. Tebal & sedap pakai)
9. Sweater
10. Tudung
11. Baju extra yang cantik sket untuk balik dari hospital (cardigan with nursing inner should be fine dgn Mommy)
12. Bantal nursing
13. Cloth Liner / Cloth Pad (saranan: mamapatch/snowdrop) (mommy beli @ babykidseshoppe & snowdrop)
Alatan Hiasan Diri
1. Sabun/Syampoo/Berus Gigi/Ubat Gigi
2. Sikat/Deodoran/Makeup jika perlu
Ubat bersalin (beserta bengkung)
- Saranan : Amway / NR
- Bengkung Amway (free jika beli set Amway)
- Bengkung Moden
- Tungku ibu
- Tuam baby
SARANAN BUDGET CHECKLIST UNTUK NEWBORN
1. Untuk KOS PRIORITY LIST seperti di atas
2. Untuk KOS BERSALIN (tambahan jika ada kes emergency) [boleh prepare Kad Kredit]
3. Untuk KOS SELEPAS BERSALIN (barangan2, kenduri kesyukuran, travel balik kg, duit belanja wife di kg)
PERSIAPAN SEBELUM KE HOSPITAL (LETAK DALAM SATU BEG SAHAJA)
1. Buku Pink/ Biru jangan lupa bawa!!
2. Pakaian Ibu & Alatan Hiasan Diri (list di atas)
3. Breast pump (untuk stimulate shj. Better manual shj sbb di hosp ada elektrik)
4. Botol susu (untuk stok, so mesti ada benda2 lain utk keep the stock. Better xyah risau sgt. Pray ada susu badan dan boleh direct feed baby). Digunakan untuk kemudahan hospital jika baby di NICU & hanya pihak hosp yang menjaga & memberi susu kepada baby.
5. Set Pakaian baby
- Baju
- Seluar panjang
- Set Sarung Tangan Dan Kaki (bukan berlubang)
- Selimut with Hood
- Topi
- Diapers
- Baby Wipes/Wet Tissue
6. Peralatan asas lain
- Camera
- Pakaian Bapa
- Sweater
7. Makanan tambahan
- Jika ibu sentiasa lapar, apatah lagi yang breastfeed, carilah makanan yang menggalakkan pengeluaran susu juga. Kekadang, nak tunggu hospital, lambat. Kena amalkan petua berpantang selepas bersalin juga ya!
- Disclaimer : Sebarang petua di sini, ialah petua orang tua2 kita. Xnak folo, xpe. Hehehehe.. Mommy folo ja mana yang terbaik! ;p
UPDATE
ITEM PENTING UNTUK WANITA YANG BELUM PREGNANT (BARU KAHWIN, ETC), TENGAH PREGNANT & SELEPAS BERSALIN
Disarankan mengamalkan natural supplemen seperti VCO
Baca : Kelebihan VIRGIN COCONUT OIL
Pengalaman Mommy masa pregnant & bersalin anak 1st (x makan VCO) & 2nd (amalkan VCO), AMAT BERBEZA.
- 12 JAM SAKIT, EPISIOTOMI AGAK PANJANG, SENTIASA LEMAH > Masa anak 1st
- 15 MINIT SAKIT, XDE EPISIOTOMI & JAHITAN > Masa anak 2nd
Of course semua dengan Kuasa Allah. Kita cuma mampu berusaha.