Fri. Nov 1st, 2024

PUAS HATI!! PATUT DATANG KE BUFFET RAMADHAN HALAMAN HAJI SAAD DI SERI PACIFIC HOTEL

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui.. dengan sempurna – Raihan feat Man Bai

Pernah dengar lagu ni  kan? Bila dah dengar lagu macam tu, dah dapat rasa dah, Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Dan Mommy pasti, ada yang dah mula mencari tempat yang best untuk berbuka puasa samada untuk keluarga, atau pun untuk sesama rakan pejabat.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN!

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017

Tahun ini merupakan tahun kedua Mommy datang ke Seri Pacific Hotel untuk mencuba makanan yang bakal disajikan pada bulan Ramadhan nanti. Dan yang pasti, Buffet Ramadhan Halaman Haji Saad di Pacific Ballroom ini tidak mengecewakan. Masih mengekalkan tema makanan tradisional seperti tahun lepas, tetapi kali ini ada makanan ‘rare’ yang patut korang cuba!

MENU

Pelbagai menu akan disajikan pada bulan Ramadhan nanti dan yang pasti, Mommy paling suka Kambing Goleknya! Tak pernah tak sedap. Teringat balik kisah tahun lepas di mana pertama kali dalam hidup Mommy rasa daging kambing dan itulah permulaan Mommy ketagih nak makan. Hahaha. Bila sebut Seri Pacific Hotel, memang Kambing Goleklah pilihan utama Mommy.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 3

Tiada bau, lembut dan enakkkk sangat dimakan adalah punca Mommy tak henti makan. Hahaha..

Makanan ‘rare’ yang Mommy maksudkan tadi ialah Nasi Beriani Rusa. Mommy tak tahu pun pada mulanya yang ialah adalah Nasi Beriani Rusa. Bila dah kenyang makan, baru perasan. Hahaha. Teruk betul. Makan je tau kan?? Ngeee..

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 5

Sedap weh.. Kalau ikutkan hati, nak 2 kali tambah tau. Tapi bila memikirkan banyak lagi pilihan menu lain yang Mommy teringin nak makan, ku tahan jua nafsu ini.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 4

Menu yang Mommy tak berdaya melawan nafsu makan pada malam tu ialah Koewteow Goreng. Ketagih la korangggg. Dari hari Selasa (masa food reviu ni), sampai hari ni, pening kepala Daddy nak cari Koewteow sedap kat area rumah ni, tak jumpa. Haha. Punya la sedap gilaaaaaa kat Seri Pacific tu. Terindu-rindu kiteww..

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN!

Teringat mak kat kampung la gini. wuwuwuwuw..

Menu lain yang hot juga antaranya ialah Sup Gear Box yang bagi Mommy agak berempah rasanya. Ke memang macam tu ye? Nampak sangat jarang rasa. Tapi dari segi taste, sedap sehingga menghisap straw. Ishhh.. apa yang hebat sangat Tukang Masak ni? Semua sedapnyeeee..

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 7

Nah Mommy bersama Chef Haji Saad. Hehehe.

Claypot

Nasi putih pun ada. Paling suka Kupang Tumis Belacan dan Ikan Keli Sambal Hijau tu.. Fuhh

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 14
Kupang Tumis Belacan yang Mommy mula takut nak makan, sekali habis licin ku kerjakan!
BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 11
Kena makan Ikan Keli Sambal Hijau tu tau. Sedapnyeee

Korang macam tak percaya je Mommy makan banyak. Betul laa. Banyak wooo. Sampai tersandar kekenyangan lahh..

Nah antara Hot Dishes (Claypot) menu yang disediakan..

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 11

Boleh makan dengan nasi. Nyum Nyum..

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN!
Bahagian ulam-ulaman

Antara pencuci mulut trademark di sini ialah Serawa Durian. Kalau yang kaki makan durian tu, memang wajib cuba. Bertambah-tambah nanti.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 15

SUASANA

Konsep gerai seperti tahun lepas masih dikekalkan.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 9

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN! 9

Cumanya kalau hujan tu, kena cepat-cepat la ambil makanan. Ada kawasan yang ada tempis hujan sikit. Tapi masih selesa untuk berjalan ke setiap gerai.

Live update gitu. Semua tukang masak sediakan makanan on da spot.

BUFFET RAMADHAN BEST DI KL 2017, SERI PACIFIC HOTEL TAK PERNAH MENGECEWAKAN!

HARGA BUFFET RAMADHAN

Harga Buffet Ramadhan di Pacific Ballroom ini ialah RM98 (Dewasa) dan RM49 (Kanak-kanak). Harga masih sama seperti tahun lepas. Manakala di Zende Restaurant (yang terletak dalam hotel yang sama, di aras Lobi) turut menyediakan Buffet Ramadhan dengan harga RM138 (Dewasa) dan RM69 (Kanak-kanak).

KEMUDAHAN HOTEL

  • SURAU & TERAWIH – surau disediakan oleh pihak hotel untuk memudahkan anda solat Maghrib & Isyak tanpa perlu meninggalkan hotel. Sebanyak 4 bilik di Tingkat 6 dikosongkan menjadi surau sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jika anda ingin melakukan solat terawih, anda boleh ke salah satu bilik hotel yang akan disediakan khas untuk tujuan solat terawih nanti
  • WIFI turut disediakan di Pacific Ballroom & Zende Restaurant

LOKASI HOTEL

Lokasi hotel yang agak strategik di tengah KL iaitu terletak bersebelahan PWTC dan Sunway Putra Mall antara tarikan utama untuk kita datang ke Hotel ini. Tak susah untuk datang ke sini andai kita nak gunakan pengangkutan awam kerana Stesen Komuter PWTC dan stesen LRT berdekatan pasti membantu.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-4049 4351/4352 atau emelkan kepada fbresv@seripacific.com.

Akhir kata, andai korang masih tercari-cari Buffet Ramadhan Best di KL 2017 ini, korang wajib masukkan Hotel Seri Pacific sebagai salah satu pilihan terbaik. Moga ramadhan kita kali ini lebih bermakna. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “PUAS HATI!! PATUT DATANG KE BUFFET RAMADHAN HALAMAN HAJI SAAD DI SERI PACIFIC HOTEL”
  1. pernah datang sini untuk berkursus, memang sajian mereka sangat menyelerakan, tengok pula menu bufet ramadhan ni sure tak rugi ke sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!