22/06/2024 5:06 AM

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak diperlakukan seperti hamba oleh bapa kandung apabila ditugaskan menyuntik dadah ke tubuh orang tuanya itu ketika gian dan jika gagal berbuat demikian, kanak-kanak berkenaan bukan saja dimaki-hamun, malah dipukul lelaki terbabit.
Selain kerap dipukul jika enggan mematuhi arahan, kanak-kanak tujuh tahun itu tidak bersekolah sebaliknya menjaga lelaki berusia 40-an terbabit termasuk memasukkan dadah ke badan untuk melepaskan gian.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan mahir menggunakan jarum dan dikhuatiri mengikut jejak bapanya yang menjadi penagih dadah tegar.
Perkara itu dibongkar pengurus pusat perlindungan golongan kurang bernasib baik, Rumah Sinar Sofia, Ari Rahayu Rahmat, 41, yang menyifatkan kelakuan penagih terbabit amat melampau dan membawa pengaruh buruk kepada anaknya.
Menurut Rahayu, tindakan lelaki terbabit memberi tekanan mental kepada kanak-kanak itu yang juga anak sulung penagih dadah terbabit bersama pasangannya.

SUMBER: METRO

Mommy: Ya Allah.. Apa nak jadi nih. W’pun anak tu x buat mcm ayah dia [menagih], mana tahu mgkin satu hari nt dia terpengaruh dek pengalamannya. isk.. Bukankah ibu bapa perlu tunjuk tauladan yang baik. Nak buat pn, jgn la sampai anak2 terlibat. Isk.. Mintak simpang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!