Thu. Dec 12th, 2024

BICARA KESIHATAN [HEALTH TALK]

Tadi, pukul 12, opis Mommy anjurkan Health Talk bersama Noel Chelliah, dari Daily Muscle selama 1 jam. Menarik. Namun, topik yang difokuskan mostly on tips nk kurangkan berat badan.

Apsal Mommy cakap Namun? Siap Bold lg. Why?

Nanti Mommy bgtau.


Jika anda pentingkan kesihatan, bacalah. Mungkin membantu sedikit sebanyak.

Antara tips2 yang menarik & masuk dek akal ialah, katanya:

1. Dalam menjaga berat badan, kita WAJIB ada keseimbangan. Keseimbangan dari segi Tenaga yang digunakan + Senaman & juga Pemakanan. Mula2 Mommy x bapa paham. Then, dia bagi analoginya..
Katanya, jika kita makan banyak, tenaga yg digunakan adalah banyak juga, itu sgt ok. Namun, jika kita makan banyak, tenaga yang digunakan adalah sikit, itu tidak balance. Lebih kurang la.. Rumusan Mommy, kalau kuantiti makanan adalah banyak, namun exercise itu kurang, itu sgt x sesuai. No wonderlah ANDA GEMUK!

2. Dia menilai maksud senaman yang sering diberi tafsiran yang berbeza. Sesetengah mengaitkan senaman itu costly, kerana perlu ke gym. Namun, senaman sebenarnya boleh dilakukan di mana2 even dari rumah anda, naik tangga, ketika shopping dgn membawa barang2 sendiri, etc.

3. Sebagai pekerja, jika kita value the importance of healthy body, prestasi kerja akan meningkat. Antara kualiti memiliki tubuh badan yang sihat adalah, kita akan sentiasa yakin, masih mampu berlari2 bersama anak di taman permainan [bygkan betapa rugi jika anda gemuk & x larat nak lari sesama anak] & ulangan, prestasi kerja akan meningkat. Katanya.

4. 2 alasan utama yang merupakan musuh kita utk senaman:-
  • no time
  • no money – alasan ini tidak munasabah jika kita sentiasa kaitkan senaman hanya dengan gym. of course itu adalah agak berkos tinggi. Namun, masih ada alternatif lain, smaada anda senaman sendiri di rumah, atau ke taman2 utk jogging dsbg.
5. Alasan no time diulas sedikit – Sememangnya jadual kerja kita tidak menipu. Kita sibuk. Terlalu sibuk. Namun, jika kita hargai kesihatan kita, kita boleh membahagikan masa utk exercise/senaman.

6. Antara masalah2:-
You are What u Eat – apa yg kita makan dlm kehidupan kita? 
Too much junk food. Atau makanan yang punya sedikit nutrisi atau xde langsung zatnya. Atau terlebih makan.

Tahukah anda, satu set Burger McD (ada fries & juga coke), bersamaan 18 biji epal. Mahukan anda menelan 18 biji epal sekaligus sepertimana anda makan McD tersebut?

Ok.. bukan itu sahaja, sayur celeri anda tau? Kenal x sayur tuh? Macam nih..

Ok.. Lebih kurang 20 batang celeri adalah bersamaan setengah choc KitKat Hang Tuah vs M Nasir tuh.. Maukah korang menelan 20 batang ini sekaligus seperti mana korang telan KitKat tersebut.
Konklusinya di sini, dia suruh kita makan sesuatu makanan yang seelok2nya NATURAL, bukan yang TELAH DIPROSES.
[waktu ini dia buat lawak, katanya kalau tnya nenek kepada moyang kita dulu2, mesti dorg pelik, how come chicken boleh jd kepingan daging burger cmnih? huuuu..]


7. Bagaimana nak mulakan?

  • Mulakan perlahan2. Jika minggu ini anda mulakan senaman 3 hari seminggu selama 15 mnit, mungkin boleh tingkatkan masa & hari bila badan dah serasi dgn senaman tersebut.
  • Makan makanan berkhasiat.
  • Buat aktiviti atau senaman yang anda suka [di sini, dia mengaitkan senaman mendaki tangga yang pada mulanya tidak digemari, namun jika sesuatu menarik dilakukan, orang akan suka senaman tersebut & secara tidak langsung, orang tersebut telah pun melakukan senaman.]

Lihat VIDEO ini mengenai SUKA.


8. Aktiviti sihat yang boleh dilakukan
  • Senamrobik
  • Berkebun
  • Sukan Beraket [raket ya mcm badminton, bukan rakit]
  • Lari
  • Shopping – dgn angkat barang2
  • Bola Tampar
  • Naik Tangga
  • Bola Keranjang
  • Latihan Menari
  • Skipping
  • Bola
9. Disiplin
Cuba kekalkan dengan memberi masa kepada diri sendiri selama 3 bulan & lihat perbezaannya.
[Dia memberi tips – cuba 30-40 minit sehari selama 2 minggu & lihat keajaibannya]

ok.. sesi soalan telah dibuka. Tadi, Mommy boldkan NAMUN tu sebab:
Mommy x puas hati sebab health talk selalunya diskus pasal kurangkan berat badan. xpernah cakap pasal naikkan berat badan.

Maka, Mommy dengan sabarnya bertanya:-
“How to gain weight? U don have to tell me to eat more bcoz it’s not effective on me.”
-semua gelak!! Tau la Mommy nih x gemuk! Korang kan, kalau bab nk kutuk Mommy kurus, lancar je mulut macam bom atom. Meh cni aku cakap korang gemuk, mau nangis! Haaa… Itu Mommy bebel sorg2 je la.. Ye la.. Mommy pn ada hati & perasaan gak kn?

Jawapan yang diberikan Encik Noel, sama macam soklan Mommy. Eat More! So?? Kalau dah Mommy makan banyak pn, tp, xnaik jugak cmne?


Mommy tnya lg! “Ok..look! People said that, while u r pregnant, u’ll have the possibility of gaining ur weight. But in fact, I think it’s not apply to me”. 


Jawapan -telan air liur. Hmm.. It’s hard. What u have to do is to eat more.  


Okeh.. tutup kes. Malas sebab isu tu x dikupas macam bawang. Kasik nipis2, br la Mommy paham. Standard jawapan oleh semua orang.. Hmmm..


Apa pun, Mommy enjoy! TQVM for ur info Noel.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!