Kecoh pula sekarang kes Beguk. Atau ada yang panggil bengkak cantik. Korang tertanya-tanya tak kenapa panggil bengkak cantik?
Mommy syak, sebab nak panggil beguk, bunyi macam pelik. Memandangkan ia bengkak, dan ia juga bengkak yang pelik, kesian pula kat orang yang kena tu, orang tua2 pujilah sikit cantik. Bengkak yang cantik a.k.a bengkak cantik yang juga Beguk. Itu Mommy je la yang syak. Kahkahkah..
APA ITU BEGUK?
- Beguk yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai ‘Epi- demic parotitis’ merupakan sejenis penyakit berjangkit, yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus).
- Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.
- Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.
- Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
- Juga dikenali sebagai bengkak cantik, atau mumps
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.
Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
- Demam
- Sakit kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.
Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
- Encephalitis (Pembengkakan pada Otak)
- Meningitis (Pembengkakan pada Lapisan Otak)
- Panccreatitis (Pembengkakan pada Pankreas)
- Orchitis (Lebam pada Testis) berlaku pada lelaki dewasa
- Pekak
CARA MERAWAT
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
- Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
- Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
CARA MENCEGAH
- Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
- TERKINI : MMR diambil ketika berusia 9 bulan dan 12 bulan. Rujuk jadual imunisasi di bawah.
sumber MyHealth
PETUA LAMA
Mommy sebenarnya pernah kena bengkak cantik ini dulu. Kecil-kecil lagi rasanya. Jadi, petua orang tua-tua memang berkesan la masa tu. Caranya, ambil cuka dan campurkan dengan sedikit nila. Nila yang warna biru tu. Yang selalu orang guna untuk rendam baju putih supaya menjadi sedikit kebiru-biruan. Kemudian, ramuan campuran tadi disapukan di bahagian Beguk. Insya Allah cepat surut beguk / bengkak cantik tersebut.
Good luck!
kalo kena beguk ni.. na telan makan minum pon payah.. nak keluar rumah pon malu sebab bengkak..seksa..huhu
Yup.mmg seksa n malu. Hihi
TQ for the info Yb (^^)
Ade x beguk kt tempat lain? Contohnya kt belakang kepala..
Ada ke beguk yg mula² dah ok sikit pastu besar balik.kalau kita amalkan petua yg letak nila tu boleh sembuh berapa hari.tolong jawab sbb Hari ahad ni dah Raya.
Org tua2 dlu tsilap tgk tuh, itu bkn nila, itu iodin saya rasa.
Bengkak cantik ni boleh kena kat baby ke?
Tgh mengalaminya..x pasti beguk ke x..doc ckp jangkitan kuman..bile makan rase ngilu kt sakit tu..saba je lah..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ morning! nak tanya la mcmana nak anak yg baru 20 bulan minum susu sedangkan dia nak minum air masak sahaja. Baru perasan bengkak di bawah leher . dia mmg demam 3 hari dah.. tapi demam on of ada dlm seminggu. kesian xnak makan minum!
Assalamualaikum…..sakit beguk ni mmng sakit ke…..sy tngah alami nya skrg….ya allah sakitnya jgan ckp lh mmng sakit2 ni….
Sy tgh kene nie..hari kedua..rsa mcm dh turun sekilo berat badan..apepn Alhamdulillah..penyakit penghapus dosa..
masa kecik2 dlu saya penah kena..dh besar pun kena lagi..ingatkan sekali jer..
really thank you
Assalamualaikum.. saya dah alami selama 3 hari tp dc kata nii bengkak sahaja .. kalaulah nii beguk Cara apa yg terbaik supaya x berjangkit pada kluarga say?? Harap maklum.. minggu nii nak keje
Saya telah mengalami bengkak pd mukut dah 4 hari, x boleh nakmbuka mulut sakot sangat2. Dan bengkak di pipi kiri. Bilanke hospital doktor bg tau ada jangkitan dkt gusi bhg geraham bongsu, masaalah hya dah 3 hari ambik antibiotik yg di bekalkan, tp bengkak still x surut. Nak tanya pendapat adakah saya mengalami masaalah beguk juga? Sintom saya :-
1. Sakit pada bhg pipi kira sampai x boleh langsung nak buka mulut
2. Sakit kepala
3. Demam panas
4. Bengkak di pipi sampai bawah leher
5. Susah menelan air liur
Mohon pendapat & pandangan semua
Assalamualaikum.. Most tq kt mumy sbb dh hilangkan sedikit rsa tkut wawa lepas baca artikel nih. Time xdi tu wawa terlampau takut smpai wawa mengucap bnyk kali. Tmbah2 mom wawa buat muka serius and sedih cmtu. Wawa akn try ikut petua mumy tu. And lastly tq bnyk2 ehhh.. Betapa berkuasanya allah yg dh buat wawa terfikir nk cri lam google virus beguk nihh..