Wed. Feb 5th, 2025

AKHIRNYA ADIK MENGAKU KALAH

Salam.
Sejak Daddy ke Mekah dalam masa 2 bulan ini, hanya kakak Hannah je yang asyik demam.
Dah 4 kali kakak demam. Mujurlah ke klinik gunakan panel. Kalau tidak, adoiii. Mau sakit juga poket.
Namun akhirnya, semalam, 9hb Oktober, babysitter call suruh pulang segera. Ariq demam!!
Seriously???
Adik dah lama sangat tak demam. Tskk..
Panas gila badan. Ni gambar masa nak pergi pick up kakak di Little Caliph. Suruh smile, sporting la pulak. Hihi. Mommy fikir, demam nak matang kot. Hii.
Ke klinik untuk dapatkan time slip. Malam menjelma, panas badan macam tak surut2. Merah menyala bibir. Suhu memang dapat jangka agak tinggi. Mandi sebagai ubat segera. Malam saja dah 3x mandi.

Tidur malam nak berpelukan. Nak menyusu je sepanjang malam. Hmmm. Panas tak turun. Sumbat supp pun still gigil2.
Wrap napkin basah dan menyusu sahaja buat adik tenang. Ermm..
Pagi ni sahaja, dah 3x juga mandi. Mommy terpaksa cuti lagi minggu ni selepas bercuti hari Selasa.
Redhaaa je la. Moga cepat sembuh sayang Mommy.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!