Setiap kali nak dekat Raya, salah satu tempat yang memang seronok pergi jalan-jalan mestilah mall sebab dekorasi dia mesti cantik. Tahun ni AEON MALL bawakan kempen Raya yang dipanggil Cerita Raya 2026, dan konsep dia memang best sebab penuh dengan elemen budaya Malaysia.

Kempen ni juga dibuat dengan kerjasama Tourism Malaysia, jadi memang terasa vibe tempatan tu. Dekorasi dia bukan sekadar Raya biasa, tapi ada gabungan seni tradisional, bunga tropika dan sentuhan budaya Malaysia yang buat suasana tu rasa lebih hidup.

Kalau datang jalan-jalan dengan family atau kawan, memang syok ambil gambar sebab setiap sudut rasa macam set Raya.
JUMPA MASKOT COMEL AEON MALL – WIRA & MANJA
Selain dekorasi cantik, ada juga kemunculan maskot rasmi AEON MALL iaitu Wira dan Manja.

Maskot ni memang antara yang selalu buat budak-budak excited bila nampak. Kadang orang dewasa pun join sekali ambil gambar.
Jadi kalau datang masa kempen Cerita Raya ni, memang ada chance jumpa dorang dan ambil gambar kenangan.

SHOPPING SAMBIL TEBUS CERITA RAYA LIMITED EDITION
Bila dah datang mall mestilah shopping sikit kan. Bestnya sepanjang kempen Cerita Raya, AEON MALL ada bagi ganjaran eksklusif yang boleh ditebus.

Lebih menarik, ada kolaborasi khas dengan jenama tempatan Bayu Somerset untuk keluarkan Cerita Raya pouch bag edisi terhad.
Kalau shopping:
• RM800 untuk AEON Member / UOB Membercard
• RM1000 untuk non-member
boleh tebus pouch bag edisi khas tu.
Selain tu ada juga:
Cerita Raya Floral Charms
– Tebus dengan RM600 (Member) / RM800 (Non-member)
Cerita Raya Money Packets
– Tebus dengan RM150 (Member) / RM250 (Non-member)
Money packet tu memang ngam lah untuk Raya nanti.
KOLABORASI DENGAN BUNGA & SONY MUSIC
Kempen kali ni ada juga sentuhan muzik. Sony Music Entertainment bekerjasama dengan AEON MALL untuk hasilkan video muzik khas Cerita Raya yang menampilkan artis Malaysia Bunga.
Akan ada juga promo tour di AEON MALL terpilih, jadi pengunjung boleh rasa vibe muzik Raya tu secara live. Memang meriah.
AKTIVITI RIUH RAYA SAMPAI HUJUNG MAC
Kempen Cerita Raya ni berlangsung dari 22 Februari sampai 29 Mac 2026.
Sepanjang tempoh tu ada banyak aktiviti bawah program Riuh Raya, antaranya:
- Mochi Parade yang comel
- Persembahan gamelan
- Persembahan kuda kepang
- Showcase budaya Malaysia
Yang bestnya, aktiviti ni memang bagi rasa suasana Raya yang penuh tradisi.
MIDNIGHT SALE UNTUK YANG SUKA SHOPPING MALAM
Midnight Sale Untuk Yang Suka Shopping Malam. Kalau jenis suka shopping sampai malam, jangan lepaskan Cerita Raya Midnight Sale bermula 14 Mac 2026.
Midnight sale ni akan berlangsung di beberapa cawangan AEON MALL seperti:
- Kota Bharu
- Kuching Central
- Seri Manjung
- Nilai
- Shah Alam
- Tebrau City
Bila waktu operasi dipanjangkan, bolehlah ambil masa cari baju Raya, kasut, atau barang keperluan Raya dengan lebih santai. Kadang-kadang waktu midnight sale ni lah jumpa deal paling best.






Raya Feeling Betul Dekat AEON MALL
Overall, AEON MALL Cerita Raya 2026 memang bukan sekadar dekorasi Raya biasa. Dari dekorasi, aktiviti budaya, muzik sampai ke shopping rewards, semua ada.
Kalau tengah cari tempat nak rasa vibe Raya sambil jalan-jalan shopping, bolehlah singgah ke AEON MALL.

Mana tahu sekali datang, terus dapat freebies sekali.
Kalau nak tahu info lanjut, boleh check:
Website: www.aeonmallmy.com
Facebook: https://aeonmall.my/
Instagram: @aeonmallmalaysia

