Kelengkapan Sekolah Hari-Hari | Setiap kali musim sekolah nak bermula, satu tempat yang Mommy memang akan pergi tanpa fikir panjang ialah Hari-Hari. Dah bertahun jadikan tempat ni sebagai spot wajib shopping kelengkapan sekolah, dan setakat ni memang tak pernah mengecewakan.
Masuk je Hari-Hari, niat asal nak beli sikit, tapi selalunya keluar dengan beg penuh. Sebab apa? Sebab semua barang sekolah ada dan senang nak siap sekali jalan.
SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH 2026 JADI LEBIH MUDAH
Bila anak nak masuk sekolah, benda paling penting ialah nak pastikan semua keperluan sekolah lengkap sebelum hari pertama. Dari pakaian, kasut, beg sampai alat tulis, semua ni kalau boleh, kita nak settle cepat.Di Hari-Hari, korang tak perlu pusing banyak kedai. Masuk satu tempat, boleh beli semua.
Ini yang buat Mommy repeat setiap tahun.
KENAPA HARI-HARI JADI PILIHAN UNTUK KELENGKAPAN SEKOLAH?


ONE-STOP CENTRE BARANG SEKOLAH
Hari-Hari memang konsep semua under one roof. Tak kira anak sekolah rendah atau sekolah menengah, keperluan asas memang ada dan senang nak cari.
HARGA MAMPU MILIK & SENANG BAJET
Bab harga ni memang antara sebab utama ramai parents pilih Hari-Hari. Harga berpatutan,
tak terlalu mahal, dan masih okay walaupun beli banyak barang sekaligus.
BANYAK CAWANGAN SELURUH MALAYSIA
Hari-Hari ni jenama tempatan yang dah lama bertapak sejak tahun 1990. Sekarang ada lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia, jadi senang nak jumpa dekat kawasan masing-masing.
APA YANG ADA DI HARI-HARI UNTUK KELENGKAPAN SEKOLAH?
UNIFORM DAN PAKAIAN SEKOLAH
Ini antara barang paling penting bila shopping sekolah
- Baju sekolah lelaki & perempuan
- Baju Melayu & Baju Kurung sekolah
- Seluar sekolah & kain sekolah
- Polo shirt & t-shirt sekolah
Saiz pun lengkap untuk sekolah rendah dan menengah. Ada juga set lengkap yang terus boleh pakai, tak perlu cari asing-asing.





BEG SEKOLAH DAN AKSESORI
Masuk bahagian beg, memang rambang mata jadinya
- Beg sekolah pelbagai saiz & design
- Beg sukan & lunch bag
- Stokin sekolah & tali pinggang
Design simple, kemas dan sesuai ikut umur anak. Tak terlalu sarat, senang nak pakai harian.



ALAT TULIS DAN KEPERLUAN HARIAN
Tak lengkap shopping sekolah tanpa alat tulis seperti :
- Pensel, pen, buku nota
- Pembaris, pemadam, highlighter
- Botol air & bekas makanan
Sesuai untuk parents yang nak siapkan checklist sekolah tanpa ulang-alik ke kedai lain.


KASUT SEKOLAH DAN PAKAIAN SUKAN
Nak lengkap dari kepala sampai kaki pun boleh settle di Hari-Hari.
- Kasut sekolah hitam
- Kasut sukan
- Stokin
- Pakaian sukan sekolah
Terus siap satu set untuk kegunaan sekolah dan aktiviti kokurikulum.


DISKAUN, FREEGIFT & SHOPPING ONLINE
Ada freegift menarik seperti calendar atau towel bila shopping di kedai. Macam Mommy dapat kalendar sebab towel dah habis stock. Korang kena cepat tau!


Kalau korang tak sempat datang secara fizikal, boleh juga shopping online di https://www.ehari.com.my/ Untuk barang sekolah terpilih, biasanya ada diskaun 10%, memang jimat dan praktikal.

Kalau korang tengah cari tempat beli kelengkapan sekolah yang lengkap, budget-friendly dan senang, Hari-Hari memang antara pilihan terbaik.
Setiap tahun shopping sekolah di sini memang rasa puas. Jimat masa, jimat bajet dan kurang pening kepala.

Masuk satu kedai, keluar terus siap semua barang sekolah untuk anak. Nak cari cawangan Hari-Hari paling dekat dengan korang? Boleh check di: www.hari.com.my/locator.



