Thu. Dec 12th, 2024

“TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!

KELEBIHAN BERMAIN PLAY DOH | “TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!” Jerit Hannah. “Jangan risau sayang, Mommy hubungi Bomba dengan segera!!”

Kisah menakutkan ini bermula apabila ada kebakaran di Play-Doh Town! Mujurlah ada Firehouse berdekatan untuk dihubungi dan datang memadamkan api!

kelebihan bermain play doh

Datang Fireman kacak dengan rambut yang sungguh stylo dan memakai topi merah, untuk memadamkan api yang berwarna warni.

kelebihan bermain play doh

Dan hebatnya abang Bomba ini apabila mempunyai tapak kaki yang mampu membuat walkie-talkie! Wow!

kelebihan bermain play doh

“Wah.. Hannah buat carrot? Wow. Apa lagi yang Hannah boleh buat?”
“Dragon, Mommy! Tapi kena tengok buku ni” (sambil tunjuk manual)

kelebihan bermain play doh

Haa.. itu baru sikit rekaan cerita Hannah & Mommy tau. Cuba bayangkan kalau anak-anak anda pula yang mereka cerita berdasarkan imaginasi dan kreativiti mereka. Mesti hebat!!

Itu salah satu kebaikan dan kepentingan bermain bersama anak-anak. Kita dapat selami cerita mereka yang kadang-kadang menjangkau tahap imaginasi kita sendiri. Kita dapat berbual dan selami minat anak dalam masa yang sama.

Apa mainan terbaik pilihan anda?

PLAY-DOH TOWN – FIREHOUSE SET!

Ini adalah pilihan Mommy untuk Hannah, sempena harijadinya pada 30 September lalu. Dan semestinya Hannah teruja bila terima hadiah ini.

kelebihan bermain play doh
Tq Mommy!!!

Anak-anak mana yang tak teruja kalau dapat Play-Doh kan? Mommy pun excited sebenarnya. Kahkahkah.

kelebihan bermain play doh

Jom kita tengok.. apa yang ada dalam kotak ini ya??

Set ini termasuk Firehouse set, Firefighter, Puppy Extruder, Roof, Flame Stamper, Water cannon extruder, Axe, Hydrant Extruder, dan 4 bekas Play-Doh Modeling Compound.

6 KELEBIHAN BERMAIN PLAY DOH

1. SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR (Teaching Tools)

Sebenarnya, dengan cara bermainlah anak-anak belajar dengan cepat. Melalui kaedah bermain, ia mampu kembangkan otak anak-anak.

kelebihan bermain play doh

Mula-mula, Mommy cuma perlu tunjuk apa yang ada di dalam buku manual yang disediakan. Kemudian, Mommy hanya tersenyum melihat Hannah yang dah mampu berfikir sendiri.

kelebihan bermain play doh

Permainan ini seakan mengajak anak anda berfikir untuk mencipta sesuatu melalui Play-Doh tersebut.

2. MENGASAH KEMAMPUAN BERKOMUNIKASI (Communication Skills)

Selain kemampuan berfikir, melalui cara bermain Play-Doh bersama anak-anak ini mampu mengasah kemahiran berkomunikasi mereka. Ketika bermain, sentiasa gunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan setiap perbuatan kita. Contohnya, tekan, bentukkan menjadi bola, gelek Play-Doh ini. Pasti wujud suasana ceria sepanjang interaksi bersama mereka.

“tengok Mommy TEKAN ini. Wah.. ‘AIR’ dah KELUAR!!”

Sepanjang bermain Play-Doh ni, banyak betul soalan Hannah. Dari segi warna Play-Doh contohnya, bila dicampur, akan menghasilkan warna lain. Lepas tu, ini apa Mommy, yang ni nak buat macam mana? Dan macam-macam lagi soalannya.

3. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR ANAK (Motor Skills)

Apabila anak-anak selalu diberi pendedahan dengan permainan yang melibatkan anggota badan mereka. Ini contoh hasil kerja Hannah beraktiviti bersama Play-Doh.

kelebihan bermain play doh

kelebihan bermain play doh
“minum kopi dahulu..”

4. MERANGSANG KREATIVITI PERINGKAT AWAL ANAK-ANAK (Creativity)

Aktiviti bermain seperti ini mampu merangsang pemikiran kreatif anak-anak.

kelebihan bermain play doh
Cipta Penguin

Hannah mencipta penguin tanpa sebarang tunjuk ajar dari Mommy.

5. MENGASAH KEMAHIRAN SENSORI (Sensory experience)

Mempelajari tekstur melalui sentuhan adalah kelebihan bermain play doh.

kelebihan bermain play doh

6. MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERIMAGINASI (Open a can of imagination)

Anak-anak suka berimaginasi kan? Dengan Play-Doh, imaginasi mereka akan jadi kenyataan.

“Mommy. Tengok. Hannah buat Pingu”

“Kenapa Hannah buat Pingu tu?”

“Pingu boleh tolong Fireman kan Mommy?”

Pun boleh ye sayang? Penguin duduk tempat sejuk je. Bukan bawa ais ke mana-mana pun. Huhu.

Haipp.. Itu imaginasi mereka laaa..

CARA PASTIKAN ANAK-ANAK MAIN PLAY-DOH DENGAN SELAMAT

  • Pemilihan Play-Doh yang tulen dan selamat seperti set ini, di mana ia tiada bahan terlarang dan berbahaya buat anak-anak.
  • Wajib pantau ketika anak-anak bermain.
  • Biarkan anak-anak yang mereka jalan cerita imaginasi mereka.
  • Play-Doh selamat untuk anak-anak berumur 3 tahun ke atas, dengan pemantauan orang dewasa.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN PLAY-DOH TOWN?

  • Bertindak selamatkan Play-Doh Town dari kebakaran berulang-ulang kali.
  • Mencipta pelbagai jenis gaya rambut untuk abang bomba!!

  • Letakkan abang bomba bersama aksesori-aksesori yang lain

  • Menekan-nekan pili bomba untuk keluarkan air
kelebihan bermain play doh

Best kan?

Ibu bapa boleh dapatkan di Toys”R”Us berdekatan.

Untuk pembaca setia Mommy, nantikan entri GiveAway Play-Doh untuk anda secara percuma!

Nak??

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

32 thoughts on ““TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!”
  1. hahaha lisa pun suka maiin playdoh dengan little boy tu . dah dia pula pencinta playdoh.. layankan je la. dlu kecik2 takde..men gna tnah je. skrg dah ada playdoh ni rasa nak back to zaman budak pula

    1. ye. macam2 lagi dia buat. mommy xde seni. hahaha. so tgk hasil dia je. hebat btul. kalah mommy..

  2. Wah.. bestnye main play-doh.. orang dewasa pon suka main.. inikan pulak kanak-kanak.. bagus juga untuk mengisi masa lapang..boleh mengeratkan hubungan ibubapa & anak.. tidak lah menghadap telefon bimbit je.. kikikikih
    NAK GIVEAWAY PLAYDOH

    1. btul. mmg dapat elak dorang dari minta gadget. kita kena jadi teman sepermainan mereka. Boleh join giveaway nanti. hehehe

  3. kalau akak beli ni bukan anak yg kecik main, kakak ngan abang yg dah besar pun berebut nak main.. hehehee! tp mmg bagus utk build creativity anak²..

    1. mmg best. tapi kena main sama-sama dgn dorang. satu sebab nak elak sepah.. dua sbb dorang lagi enjoy kalau org dewasa teman main sekali..

  4. Seronoknya bila tengok anak kreatif kan,dah lama tak buat aktiviti macam ni dengan widad…nak carik satu la,widad memang suka main playdoh ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!