Filem yang tak terlintas pun di hati nak tonton. Salah satu sebab, memang takde masa nak gi tonton wayang segala ni. Tapi, memandangkan Mommy dah apply cuti untuk hal lain, sambil2 tu sempat juga la pergi tonton wayang.
Dari rumah, dah tak perlu pergi jauh2. Aeon Keramat AU2 pun dah ada TGV. Memandangkan baru ditayangkan bermula 8 September 2016, maka harga tiket agak mahal juga. RM19 seorang. Fuh. Harap berbaloi.
Ready popcorn tapi belum lagi cerita bermula, dah separuh dah telan. Sape ada perangai gini? Haha.
Filem yang mengisahkan seorang pengurus saham yang dalam perjalanan menaiki tren ke Busan untuk menghantar anaknya yang merindui ibunya di Busan. Dan sebelum perjalanan bermula, ada sedikit huru hara yang berlaku. Namun mereka belum dapat kenal pasti apakah penyebab huru hara tersebut.
Dan ketika tren yang dinaiki mereka mahu memulakan perjalanan, tanpa disedari ada seorang gadis ‘terjangkit’ dengan virus sempat masuk ke tren tersebut.
Dan segalanya bermula dari sini. Terlalu pantas virus tersebut merebak ke badan mangsa, mati dan terus bertukar jadi Zombie. Dan apa yang jadi selepas itu, zombie tersebut akan gigit dan terus mengigit, maka bertambahlah makhluk zombie.
Watak utama iaitu pengurus saham dan anaknya diserikan lagi watak lain iaitu sepasang suami tough dan isteri mengandung, cheerleader dan team pemain kriket dan seorang pakcik kurang waras gayanya.
Seterusnya korang kena pergi tengok sendiri sebab Mommy yang dari rilek duduk terus angkat kaki bersila atas kerusi. Tangan peluk daddy. Bukan takut tapi betul2 teruja nak tahu apa jadi. Sampai satu tahap.. rasa nak pukul sekali Zombie2 tu. Haha. Tapi ada part Kelakar tau masa Zombie tu hilang arah. Hahahah.
Dah nak hampir tamat cerita, Mommy dah boleh tenang sedikit. Namun, apa yang jadi betul2 di luar jangkaan Mommy. Menangis? Giler tak menangis? Sedih oii part tuuu.. Daddy usha2 je bila tersedar Mommy dah sob sob kat tepi. Ciss. Kenapa la hingus leleh masa ni.
Apa yang Mommy dapat dari cerita ni ialah sikap pentingkan diri yang memakan diri, kerjasama kumpulan yang cepatkan pergerakan, hubungan anak dan ayah yang renggang disebabkan kesibukan kerja. Macam2 lagi lah pengajaran. Dan akhirnya Mommy murung selepas menonton. Hahaha.
But.. kalau tak tonton.. korang akan rugi sangat. Sangat2 rugi sebab serius 10 bintang Mommy kasi. Pergilah tonton dan korang akan faham maksud Mommy.
p/s : Mommy rasa ada sambungan ni..
ramai yang cakap citer nih best..aish..kena tengok jgklah kalau mcm nih.
Huu..best.. x rugi kalau tengok..
Mahal juga harga tiket RM19 seorang.. huhuhu.. ni cerita Korea yer… isteri saya memang suka cerita Korea ni.. tapi setakat ni belum pernah lagi tengok wayang Cerita Korea..
Tiket rm19 tu kt tgv cinema. Tmpt lain x sure. MBO slalu murah sket.. Pegi la tgk. X rugi..
memang murung lepas baca review ni.. sebab semua orang kata filem ni best dan MUST WATCH..! sedangkan ahkak tak nyempat lagi nak menonton..
haiihhh…! sambung murung.. :p
hahahaha. murung sbb tak sempat. cepat la cuti. must watch!!
memang menarik nampak movie ni.
jenuh nak pilih movies apa nak tengok hari tu.
last pilih movie kartun. ok la jugak…
hati mmg dah kuat nak pilih movie ni. next time insyaAllah
Bes kan? Tak rugi tengok