Tukar blog header lagi yeah! Haha.. Tiada lagi wajah 4 orang di atas sana. Mommy dah kena buat photoshoot lagi sekali la kot untuk 4 orang ni. Ye lah. Blog header sebelum ini, yang memaparkan kami 4 orang, Mommy, Daddy & HDAE, masa tu HD baru 3 tahun. AE pula baru 1 tahun. Sekarang masing-masing dah 4 dan 6 tahun. Jadi, sementara belum buat sebarang family photoshoot, terpaksalah Mommy tempah jenis lain.
Akhirnya idea 11 Ogos 2016 yang lalu tiba. Iaitu berhubung kembali dengan 2 designers kegemaran Mommy. Muahciked.
TEMPAHAN BLOG HEADER SHEHANZSTUDIO PERTAMA
Servis pertama yang pernah diberikan oleh designer Sue Haida, ialah rekaan logo untuk Fanpage masakan bayi untuk anak2 Mommy iaitu Homemade Food for HDAE. Puas hati dengan kecomelan logo itu. Tidak mahal. Berbaloi2 dan masih setia digunakan. Dan ini kali kedua Mommy tempah dari beliau. 4 watak utama dalam hidup Mommy. Hehehe. Cepat servis beliau, baik hati pula tu. Suka bagi ‘free gift’ gitu. Tak banyak karenah, Mommy pula yang cerewet. Especially berkaitan font. Alhamdulillah tak perlu dibetulkan banyak kali. Mommy mudah puas hati. Heee.
Dapat Free Watermark.

TEMPAHAN BLOG HEADER SHEHANZSTUDIO KEDUA
Mommy tempah dari Maisarah Sidi, designer yang buat blog header Mommy sebelum ini. Dah la cantik, murah pula. Laju dan sangat bermurah hati. Alhamdulillah Mommy puas hati selepas minta betulkan font yang Mommy suka.
Dan dengan designer ini juga, Mommy tempah business card YB SHEHAN dan watermark SHEHANZSTUDIO tau.
Mommy juga gunakan design yang sama untuk FB cover Mommy dan watermark.
TAMAK?
Hehehe. Ye la. Tamak. Tak cukup satu. Mommy guna kedua-dua sekali tau. Ada juga Mommy gunakan di Fanpage Mommy’s Diary of Life sebagai cover profile.
Terima kasih buat kedua-dua designer kegemaran Mommy.
BAJET
Semua sekali tak sampai RM100 pun. Sila PM designer tersebut melalui link yang Mommy berikan tadi.
Saya pon sama..kalau pasal Font nih memang cerewat sikit..hehe
hehehe.. kan!
ala, za guna theme magazine agak-agak boleh tak?
cuba la letak kt bahagian customize. atau tuka je la theme. hahaha.. sy pun godek2 sendiri je free theme dlm ni. apa2 pun minta advise cikgu.
Cantik.. very feminin concept!
terima kasih. hehehe
Phewitttttttt lawa lah shehan header tu…pandai designer buat 🙂
Hehehe. Mekasih..