Live Streaming Sukan Olimpik Rio 2016 – Khas untuk anda yang tiada Astro, mahupun TV, di rumah atau di mana2 sahaja, tetapi yang penting anda ada internet.
Boleh tonton Live Streaming Olimpik Rio 2016 di saluran ini :
- http://hospenyiar.rtm.gov.my/olimpik/channel5
- http://myklik.rtm.gov.my/live/10149
Malam tadi, menyaksikan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, wakil Malaysia menerima pingat Perak ke 2 dalam acara beregu campuran negara, selepas Pandelela Rinong – Cheong Jun Hoong yang juga mencipta rekod pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Sukan Olimpik Rio 2016, Selasa lalu.

Tidak lupa juga buat Pocket Rocket Man Malaysia, Azizul Hasni Awang yang berjaya merangkul Pingat Gangsa hari Selasa lalu menerusi acara keirin.

Bangga sangat dengan pencapaian mereka. Bukan mudah ya. Segala penat lelah terbalas dengan kejayaan mereka ini.
Tidak dilupakan buat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya melepasi suku akhir malam tadi dalam perseorangan lelaki dan kini mara ke separuh akhir. Fuh. Bangga betul! Ingat senang ke main badminton ni? Menangis woo. Itu Mommy la. Sebab semput. Hahahaha. Kurang stamina! Nak kena pergi cari basikal lah!!
Juga, tidak terkecuali dengan wakil Malaysia yang lain. Jangan putus asa dan terima kasih kerana anda turut membanggakan Malaysia.
Jemput tonton live streaming Olimpik Rio ya.
Akhir kata, untuk semua Rakyat Malaysia, sokonglah Malaysia sepenuh hati. Raikan kejayaan yang diraih. Doakan kemenangan kita! Yeah! Semangat tak Mommy?
Salam Merdeka 2016!!
Tu lah kan?
Asalkan ada kemudahan internet, kita masih boleh tengok live Streaming Sukan Olimpik walaupun dekat rumah tak ada ASTRo…
ya benar. hehehe
wah, terima kasih share sumber untuk tengok live streaming.