Fri. Dec 6th, 2024

Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke langkah pertamanya.

1 BULAN

•    Membawa tangan ke arah mata dan mulut
•    Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
•    Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
•    Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
•    Memandang ke muka anda

2 BULAN

•    Tersenyum
•    Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
•    Tidur pada kebanyakan masa
•    Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut

3 BULAN

•    Menutup dan membuka tangan
•    Mencapai objek atau permainan
•    Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
•    Mula membuat bunyi seakan bercakap
•    Senyum mendengar suara ibubapa
•    Khusyuk memandang muka

4 BULAN

•    Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
•    Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap “Booo” atau “Baaa”
•    Suka melihat warna yang terang
•    Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 BULAN

•    Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
•    Mencapai objek
•    Mengenali orang dari jauh
•    Senyum secara spontan
•    Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 BULAN

•    Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
•    Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
•    Mula membuat bunyi seperti “ga”, “ba” dan “ma”
•    Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
•    Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.

7 BULAN

•    Duduk tanpa sokongan
•    Memindahkan objek dari tangan ke tangan
•    Kenal nama sendiri
•    Boleh bermain “baaa.. cakkk!!”
•    Seronok bermain
•    Bertindakbalas terhadap perkataan “tidak”

8 BULAN

•    Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
•    Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
•    Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
•    Makanan bayi boleh dilenyek.

9 BULAN

•    Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
•    Merangkak
•    Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
•    Menyebut perkataan “mama” atau “baba”
•    Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 BULAN

•    Merangkak dengan laju
•    Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
•    Mula belajar memegang cawan
•    Personaliti bayi mula kelihatan
•    Mula faham perkataan dan ayat mudah
•    Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
•    Makanan boleh dicincang halus

11 BULAN

•    Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
•    Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
•    Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki

12 BULAN

•    Mula berdiri tanpa sokongan
•    Berjalan selangkah dua
•    Duduk daripada posisi meniarap
•    Mula menyebut “mama” atau “baba” terhadap orang yang betul
•    Minum menggunakan cawan
•    Menepuk tangan
•    Melambaikan tangan

Maklumat ini adalah panduan umum perkembangan bayi dan mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Sila rujuk pakar kanak-kanak atau jururawat untuk maklumat yang lebih khusus.

taken from website: ratuhati.com

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!