Sunway Lagoon mana pernah bosan!!! Kalau boleh, sepanjang tahun memang nak beriadah ke sana je.. Terkenal dengan jolokan Malaysia Multi Park Destination, melalui taman2 keriangan iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan yang terbaru Nickelodeon Lost Lagoon. Sunway Lagoon juga menawarkan tarikan yang hebat seperti World’s Largest Water Ride – Vuvuzela, World’s First Waterplexx 5D, World’s Largest Man-Made Sandy Surf Beach, Malaysia’s First Interactive Zoo dan Flow Rider, Malaysia’s First Surf Simulator.
SURF SIMULATOR PERTAMA DI MALAYSIA, FLOW RIDER

Mommy & team KBBA9 berkesempatan untuk melihat sendiri Flow Rider di Sunway Lagoon, Sabtu lepas (17 Sept 2016) sempena Asia Flow Tour Finals 2016, di mana Malaysia, buat pertama kalinya menjadi tuan rumah untuk event ini.
Artikel berkaitan : Rasai keterujaan Ghostbusters Adventures Live di Scream Park Sunway Lagoon
Majlis dimulakan dengan ucapan Encik Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon dan diikuti ucapan serta perasmian majlis oleh Y.B. Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.


Peserta-peserta terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, bertanding untuk mewakili Asia di Kejohanan Dunia di Singapura pada bulan Oktober nanti.



Mesti korang pernah tengok kan sukan2 meluncur kat dalam TV. Atau mungkin ada yang pernah cuba sukan begini. Fakta yang korang perlu tahu ialah Flow Rider ini merupakan platform yang membolehkan pengunjung menikmati pengalaman lebih daripada sekadar meluncur. Ombak tiruan berkelajuan tinggi yang menolak kira-kira 200,000 liter air ke atas simulator Flow Rider, sekali gus mencipta laluan air yang laju dan berterusan itu seolah-olah seperti meluncur di laut yang luas.

Flow Rider mencabar peluncur untuk mencipta gaya tersendiri dengan menggabungkan gaya wakeboarding atau skateboarding.
Mommy sempat mengambil beberapa gambar peserta terlibat sambil rasa menyesal tak bawa dslr & tele lense. Hahaha. Redha je la guna Note 5 ni ha..







Ada banyak kategori dipertandingkan. Tapi Mommy tak tunggu sampai habis pun. Panas sangat. Rasa nak join terjun mandi je sebenarnya. Sambil layan pertandingan ni, Mommy dok jeling-jeling sekali sekitar kawasan. Alahai terujanya nak datang lagi. Maybe lain kali datang bersama anak-anak pula. Inshaa Allah.

Best tengok. Kalau buat Family Day ke, ok juga kan? Sambil mandi, sambil meluncur, wow! Semua boleh buat.
Jadi, korang jangan lepaskan peluang mencuba Flow Rider ni. Memandangkan Flow Rider merupakan aktiviti sukan yang berkategori ekstrem, ada arahan penting untuk korang ikuti kalau nak cuba tau. Baca betul2!!

Untuk keselamatan, korang boleh cuba jika korang pasti diri dalam keadaan sihat je. Maksudnya, kalau mengandung ke, pernah cedera ke, sakit belakang ke, ada darah tinggi atau sakit jantung ke, atau pun dalam pengaruh dadah/alkohol, korang dilarang main.
Ok dah boleh mula rancang percutian! Masukkan Flow Rider sebagai perkara wajib cuba! Adios!!
wah memang sempoi.. macam teringin je nak main skali hihi..
Best nie..satu hari nak ke sini jugak dengan family akak..
best. nanti kita pergi, hehehe
wah memang sempoi.. macam teringin je nak main skali hihi.. teringin nak pi sunway lagoons..
ok nanti family day.. kita terjah. tbalik pun xpe lah. hahaha
Awak x meluncur ke?? Bestnya.
x pon. lagipun masa tu ada event kan. hehe..
Bestnyaaaa! Kalau reti surfing memang boleh layan habis kat Sunway Lagoon ni kan 😉
Hehe. kan? Stylo habis tengok orang main. Nampak macam senang, tapi susah kot. Leh tergolek2 kalau tak reti balance. Hiks
Bila la nak masuk cni.. heeee.. bestnya…
Inshaa Allah. mesti boleh pergi nanti
Tak masuk lagi sunway..teringin nak p
Nanti wajib pergi tau. Serius tak boring. Hehe
Boleh fefeling pro ni…
kan. hihi. boleh cuba.
Bestnya surf cm tu…tingin nak pi Sunway Lagoon…tp tiket mahai sgt…tggu family day KBBA la hahaha…syokk
Hehehe. Tu la. Tak sabar nak bawak anak2 ni..
Jom lah pi sekali yb…
moh ler kita p sekali nanti. wajib luncur k
ahaha teringat lak dengan movie the shallows … teringin nak men mcm tu . hihih
ingatkan YB minat surf internet je selama ni…
hehehehee..
*laaarrrriiikkk*
:p
haa baru tau. hahaha
Fuh.. Bestnya.. Dah macam dekat laut betul jer…. Boleh jadi tempat training sebelum meluncur di laut yang sebenar…
aah. test sini dulu. nanti leh surf kat laut. tunggu next entry.. ada saya nak kongsi 1 tempat yang cool utk surf. Dalam malaysia woo..
mesti best pi sini, ada new games pulak tu