Deko rumah impian sebenarnya sangat mencabar. Dah la takde ilmu dekorasi sangat. Jadi Mommy banyak rujuk page Mommy sendiri iaitu page Shehanzstudiodotcom & Idea Susun Atur & Dekorasi untuk dapat idea sikit. Mommy masuk rumah baru ni 1 Februari 2017 lalu. Bajet memang tak banyak la bila masuk tu. Kena jimat sana-sini. Betullah cakap orang.. nak masuk rumah baru (rumah sendiri) memang banyak pakai duit.. Nak buat kitchen cabinet, tak cukup bajet pulak. Ada yang nak sponsor tak????
Jadi deko sikit-sikit je la yang termampu..
DEKO RUMAH IMPIAN
Perbelanjaan sepanjang di rumah ini, yang paling mahal setakat sekarang ialah bayaran untuk grill. RM2300 untuk satu rumah. Balkoni, 3 bilik, 2 toilet, yard & depan rumah. Hasil? Hmmm.. 2 bintang for me. Inilah risiko sebab tak pernah tengok hasil kerja sebelum ni. Bukan tak elok, tapi hasil kerja akhir tak kemas. (p/s : yang tak elok tu, Mommy tak tunjuk dalam ni la kawan-kawan. Nak tengok, kena mai rumah).
Ada part ok je.. cantik.. Ada certain part memang sakit mata lagi.
PILIHAN CURTAIN
Kemudian.. perbelanjaan pertama bulan 2 lepas untuk barang rumah ialah beli langsir. Langsir yang kami beli untuk 3 bilik dan juga ruang tamu.. Nak cari langsir pun bukan mudah tau.. Dekat 3 minggu juga survey.. Dari Kajang sampai ke Wangsa Maju sampai ke Nilai. Hahaha. Punyalah susah nak cari.
Last-last pilihan kami, langsir di Kaison. Dah la cantik, murah berganda pula.. ini curtain bilik Hannah & bilik tetamu… Simple je..
Untuk ruang tamu kami beli saiz yang paling lebar & labuh.. Harga dalam 60 sekeping. Kena beli 2 set..
PILIHAN CURTAIN RAILS
Untuk rails.. kami beli di Ikea. Struggle cari langsir untuk bilik tidur ambil masa lebih lama. Akhirnya Kaison juga pilihan. Sebelum ni cari warna hitam memang takde. Rezeki la dapat jumpa juga hitam akhirnya di Kaison.
Bajet : RM5 – RM40 ke atas untuk 1 curtain rail/rod.
PILIHAN WALLPAPER
Ada yang tanya beli mana wallpaper? Itu pun Kaison juga. Tapi kena DIY. Buat sendiri dari A-Z. Perkara yang Mommy paling suka la tu.. DIY (Do It Yourself) a.k.a Myself. Tapi kena bertabah la.. kena potong one by one. Letak gam kat wall. Gam tu beli asing kat kedai hardware. Lepas tu pelekat slow-slow. Jangan ada bubble air. Then masuk layer kedua, kena corak sama dengan tepi yang 1st layer. Serius.. Ini kali pertama buat dah rasa giveup. Kalau bukan jenis sabar.. mohon jangan buat. Gaduh sesia je nanti. Hahahaha.
Nasib tangan seni. Ewahhh..
Bajet :
Wallpaper – RM60 ke atas untuk 1 roll (guna 2 roll).
Gam – RM10 (tidak termasuk alat untuk letak gam & tekan tu)
PILIHAN ALMARI ANAK-ANAK
Almari baju Hannah & Ariq pula kami beli di Ikea Cheras. Masa sale. Harga dalam Rm500++ rasanya.. untuk 2 jenis almari ni..
Untuk carpet.. kami beli di Nilai je akhir bulan 3 baru ni. Beli sekaligus 4 keping. Harga dalam 700+. Murah sangat dah tu sebab 4 keping. Kami pasang di ruang tamu, bilik Hannah, meja makan & bilik tidur.
Corner wall. Canvas Art. Beli di Kaison. Harga around RM100.
PILIHAN MEJA MAKAN
Set meja makan pula kami beli di Ikea. Haa. Yang ni Mommy suka sangat sebab unik. Harga dalam RM1.3k untuk meja dan 4 kerusi.
Biasalah.. Ikea kan harga asing-asing. Dengan harga mahal macam tu, kalau kat kedai perabot biasa, dah tentu-tentu Mommy minta macam-macam freegift. Kat Ikea? Ko berani? Hahaha..
Ok apa lagi eh.. ini semua nak menjawab persoalan orang yang tanya.. ni beli kat mana.. itu beli kat mana.. maka terhasillah entri ni..
PILIHAN AKSESORI TOILET
Haaa. Dalam toilet. Untuk toilet.. kami beli aksesori seperti bekas sabun & syampu, tong sampah yang seragam untuk 1 rumah (putih) & cermin. Dah lama impikan nak beli cermin besarrr gini. Hehe. Syiokkk.. Macam hotel ke tak??
Tak perfect lagi tu.. nak kena cari alas untuk letak bekas sabun lagi. Ini toilet untuk master bedroom. Yang penting.. puas mekap kat sini.. Hehe.. semua peralatan dalam toilet ini 100% Ikea Cheras.
Untuk toilet Hannah.. kami belum jumpa cermin sesuai lagi.. Susah betul nak berkenan tau..
Maka.. kita letak aksesori je dahulu..
Bajet :
RM20 ke atas untuk bekas sabun/syampu.
RM100 ke atas untuk cermin IKEA
THANKS DADDY
Bab nak pasang perabot & tebuk segala untuk deko rumah impian serahkan kepada Daddy. Mommy tolong paku sikit-sikit je la sekarang.. Hehe.. Kalau dulu tak pernah drill tiles.. kali ni dah belajar drill sendiri je. Heheh..
Ok apa lagi eh.. Next projek deko rumah impian ni ialah menyusun buku di rak buku bilik Hannah.. dan hiasan di ruang kasut dan juga balkoni. Bila pulak la tu kan?? Hihi..
Last but not least.. nak fikir bab Kitchen Cabinet. Kos?? Sekurang-kurangnya RM8k -10k.
Arghhhh. Any sponsor? I janji promot setiap bulan selama setahun. Hahahahahahhaha..
Cantik kemas… suka tengok!
tq ahkak.. hehe
Hamboihhh setahun nak promot eh hahahhaa. Lawaaaa umah shehan, mcm hotel, aii like!
hikhiik. i loike too.. tu la. setahun i promot tau
deko macam hotel…banyak ruang …besttt
Alhmdlh.. x tcapai lg hajat spnuhnya ni. bajet kureng..
cantiknya rumah … !
tq lisa
cantik dan kemas. suka barang2 Ikea juga. Suka konsep minimalis
terima kasih. hehe
Nak tanya, boleh? Master bedroom punya toilet tu, awak tambah tembok ye utk belakang toilet? Memang ada, or awak tambah? Sukalah design camtu. Kalau tambah, berapa kos ye?
mmg ada
cantiknya rumah akak..terbaik deko
Aww, mudah-mudahan, saya dan suami diberikan rezqi lebih untuk beli rumah sendiri and dapat decorate rumah macam kalian juga, ameen ameen ya Rabb.
Seriously, I really love the dining table. Good pick, dear!
Thanks a lot sis..
Salam Sis.. Lawa rumah sis..
bole tau berapa keluasan rumah sis?
sy tgh jalan2 tgk org punya persiapan masuk rumah baru ni..
otak tibe2 blank.. next week dah nk amik kunci.
1050 sf
Cantik rumah
Mana beli karpet butang dan curtains planet tu?
karpet – nilai 3. curtain – kaison
alhamdulillah.. saya pun sedang dalam proses masukkan perabot sikit demi sikit..
Cantikkknya, i love it!