Shima Kanko Hotel The Classic | AUTUMN IN JAPAN 2018 – PART 3 KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – J HORIZONS KE JEPUN | 06112018/07112018 – Kembara KBBA9 ke Jepun ke tempat kedua iaitu ke Shima, selepas Osaka. Kami diberi peluang menginap di Shima Kanko Hotel, The Classic, hotel elegan di Jepun. Trust me.. SHIMA KANKO HOTEL..memang elegan! Jika ketenangan yang dicari, Mommy sarankan untuk pilih Shima Kanko Hotel yang terletak di Ise-Shima National Park, Kashikojima ini.
Pernah terpilih sebagai salah satu port terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Jepun, Mommy sangat bangga kerana menjadi salah seorang yang berpeluang melihat sendiri matahari terbenam di ini.
Cuma perlu naik ke Observation Deck di rooftop, Shima Kanko Hotel ini sahaja. Perlahan-lahan matahari ‘menghilangkan’ diri dan meninggalkan warna yang cantik sebegini. Sambil menikmati pemandangan Ago Bay depan mata ini.
SHIMA KANKO HOTEL – HOTEL ELEGEN DI JEPUN
Mommy gelarkan hotel ini elegen sebab dari awal Mommy sampai, perasaan itu muncul. Lihat sahajalah hotel ini dari luar.
Staff pun fasih berbahasa Inggeris. Jadi kami tiada masalah komunikasi langsung di sini. Semasa kami tiba di Kashikojima Station, kami disambut oleh staff hotel di sana. Kalau berjalan kaki pun, sekejap sangat dah sampai hotel ni sebenarnya.
LOBI YANG AWESOME
Lobi hotel ini memang seriously awesome. Bau wangi menerpa ke hidung Mommy sejurus masuk ke dalam hotel ini. Mommy rasa, bau essential oil. Serius sumpah best baunya! Sampai sekarang Mommy teringat-ingat bau wangi tersebut.
Haaa kan dah cakap awesome..
BILIK SUPER SELESA DAN CANTIK
Kalau sebelum ini Mommy tunjukkan penginapan Mommy di Osaka (Sheraton Miyako Hotel Osaka – Part 2 Kembara), jom kali ini Mommy tunjuk pula bilik yang kami inap selama 2 malam di sini.
2 malam pun tak puas derrr. Tenang sangat di sini. And again.. tandas adalah tempat yang Mommy akan explore lebih sikit. Hahaha..
Kemain kau nak berposing macam tu.. Hahaha
Lengkap dengan bathrobe, towel yang lembut dan hair dryer.
Paling seronok, siap ada set facial skincare tau.. Sikat dia pun cantik. Hahaha..
Cermin pula sebesar alam. Puas la nak berOOTD kat sini..
Haaa. atas katil masing-masing ada baju tidur (pyjamas) lagi.
Ada ruang lepak di bahagian sudut bilik.. Jadi boleh la bergossip girl di tengah-tengah malam.. Ini bukan lakonan tau. Candid! Hahaha..
Mommy harap ada signage yang menunjukkan cara menggunakan remote aircond di sana. Haha. Sebab sepanjang penginapan di sini, kami masing-masing struggle nak faham samada untuk panas atau untuk sejuk. Hahah. Lawak.
Kelengkapan lain yang disediakan adalah telephone, Flat-screen TV, Refrigerator, In-room safe, electric kettle, Coffee maker dan Minibar.
Ada 4 jenis guest rooms yang ada di sini iaitu Ambassador Suite, Premium Twin, Comfort Twin & Comfort Large. Mommy rasa, bilik kami adalah Premium Twin? Maybe?
Boleh tahan juga la harganya untuk stay di hotel ini. Jika mampu, why not? Tempat G7 2016 kot! Famous tu!
SEAFOOD FRENCH CUISINE FOR DINNER @ RESTAURANT LA MER
La Mer, restoran yang menghadap lautan ini khusus dalam masakan Perancis dan menyajikan sarapan dan makan malam. Dinner pertama sejurus kami tiba di hotel ini, dijadualkan jam 6 petang. Tengok keadaan luar dah macam jam 8 malam dah.
Kami dihidangkan Seafood French Cuisine malam ini. Fuh.. Terasa macam VIP sekejap. Satu persatu makanan dihidangkan. Sabar je haa sambil menelan.
Oh ya.. Shima memang terkenal dengan seafood seperti Japanese lobster, oyster, abalone dan macam-macam lagi..
Merasa abalone. Dua kali kunyah jer nih. Nyumss..
Terliur ke tu? Seafood gaisss.. Rate around 18.5k yen juga kot untuk dinner.. Boleh refer laman web mereka.
JAPANESE / BUFFET FOR BREAKFAST
Di restoran yang sama, La Mer, untuk sarapan, kami boleh memilih Japanese Breakfast atau Buffet yang disediakan. Untuk sarapan pagi hari pertama pastinya Mommy memilik Japanese Breakfast.
Tak risau kalau banyak pun. Ada orang boleh habiskan. Hahaha.. Tq.
Ini pula Breakfast Buffet Mommy pada hari kedua di sini. Setiap makanan ada label. Inshaa Allah mudah untuk kita memilih.
PENGALAMAN MENAIKI BAS KE OKAGE YOKOCHO
Hari pertama di sini, kami mengambil peluang untuk bersiar-siar. Masih dengan Kintetsu Rail Pass, kami menaiki tren di Kashikojima Station, dan turun di Isuzugawa Station. Satu untuk rail, satu lagi untuk bas.
Kemudian menaiki bas no 51 menuju ke Okage Yokocho (Ise-Shrine). Tunjuk je pass hijau Kintetsu kepada pemandu bas ketika hendak turun.
Welcome to the spiritual city – ISE
Souvenir banyak dijual di sini, yang memang khas untuk pelancong nampaknya. Agak mahal, kerana kebanyakannya memang handmade.
Jalan-jalan sekitar Okage Yokocho Street ini. Banyak juga kedai makan di sini.
Kawasan dalamnya sangat cantik. Mommy kalau boleh nak share banyak lagi gambar. Tapi, korang tengok je lah kat Instagram @myapilot tu yer..
Datang ke Jepun ni memang banyak Shrine pun. Tak bermakna korang tak boleh masuk. Kita kan pelancong. Heee..
Tempat yang kami masuk ini dipanggil Grand Shrine of Ise (Isejingu) – Japan’s spiritual home that God Live. Itu yang Mommy tahu melalui pembacaan Mommy.
Kalau korang berminat untuk ke Okage Yokocho ini, alamatnya adalah 52 Uji Nakanokiricho, Ise 516-8558, Mie Prefecture. Ikut je cara datang menggunakan bas macam Mommy ajar di atas tu..
Banyak lagi atrractions sekitar Ise-Shima ini. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami explore sepenuhnya.
DINNER DI JAPANESE RESTAURANT, HAMAYU, DI BAY SUITES YANG SUPER VIP STYLE!
Balik awal untuk dinner sebab bas terakhir pun jam 6 lebih.. Lagipun kat sini, pukul 6 dah macam malam dah. Gelap giler.. Kami akan ke Shima Kanko Hotel, The Bay Suites iaitu di bahagian belakang hotel yang kami duduk. Lebih privacy di sini. Banyak kenamaan yang menginap di sini. Jalan kaki ajer.. Dekat sangat.
Perasaan kali pertama masuk ke Hamayu ini, rasa macam masuk dalam library. Sangat diam. Semua bercakap ibarat berbisik. Mommy dah pesan kepada diri sendiri untuk tidak terlalu ‘mudah terhibur’. Risau pula ter..bising. Hahaha..
Malam ini, kami dilayan seperti VIP untuk menikmati Japanese Food di Hamayu Restaurant ini.
Faham ke tu??
Yang paling Mommy impress adalah sejenis sup ini. Ingatkan teh, tapi ada isi ikan inside. Ya Allah. Sedap sangat sangat!!
Siap ada demo cara ‘bikin’ sup ini, supaya lebih sedap. Fuhhh. Korang boleh tengok di IG Mommy ini > Sup sedap di Hamayu!
Mommy rasa, di Hamayu ini lah yang paling Mommy makan banyak. Enjoy every single bite. Sedap subhanallah. Tak perlu wasabi pun takpe. Terima kasih Shima Kanko Hotel.
HOTEL TOUR & G7 ISE-SHIMA SUMMIT
Setiap jam 9 pagi, aktiviti Hotel Tour disediakan oleh pihak hotel kepada tetamu. Kami dibawa melawat sekitar hotel dan tempat bersejarah mereka.. Sejarah mengenai hotel diterangkan kepada kami dan mengenai Shima Kanko Hotel yang pernah menjadi tuan rumah G7 ISE-SHIMA SUMMIT 2016.
Sayangnya, kami tidak faham sebab penceritaan tentang sejarah hotel dan G7 2016 adalah dalam bahasa Jepun. Tiada tukang alih bahasa ketika itu. Atau mungkin sebab tetamu kebanyakannya adalah warga Jepun. Tapi tak mengapa, boleh je study sendiri.
Beruntung tak Mommy? Hihi..
SHIMA MARINE LAND
Shima Marine Land antara tarikan paling dekat jika anda stay di Shima Kanko Hotel ini. Tiket masuk adalah 1400 yen seorang. Kami singgah di sini sebelum bertolak ke Kyoto.
Best la juga boleh jumpa penguin, dan macam-macam lagi. Ketika ini terbayang andai ada anak-anak Mommy di sini, mesti best!
Unik kan ikan ni?
CARA KAMI KE SHIMA KANKO HOTEL
Kami ke Shima Kanko Hotel, The Classic ini selepas menaiki KINTETSU LIMITED EXPRESS, menggunakan KINTETSU RAIL PASS PLUS selama 2 jam 35 minit daripada Namba Station, untuk sampai ke Kashikojima Station.
Selesa sangat Kintetsu Limited Express ini tau. Sedar-sedar je dah sampai ke sini. Sempat la Mommy tengok pemandangan indah seperti ini sepanjang perjalanan.
“Mommy dah datang ke negara matahari terbit!” (walaupun gambar matahari dah nak terbenam) hehe.. Bisik hati Mommy. Ya Allah. Macam tak percaya sekejap!
Overall Mommy sangat sangat sangat suka stay di sini. Untuk honeymoon, meeting, percutian rileks minda, semuanya sesuai. Tenang dan selesa sangat. Thanks Shima Kanko Hotel untuk pengalaman paling indah dalam hidup Mommy ini.
ALAMAT HOTEL
Shima Kanko Hotel The Classic
731Shinmei, Ago-cho, Shima City, Mie 517-0502, Japan
Check-in time 14:00
Check-out time 11:00
Tel: +81-599-43-1211
Fax: +81-599-43-3538
IG : @shimakankohotel
FB : www.facebook.com/shimakankohotel
Web : www.miyakohotels.ne.jp/shima-classic
=======
Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cosmoderm.
Wah, mmg legend hotel dia. Legend atau lebih sesuai klasik. yang penting best dan dekat nk p mana2 di area tu
Kalau ada rezeki ke Jepun, fiza akan refer blog she, lengkap info.
lawanya matahari terbenam tu,hotel dia,nak nangiss tgk. lawaa
SubahanaAllah… Indahnya pemandangan. Seronoknya tengok tempat selsa mcm tu, makanan halal. Alhamdulillah.
Tak mampu laaa nak travel dok hotel
Mcm ni
Rasa macam dah sampai sana bila baca blogpost ni. Good review
tqtq.. ehhehe
seronoknya di sana yer..tgk makanan pun comel2 lepas x anak tekak melayu nie hihi
mesti lepas punya. heheheh.. makan slow2
Cantik. View dia, awesome.
Untung sangat kak she ni..hehee..hotel sana sini..suka tengok cermin hotel dalambilik ni..memnag semua jenis bulat2 ye..ehhee
aah sbb ruang kecik kot.. so tu ssuai. comel je kan
Makanan dia bole buat kecur lidah la. Terbaik!!
thanks for your suggestion, travel time lol
http://archive.fo/3Gl8u
happy travelling
umakkk mantab betul laa review nya
http://archive.fo/3Gl8u
terima kasih.. selamat bercuti..