Tadika Little Caliph yang Hannah Damia belajar tu, akan buat sambutan Hari Guru pd hari ini (29/05/2015). Memang lambat sket dari tadika lain rasanya. Tapi xpe.. asalkan ada.
So, mcm biasa, Mommy memang plan nak buat simple je. Last2, makan berminggu2 nak setel apa2. Hahaha.
OCD? X la. Nak buat bagi puas hati. X suka cincai. Tu je
PREPARATION HADIAH HARI GURU
Tau x, Mommy start segalanya nih dari 12/05/2015. Buat sikit2, cari barang sket2. Hahaha. Biasalah, as Mommy yang berkerjaya, kadang2 balik rumah letih melampau. Pastu kdg2 bnyak kerja lain lagi kat rumah, so buat lah bila ada masa terluang.
So, Mommy plan nak buat penanda buku untuk teacher. Buat bentuk ni guna kertas biasa dahulu.. Macam2 design dah buat, tapi last2 buat 1 ni je. Hii.
Guna kain felt. Ada kat DIY. Cuma RM1.90 utk 3 pcs.
So, lukis atas kain felt tersebut. Kemudian gunting.
So leh guna gam la untuk tampal menampal. Last item untuk tampal is button tu. Mommy beli kat popular. Cuma RM5.90, ada 6 warna.
Popsicles ni Mommy & Hannah kaler sendiri jugak sebab beli yang jenis kosong gtu. Padahal ada je yang jual kaler2 kan? Haha. Xpe la. Baru la ada aktiviti sket utk HD
cop time. cop ni beli kat Lelong je..
ok siap!
Item kedua yang Mommy plan nak buat ialah greeting card. Guna tangan Mommy. Hahaha.
Since teacher ada 8 orang, buat 8 je la…
Now turn Hannah Damia. Suh dia cop tapak tangan & buat la apa yang dia rasa nak buat..
So dia buat dot2..
Siap!
Nampak. Hannah show ♥ kat teacher tu!!
Bila ditutup..
Bila dibuka..
100% hasil kreativiti Hannah Damia sendiri. Tulisan pun, dia sendiri yang tulis 🙂
Item ketiga yang Mommy plan ialah ini. Botol kaca diisi kekacang traffic light. Xde kacang betul2 merah, xkan nak bagi red dates? Hahaha.
Botol2 ni Mommy beli kat kedai craft Harga RM2.20 sebotol. Beli sekali tali guni tu harga RM5.90. Kekacang 3 jenis nih kos dalam RM25. 4x sauk. Beli jenis timbang2 kt Aeon Big tu..
Stiker ni Daddy yang tolong create & print out. Tq Daddy. Ini je yang Mommy sempat mintak tolong Daddy yg bz tu. Ekekeke
So, setiap teacher akan dapat yang nih..
Pk punya pk, nak letak dalam apa eh hadiah2 ni. Cari paperbag yang transparent. X jumpa. Ini je jumpak. Ok la kot. Transparent sket kot tepi..
Then print out this “kata2 pujian” sket & pelekat outside.
Done!
POTLUCKJust plan bagi Fruit Wand shj. Mommy beli polistri bulat harga RM3.50, pembalut RM1.20 kat kedai craft jugak.
Then, guna jarum peniti untuk lekat2 tapak. Pastu bahagian tepi, Mommy guna riben plastik untuk cover yg kawasan tepi x berapa comey tu.. Hikhik. Mommy buat semua nih malam tadi.
Pastu cucuk2 grapes nih. Then simpan kat peti.
Then 530 pagi tadi bangun setelkan riben & tembikai nih..
Ikat riben, cucuk tembikai. Siap.
Senang je kan semuanya?
DIY mmg puas hati.
Untuk teachers Hannah Damia, harap uols suka lah. Hadiah x seberapa, tapi effort anak murid anda nih, perlu dihargai ya. Eh. Tetiba. Hahaha
YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.