Sat. Dec 7th, 2024

PENGALAMAN MENYUSU BABY ARIQ EMIR

Mommy ada berborak dgn nurse dlm LR psl kangaroo care n breastfeeding baby yang baru lahir.. Nurse tu pn baguih dok ada, sembang sakan skali. Leh la Mommy alih fokus dari fokuskan sakit kn? Hehehe.. (kisah bersalin Mommy leh bc sini.. http://shehanzstudio.blogspot.com/2012/12/alhamdulillah-welcome-my-baby-boy.html).

Menurutnya, masa beliau lahirkan anak 2 tahun lalu, xde kangaroo care nih. Kalau gtu, sama la dgn Mommy masa lahirkan HD dulu. At the same hosp of course i.e Hosp Ampang.. So, xde la pngalaman berskin-to-skin dgn newborn masa tu.. Luckily, bila Mommy tgk ada poster pasal skin-to-skin n breastfeed baby 1 hour slps bersalin, Mommy dah start rasa teruja. Extreme punya excited wa cakap lue!! Sbb tu Mommy tnya nurse tu. Katanya, skrg nih mmg dorg perkembangkan semangat 2 perkara tu.. Baguslah cenggitu!

Selepas bersalin, selepas dijahit koyakan neutral (xde episiotomi), Mommy berehat kejap hampir sejam lebih plus dorg masukkan air ke hape ntah kt badan Mommy. Agaknya sbb ms lahirkan HD dlu, Mommy ada sejarah ditambah 4 pain darah. This time, syukur x perlu.. (oh ya.. Masa deliver tu, Mommy terasa ada benda mncurah2 kua masa teran tu. Mommy tnya Daddy, Mommy berak ke hape? Katanya darah yg kua. SubhanaAllah… Macam tu skali terasa mbuak2 darah yg kua. No wonder dorg akan check lagi skali lps bsalin kot2 ada darah beku ttinggal). Oh ya.. Mommy shaking ttba spnjg dijahit dan berlarutan agak lama. Sampai nk panggil nurse pn xle sbb button emergency jauh n agak sukar Mommy nak bangun. Smpai lah makcik cleaner india dtg nak collect sampah, jd mangsa Mommy. Mangsa utk tlg ambilkan selimut extra. Mommy yakin, sjuk nih mgkn sbb air yg ddrip masuk ke badan Mommy tu.. Sbbnya, lepas abeh je air tu, trus Mommy x sjuk dah.. Ermmmm..

Sejam lebih dari masa bersalin baby Ariq Emir tu, sorg nurse datang sambil menyorong troli baby. Ahhhh.. My baby dah dtg! Ya Allah. Ini mmg pengalaman yg sgt bbeza. Dulunya, Mommy pitam dan x sempat pn jumpa HD. This time, ya Allah.. Terharunya! Anak Mommy datang! Mommy plak rs btenaga skali! Sungguh!

Menangis? Tak.. Sebab bukan jns Mommy kot. Terharu, ya!

Waktu tu, Nurse suruh menyusu baby.. Oh Allah.. Lagi skali! Mommy terharu lagi.. Dah la lps bsalin, Mommy dpt peluk baby sejurus lps lahir tu. Skrg, sejam lebih bsalin, dapat pula menyusu badan. Allahuakbar!! Seronoknya! Nak pk sedih ms HD wktu tu, x adil la kan? Sbb keadaan mmg x mengizinkan. HD pn x brp bgs condition kesihatan dek lemas ms nak kua. Mommy lak pitam dek kehilangan darah yang amat banyak. But this time, Allah bagi rezeki utk tebus perasaan bersalah utk HD. Mommy dpt cover ms lahirkan adikmu, HD.. Adik Ariq Emir!

Mommy xle nak bgn sgt sbb masih rs perit kt bwh. Tp, ku gagahi jua. Sejam lebih berusaha menyusukan Ariq Emir. Masih x berapa pandai. Both of us. Mommy sbb dh lama x mnyusu. Ariq Emir sbb baru nk bljr ‘crawling’ mencari susu.. Hehehe.. Comel bukan?

Masa lps bsalin, sjurus slps baby ditimbang bagai, Daddy perlu keluar dr LR. Dibawanya skali tab Mommy. Allah.. Bosannya lahai.. Nak panggil masuk, dah x boleh kata nurse. Grrrrr… Nak tab je pn.. Huuu..

Rugi sgt rasa sbb xle snap the very 1st moment beliau mnyusu bdn Mommy nih.. Xpe lah.. Later2 leh snap jgk kn? Huuu

Sejam lebih jgk nurse tu tinggalkan my baby with me. Sampai lenguh pinggang.. Huhu. Hampir 4 jam rupanya Daddy tunggu luar LR tu. Sian beliau.. Disorongkan ke wad 4C bersama baby, Mommy dah xyah lepak LR lg. Wah.. Kalau ms HD, itulah tmpt Mommy makan tdo slama 3 hari lps bsalin.. Sedey x sedey sbb lgsg xle jumpa HD, imaginelah!

Mommy gigil kelaparan la plak pastu. Daddy digesa cari makanan yg pada masa tu dh kul 11pm ++.. Lapar ya rabbi. Daddy cari roti n milo panas. Ada ptt, hosp kasi air teh ms lps bsalin. Heee.. Mmg cr nahas la klu Mommy minum. Kang bentan x pasal plak.. Ala, hosp mmg xde pantang2 nih. Sepanjang hari diwad tu, Mommy dijamu breakfast koewtoew. Nasib la x mkn. Thari ada honeydew. Ahahah.. Mcm2 la! So, kenalah alert sndr apa yg bleh makan, apa yg x.. Mommy sanggup ikut pantang sbb yang nak sakitnya kita sndr.. Bukan org lain. Heeee

Sepanjang malam lps bsalin tu, baby asik lapa.. Tapi, sgt jrg menangis klu compare baby2 lain di wad tsebut. Sian mak2 yang baru. Terkial2 nak handle anak yg menangis, nak mnyusu lagi, sbb 1st time.. Smpai ada nurse yang dtg n suh be cool. Hehehe..

Walau Mommy masih pening2 sbb segala urat dah putus masa lahirkan Ariq siang hari tu, Mommy lgsg x rs stress ke apa utk bgn stiap jam mnyusukan Ariq.. Kerana.. Susu ini memang hak kamu wahai baby Ariq Emir..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!