Fri. Jan 17th, 2025

NAAN LOUNGE SHAH ALAM JADI PILIHAN BERBUKA PUASA.. LAYAN CHEESY CHEESE NAAN

NAAN LOUNGE SHAH ALAM JADI PILIHAN BERBUKA PUASA.. LAYAN CHEESY CHEESE NAAN

Sudah beberapa hari selera Mommy merudum. Bila daddy tanya nak makan apa, terus jadi blur. Itu belum suruh masak. Eh.. macam la Mommy masak. Hiii..

Kebetulan, kak Nina ada offer ajak berbuka di Shah Alam. Katanya makan cheese naan. Wah.. tak pernah makan nih. Tetiba rasa macam ada selera pula. Dengan harapan, selera Mommy ok semula sebab bukan nasi. Hahaha..

Hujung minggu, tiada apa-apa rancangan, semua on je. Jadi jam 4 petang, kami sekeluarga bertolak ke Shah Alam.

NAAN LOUNGE DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Kami tiba di Seksyen 7 Shah Alam, lebih kurang jam 5 petang. Ermm.. banyak masa lagi. Jadi, sempat lah jalan kaki dulu sekitar kawasan tu. Cari butik tudung, kasut dan sebagainya.

Kawasan ini memang meriah dan padat. Apatah lagi sekarang bulan puasa. Dah meriah dengan jualan hari raya. Jadi, kalau korang rasa nak datang berbuka di kawasan ini, datanglah awal.

Demi Cheesy Cheese Naan, ku tempuhi jua.. Korang boleh search NAAN LOUNGE di waze atau google map. Mudah jer nak datang sini.

SERENDAH RM44+

Mommy difahamkan yang harga buffet di Naan Lounge ini adalah RM44.90, manakala kanak-kanak pula RM23. Untuk kanak-kanak bawah umur 6 tahun, percuma.

Buffet yang disediakan adalah Nasi Beriani, Nasi Putih, Cheesy Cheese Naan (wajib), capati, lauk pauk dan kuih-muih. Nampak macam sikit, tapi bersandar juga lah lepas makan. Kenyang!!

Nah Mommy kongsi gambar makanan yang disediakan malam tadi.

Cheesy Cheese Naan

Untuk pengetahuan korang, signature Naan Lounge ini adalah pelbagai jenis naan. Ini yang paling utama iaitu Cheesy Cheese Nan.

Sebelum pulang, kami mencuba menu special lain di sini iaitu Nutella Naan. Haa.. Menu ini boleh request tau..

Pendapat Mommy

Bagi yang minat makanan Pakistan seperti naan, nasi beriani dan segala jenis kari serta dhal, sesuai untuk datang berbuka di sini.

Tempat selesa dan tidak terlalu sesak. Tempat solat pun ada. Selepas selesai makan, korang boleh sambung shopping kat luar sana. Meriah wooo..

Nak lepak-lepak lepas Terawih pun boleh tau.. Mereka tutup jam 3 pagi.. Harga tak mahal pun. Serius!

Korang patut makan Cheesy Cheese Naan, Ayam Tandori & Teh Tarik! Sedap gilerrr!!

Terima kasih Naan Lounge atas jemputan. Korang yang nak try cheese leleh tu, silalah ke sana ye?

Naan Lounge

  • Instagram : https://www.instagram.com/naanlounge
  • Facebook : https://web.facebook.com/naanlounge.my/
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (Sabtu – Khamis: 11.00 am – 11.30 pm) (Jumaat: 2.15 pm – 11.30 pm) (Ramadhan: 4.00 pm – 3.00 am)
  • Alamat : 44, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Selamat berbuka!!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

9 thoughts on “NAAN LOUNGE SHAH ALAM JADI PILIHAN BERBUKA PUASA.. LAYAN CHEESY CHEESE NAAN”
  1. Yup. Setuju Teh tarik dia kawwww! Sedap
    Naan cheese pun sedap. Puashati laaa sebab anak² makan sampai puas dan semua menu pun depa makan. Terasa berbaloi. Nanti kita pi lagi pekena menu lain lak eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!