Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan
Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
![]() |
sumber gugel |
Mesej 1 Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 2 Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 6 Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 7 Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 8 Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 9 Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Rasional
Amalan makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa termasuk di bulan Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini kadang kala diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika berhari raya, kita akan makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa selama sebulan. Oleh itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan meliputi beberapa panduan ringkas bagi meningkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa dan semasa menyambut hari raya.
Sumber