Penah gado tak dalam hubungan suami-isteri?
Aku taknak cakap le yang tak suami isteri bila bergadoh.
Time tak menikah lagi, semuaaa pandai. Bab mengayat memang terer.
Time gado, tak penah gagal memujuk.
Isunya skang, bila dah menikah, ada anak dua tiga orang, suami yang dulunya pakwe kita tu,
dulunya pandai bermain kata,
dulunya pandai memujuk dan menceriakan suasana tetiba hilang kata-kata.
Tetiba je jadi tunggul.
Isteri merajuk, dia wat taktau je.
FAktor Isteri Memerlukan Pujukan.
Isteri ni, kalau kena marah , herdik ngann sesapa pun dia tak kisah.
Bergaduh dengan mak ayah, ngan bos, kengkawan atau pun jiran sebelah rumah sekalipun, dia tak kisah. Tapi, bila bergaduh atau berselisih paham dengan suaminya, hati keperempuanannya terusik.
Tak kiralah camana ganaz dan superwoman sekalipun isteri tu, tak penah menitik ayaq mata depan suami, tapi bila time bergaduh, dialah yang paling terasa hati.
Hati isteri, tambahan pulak yang menjadi Ibu kepada anak-anak kita amatlah sensetif.
MAcam hati mak kita la jugak. Berani tak kita bermasam ngan mak kita sampai berhari-hari?
Nak tak kita tengok mak kite sedih, tarik muka pat belas sambil memasak kat kita?
Taknak kan….
Rugi ke kalau kita peluk dan pujuk dia?
Berbaloi tak melihat dia kembali tersenyum?
Pujukan tu bagaikan satu spark dalam hubungan cinta yang mendalam.
Pujukan memainkan peranan sebagai penyedap dalam rumahtangga.
Macam karpet yang dihampar atas simen yang licin lagi sejuk.
Bila kita letak bontot atas lantai yang keras tapi dilapik karpet, kita akan rasa selesa.
Pujukan itu umpama karpet. Lantai tu umpama cinta kita yang keras dan dingin.
TAkde karpet, maka dinginlah segala apa yang tumpang duduk atas dia.
Sama la jugak macam pujuk memujuk dalam rumahtangga.
Ia menambah seri dan warna sebenarnya.
Jangan le marah kalau isteri merajuk.
Sesekali tu isteri hanya mahu menguji kesabaran dan kasih-sayang suami.
Nak tengok, sejauh mana suami sanggup berlemah-lembut dengannya.
BUkan hanya dalam bilik tidur saja kena berlemah-lembut yee…
Jangan le memandang remeh bila isteri merajuk selepas bergaduh.
Kadang, suami tu wat derk je. “Lantak pi la kat ang, ang nak merajuk lama mana sangat pun..”
Kadang isteri yang merajuk tu saja je buat-buat takmo masak, atau takmo iron baju, atau tetiba taknak bercakap di rumah.
Senyap semedang.
Tu tandanya dia nak test je.
Nak tengok laki dia perasan ke tak akan perubahan drastik tu.
Isteri tu nakkan attention.
Isteri nak suami tu bertanya “apa yang tak kena?” atau “ada pape masalah ke?” .
Ataupun tanya la..”sayang… tak sihat ke ni? Kenapa tak masak hari ni?”
Isteri mahu ditanya.
Tanya lah wahai suami-suami sekelian.
Sebab, isteri ni selalunya berlagak kuat.
Dia berjihad dalam rumahnya sendiri.
Masak, kemas rumah, tonyoh lantai, cuci jamban, jaga anak-anak..
Allah tak suruh kaum Hawa berjihad di medan perang, tapi jihad mereka ini bermula di rumah.
Penat tau ‘berjihad’ 24 jam sehari tanpa mc.
Aku pun tak kata suami tak berjihad. Ye betul, suami pencari rezeki. Tapi, lepas balik kerja, sapa yang paling kalut sekali pastu? Isteri kan…?
Kalau kamu tak tanya, sapa lagi?
Takkan jiran lak kan..
Pujukan suami tu boleh bagi sumber tenaga kepada isteri.
Bila bergaduh, isteri akan hilang semangat.
Jiwa dia hilang.
Dia akan kesunyian.
Bagi dia , diri mungkin sudah tidak disayangi dan dihargai lagi.
Pujuk la…
Jangan biarkan si isteri tu bermain perasaan sniri.
Perempuan ni memang daya imaginasi dia tinggi cket.
Nafsu pulak ada sampai semilan. Akal satu jek.
Jadi, pujuk la.
Kekanglah imaginas melampaun si isteri tu.
Peluk la dia.
Kalau perlu minta maaf, minta aje la.
Tak kena cukai ponnn…~
Kadang-kadang kita dan pasangan teruji.
Anak sakit.
Kereta rosak.
MAsalah duit.
Masalah mak ayah dan mertua.
Masalah nak balik kampung sapa bila raya.
Macam-macam kan?
Kadang merajuk sampai 3 hari tak bertegur. Ada yang sampai seminggu pun ado.
Wahh, tak paham aku cemana diorang tido sebilik..kekeke..
Biasalah tu. Emosi memasing terganggu.
JAdi, bila terbegadoh tu, pujuk la.
Anak sakit, si ibu menjaga anak siang malam sampai seminggu.
Keluar spital, balik spital.
PAstu kat umah lagi nak kena jaga.
Berjaga malam. Bagi susu segala apa yang anak tu perlu.
Emosi dan fizikalnya letih.
Kadang, dia bercakap pun tak tentu arah.
Kalau terbegadoh, suami beralah la.
Anggap je si isteri tu tengah berhalusinasi ke hape… tak berapa nak center otak nye.
Dia letih. Abaikan jelah.
Pujuk la dia. Kuatkan semangat dia. Peluk lah dia.
JAngan le pi tambah lak lagi.
“Pikir masa depan!!!” kata Upin kepada Ipin.
Dan kepada isteri-isteri semua… Merajuk ni memang sinonim ngan spesis cam kita ni.
Tapi, jangan le over acting. KEna ingat dan sedar ke diri.
Kita ni ISTERI.
Walaupun marah dan kecik ati, semuanya kena simpan elok-elok .
Kena bijak guna akal untuk meluahkannya.
Tak payah le hentak kaki kuat-kuat sampai bergegar lantai dan segala apa yg ada kat badan tu.
Jangan sampai suami tidak senyum dan redha pada kita.
Lari semua malaikat yang melindung kita ni.
Suami?
yeee…. Suami ni kalau merajuk memang tak dapat dinafikan,….sangat buruk.
Tapi, lelaki merajuk bukalah sesuatu yang mustahil.
Cuma, berpada-padalah.
Pandang la isteri tu.
Ingatlah balik kenapa anda begitu cintakan dia suatu ketika dulu sampai beria bebenir kumpul duit nak menikah ngan dia.
Pandangla muka anak yang comel tu. Pikir balik, kalau tak kawin ngan bini kamu ni, kamu tak dapat anak yang comel cam yang ado skang ni.
Haaa… sebab bini kamu comel la. BAru dapat anak comel.
Nak harap gene kamu sorang je, belum tentu comel lagi tau~ *lempang!
Tapikan, lelaki ni selalunya kalau merajuk sekejap je. Bila malam, dia baik le balik. Kan..Kan ..Kann..?
Bagaimana memujuk isteri?
Errrmm.. kalau ikut aku punya faveret, aku tak perlukan teddy bear besar tv plasma tu.
Tak payah.
Cukuplah sekadar break-the-ice.
Kalau satu hari tu senyap je lepas gado, tetiba suami tu bersuara, ajak makan eskrim ke, cari goreng pisang ke, ataupun dia suruh pi buat ayaq neskepe ke, tu pun dah ok da.
Tapi, kalau time merajuk besar-besaran, elok la suami tu peluk, ajak pi makan pizza ke atau pun ajak pi ronda-ronda dengan anak-anak. As simple as that.
Lepas dah baik tu, tak payah sebut dah pasal hal gado tu tadi.
Buang terus dalam tong sampah.
Hukhuk~
Jangan majok-majok dah ek.
Tanda-tanda awal isteri merajuk:
Bangun awal gila.
Tido awal gila-gila. Memang takde chance le korang~
Tak mo masak.
Mulut muncung melebih 4 cm. (kalau jongang tu, kira lain la ek)
TAk serika baju, baik baju sniri mahupun baju laki dia.
Kenyang selalu. (Takmo makan!)
Sekejap-sekejap keluar bunyi berdecit-decit macam tikus.
Lansung tak mau bertentang mata dengan suami.
Bunyi pinggan dan cawan berlaga yang agak kuat. Nyebal la tu!
Kalau yg ada garden kat umah tu, sekejap-sekejap kuar siram pokok. Tengah hari pon siram pokok.
Asik ngadap fesbuk je pastu kuar status berunsurkan keperbezaan gender.
Tanda-tanda besar isteri merajuk:
Tido je semedang.
Bangun tido lewat.
MAsak, tapi dia masak untuk diri seniri je.
Mulut dah tak muncung dah. TApi, buleh dengar bunyi gigi diketap.
Baju suami dia serika sampai hangit.
Makan banyak gila!
Keluar bunyi mendengus macam rimau.
GArang dgn anak-anak.
KAlau ada chance bertentang mata ngan suami, memang dia tenung sampai nak meletup biji mata.
Bunyi pinggan dan cawan pecah.
Kalau yang tanam pokok kat luar tu, habih tercabut suma pokok-pokok sekali akar skali. Pokok ubi kayu pon slamber je dia cabut. Sebelah tangan je!
Tukar status kat fesbuk “It is complicated”
Read more: SUMBER
Mommy: ~ ~ ~ ~ ~ :'(