Thu. Oct 2nd, 2025

Air muka sombong..

Pernah dengar tak “orang tu muka garang, mesti sombong”, walhal kalau sekali kau borak, kepala masuk air je orang tu.

Dan selalunya orang yang muka garang akan terus dicop sombong, dan nampak macam berlagak.

“eh.. dulu kan, aku ingat kau sombong, padahal boleh tahan sewel, muka je macam garang”

Dan orang pun takut untuk dekati dan tak berani sangat nak cari pasal atau memulakan perbualan secara tiba-tiba.

Mommy dah rasa semua tu.

Paling kesian, kita tak dapat nak jelaskan kepada orang yang kita tidak sombong mahupun susah didekati.

Susahnya.

Maafkanlah air muka Mommy yang dah la tak cantik, garang pula.

maafkanlah-air-muka-ini

maafkanlah-air-muka-ini

maafkanlah-air-muka-ini

Dan kadang-kadang orang yang macam garang inilah yang paling banyak memendam rasa. Ceria mereka demi menceriakan orang lain. Wallahualam.

Kiranya ku sudah penat menerima tohmahan.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!