Fri. Jan 17th, 2025

LAYAN DONAT KAPAS DI DONAT KAPAS & COFFEE

Donat Kapas? Kenapa Donat Kapas? Sebab.. Gebu dia lain macam gaiss.

Sabtu lepas, memandangkan tiada aktiviti lain, Mommy sekeluarga memilih aktiviti jalan-jalan cari makan.

Kebetulan MamaKembar3 ajak hi-tea, kami rancang sekali untuk lepak bersama Kaklong sekeluarga di tempat yang sama. Bukan senang nak kumpul pun.

Nak cari tempat yang ada hi-tea menu dan dalam masa yang sama ada makanan berat juga. Haaa.. Kat mana tu?

Untuk orang Kajang, memang dekat sangat lah. Sebelum tol Sg Ramal tu jer..

DONAT KAPAS & COFFEE

Jam 3 petang, kami dah sampai ke kedai Donat Kapas & Coffee ini.

Kami perlu menunggu sebentar memandangkan semua menu mereka sedang disiapkan.

Tapi takde lah lama pun. Sebab menu utama mereka iaitu Donat Kapas memang ready, cuma perlu masukkan cream dia sahaja. Freshly made hari-hari.

DONAT KAPAS

Kenapa Donut Kapas? Kalau korang pegang.. alahai.. alahai.. lembut gebu gebas. Serius.

Ada 2 jenis yang dihidangkan iaitu Mix Chocolate Cocoa & Fruity series.

Haaa.. ini lah yang Mommy risau. Kalau manis sangat, sure Mommy tak makan. Peliknya, Mommy boleh makan. 2 biji pula tu. Haha.. Manisnya boleh tolerate pula. Kiranya tak terlalu potong kaki lah..

DONAT SPICY CHICKEN FLOSS

Kemudian, ada Spicy Chicken Floss series. Ini terlupa pula Mommy nak cuba.

DONAT IKAN BILIS SAMBAL GARING

Then, menu yang Mommy ditunggu-tunggu iaitu Donut Ikan Bilis Sambal Garing. Ya Allah!!!!! Rangup krup krap krup krap. Tak kedekut ikan bilis gais. Nangis terharu. Sedap dan besar juga.

NASI ARAB DAN BUBUR NASI

Kalau untuk menu berat pula, mereka juga sediakan beberapa menu seperti Nasi Arab (Lauk ayam atau kambing) dan Bubur Nasi.

Untuk Nasi Arab lauk Ayam, ada 2 jenis iaitu Ayam Biasa atau Ayam Spicy. Dua-dua pun best.

Lauk kambing ni, biasanya Mommy paling risau kalau berbau. Alhamdulillah, tidak berbau.

Mommy dah cuba. Sedap giler gais!! Adoi. Macam mana nak diet? Eh..

PELUANG BERNIAGA

Kalau korang nak tempah untuk function office ke, majlis harijadi ke, atau nak jadi ejen ke, boleh la hubungi mereka. Contact Kak Su 0176137255 atau 0129202058.

Follow IG @donatkapaskajang & Facebook @donatkapas.coffee ok?

Tetiba rasa macam nak buat majlis makan-makan je kat rumah. Dah tahu kat mana nak order Nasi Arab sedap.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “LAYAN DONAT KAPAS DI DONAT KAPAS & COFFEE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!