Kalau sebut Rail Pass di Jepun, sangatlah banyak! Memang boleh pening kalau nak study mengenai pass sahaja. Tetapi dalam entri ini, Mommy akan ceritakan mengenai Kintetsu Rail Pass yang suit dengan itinerary kami. Itinerary kami secara generalnya adalah Osaka – Shima – Kyoto. Haaa.. get it?
Dengan adanya Kintetsu Rail Pass, perjalanan kami sungguh mudah dan jimat masa. Cuma kita kena cepat dan tangkas, begitu. Masa adalah sangat penting. Terlalu banyak tempat menarik, dan masa sangatlah memainkan peranan penting.
Sedikit info mengenai Kintetsu Rail Pass:
KRP is a rail pass for exclusive use by foreign tourists. It provides five consecutive days of unlimited use of trains (except limited express trains) on the network of Kintetsu Railways, Japan’s largest non-JR railway network. The “Plus” version of the pass additionally covers designated buses around Nara Prefecture and the Shima Peninsula.
Baca : Padah kasut tidak sesuai untuk travel
JENIS-JENIS TIKET KINTETSU RAIL PASS
Ada 3 jenis tiket untuk Kintetsu Rail Pass ini iaitu KINTETSU RAIL PASS 1day, 2day(Osaka – Nara – Kyoto), KINTETSU RAIL PASS & KINTETSU RAIL PASS plus. Maklumat jenis tiket Kintetsu Rail Pass boleh dirujuk di laman web mereka, www.kintetsu.co.jp/foreign/english/ticket
Mommy nak bagi clear idea sikit.
- Untuk KRP 1 day ini – sesuai untuk lawatan sehari ke Nara dari Osaka dan Kyoto, tiket ini adalah mudah dan berpatutan!
- Untuk KRP 2 day ini – tiket ini adalah mudah dan bermanfaat bagi pelancong ke Osaka, Nara dan Kyoto! Untuk yang tidak puas 1 hari semestinya..
- Untuk KRP – dengan tiket ini, korang akan dapat perjalanan tanpa had di Kintetsu Line selama lima hari! Ada juga perkhidmatan bas untuk sekitar Nara.
- Untuk KRP plus – kita akan dapat menikmati lawatan ke kawasan Kansai yang lebih luas menggunakan tiket ini! Perkhidmatan bas sekitar Ise area yang sesuai dengan itinerary kami.
PILIHAN KAMI -KINTETSU RAIL PASS plus
Kami menaiki train sepanjang di Osaka, Ise-Shima dan perjalanan menuju Kyoto menggunakan KINTETSU RAIL PASS plus ini.. Memang sesuai dengan itinerary kami lah kiranya..
Ini harganya ya.. Berbaloi la untuk 5 hari. Banyak tempat menarik yang boleh pergi sekiranya menggunakan KRP plus untuk sekitar Osaka – Ise Shima – Nara – Nagoya – Kyoto ini.
Peluang menaiki bas di Ise-Shima menggunakan KINTETSU RAIL PASS plus, yang membawa kami melawat sekitar Ise (Part 3)
Untuk pembelian, korang boleh je beli secara online di laman web mereka ini >>
www.ticket.kintetsu.co.jp/vs/en/e-ticket/
LIMITED EXPRESS TICKET
Limited Express Ticket (LTE) Ini berlainan sikit dari pass di atas. Andai korang beli Limited Express Ticket ini, korang akan dapat reserved seat dan sudah tentu perlu tambah sikit harga. Antara LTE yang Mommy naiki di sana adalah Premium Express Shimakaze, yang bawa Mommy daripada Kashikojima Station (Ise-Shima) menuju Kyoto.
Korang boleh dapatkan tiket ini di Namba Station juga. Pegawai penerangan mereka sedia membantu di sana. Jangan risau.
Pengalaman menaiki VISTACAR, salah satu daripada Limited Express yang membawa kami dari Namba Station ke Ise-Shima.
Masuk je, dah nampak benda comel ni.
Tempat duduk bernombor dan dikhaskan (reserved).
Walaupun perjalanan 2 jam 30 minit, memang tak terasa bosan sebab pemandangan di luar tak benarkan Mommy tidur walau seminit. Rugi kalau tidur..
Lengkap dengan meja kecil di tepi kerusi yang boleh digunakan sebagai tempat makan mahupun buat kerja.. Sambil layan view cantik dari luar.
Wah.. comel jer train Ninja tu..
PREMIUM EXPRESS SHIMAKAZE
Berpeluang menaiki Kintetsu Premium Express Shimakaze ini dengan menggunakan LTE. Serius selesa dan cantik sangat. Tak perlu risau bab seat. Terjamin ada seat sendiri.
Plus, dalam Premium Express Shimakaze ini terdapat pelbagai kemudahan antaranya :
- Free Wifi
- Bilik loker untuk simpan luggage di car no 1 & 6
- Boleh view “Shimakaze Channel” daripada handphone kita sendiri
- Ada camera image (boleh tengok depan dan belakang tren)
- Ada tourist info
- Ada ditunjukkan current location di mana train sedang bergerak
- Premium Seats di car no 1, 2, 5 dan 6
- Kerusi disediakan boleh urut kita guyssss
Best la sambil baring, sambil ada ‘mesin urut’ kat pinggang tu..
- Ada lampu membaca (reading lamp)
- Selesa untuk buat kerja sepanjang jalan..
- Wah.. siap ada yang jual cenderahati. Ingat dalam flight je ada.. Hehehe
Selesa. 2 jam 30 minit ke Kyoto tidak terasa bosan langsung.. Terima kasih Kintetsu Railway!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web mereka di > https://www.kintetsu.co.jp/foreign/english/shimakaze/
Boleh juga dapatkan nasihat & pembelian di Malaysia iaitu melalui J Horizons Travel.
=======
Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cosmoderm.
thanks for sharing.. tp masih dlm dilema nak ke osaka ke tokyo.. huhuhu
banyak info dan details sungguh. thanks for sharing she
menarik juga.Serba moden jepun nih.. Seronok pula baca penggembaraan she .DAsyat betul,ada mesin urut juga dalam rail ..
Seronoknyaaaa travel ke jepan ni
Wahhh bestnya.. Bilalah boleh sampai sini.. Hihihi
inshaa Allah mesti ada rezeki tu
Ada macam-macam jensi pass ye..best juga p jalan2 naik train kan..tapi tu la masa kena tepat..kalau lambat lamabtla tunggu train lagi..hehee
yup. kita kena tggu dia. n dorg sgt2 on time!
Bestnya. Boleh refer sini je kalau naknke Jepun nanti.
terima kasih. jemput dtg baca lagi yer
Details sungguh. Tapi bila tengok teknologi nih, memang rasa nak g merasai. hihi.
kalau train biasa pn bes, apatah lagi yg express ni ha.. hehehe
Nangis tengok keteapi dia.. Best gila!!!!