KASHMIR TRIP | DAY 3 : TRIP KASHMIR (09032018) | Sebenarnya, ini bukan kali pertama misi ‘Melancong Sambil Beramal’ oleh team Kembara Qaseh ZY Phyto. Tapi, kali ini sebenarnya dah masuk negara ke 4. Itu belum lagi misi kembara dalam negara sendiri. Uniknya, bila Kembara di luar negara, ia agak berlainan perasaan dan mencatat pelbagai pengalaman sepanjang kembara. Contohnya kali ini, Kembara Qaseh ZY Phyto ke Kashmir.
Boleh baca pengalaman TRIP Mommy di India dari Episod 1 – 3 :
- Checklist ke India
- Ketibaan Kembara Qaseh ZY Phyto di India
- Kunjungan Kembara Qaseh ZY Phyto ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
- Wakaf di Masjid Jama & Layan Bollywood di Kingdom of Dreams
Ada yang komen, tak sabarnya nak membaca. Mommy pun tak sabar nak habiskan cerita.
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR
DARI NEW DELHI, KE KASHMIR PULA! | Selepas 2 hari di New Delhi, kami akan mulakan perjalanan ke Kashmir pula pada hari ke 3 (09032018). Untuk ke Srinagar (Kashmir), kami menaiki domestic flight. Tak terlalu lama perjalanannya, cuma agak unik pengalaman Mommy ke sana pada hari tersebut.

FROM DELHI TO JAMMU, THEN SRINAGAR
Mommy dapat tiket ‘transit’ di Jammu semasa dalam perjalanan. Haa. Mengikut pengalaman Mommy masa trip ke NZ dulu, Mommy perlu turun ke airport dulu, check imigresen segala, dan naik semula ke flight yang sama. Tetapi tidak di sini. Stay je dalam flight, nanti staff naik & cop.

Mommy menggelabah la juga sebab no seat berubah, walau flight yang sama. Ermmm.. Yang peliknya, team lain ok jer, Mommy sorang je yang dapat seat berubah. Hahaha.. Walaupun menggelabah, tapi itulah pengalaman buat Mommy masa tu.
Jadi, bila dah sampai di Jammu, Mommy pun terpaksa lah bangun dan tukar seat di belakang. Benda kelakar pula jadi. Tangan tengah full dengan segala gadjet stuff..
Tetiba powerbank jatuh dan terkena kepala seorang penumpang lain yang sebaris dengan Mommy. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Mommy say sorry non stop kat dia, siap ter’pegang’ kepala dia. Haha. Gelabah beruk beb! Powerbank kot. Nasib baik kecik jer..
Mommy tak sanggup duduk tepi beliau sebab nervous. Hahaha. Jadi, Mommy terpaksa ke seat tepi tingkap, yang sebenarnya tempat orang lain. Bila orang yang sepatutnya duduk itu datang, Mommy minta izin untuk duduk tepi sekali. Mujurlah ‘laku’ permintaan Mommy. Cuma, a bit tak selesa sebab ada bau hancing. Stress! But anyway, itu pun ‘pengalaman’. Hahahaha..

Boarding time jam 10 pagi waktu tempatan, dan kami tiba sekitar jam 1130 pagi. Dan tour guide kami sepanjang di Kashmir adalah Mr. Adil yang muda dan kacak ini. Barulah semangat sikit kan? Haha..

KASHMIR, SEJUKNYA!
Sejuk! Itulah ayat pertama bila sampai ke Srinagar, Kashmir. JAUH BEZA DENGAN NEW DELHI YANG PANAS!
Mommy dah gigil-gigil dah. Mujurlah dah ready jaket tebal before. Kalau tak, seksa juga lah. Itulah, jenis tak tahan sejuk, tapi tak pernah SERIK untuk datang ke tempat sejuk! Seronok sangat-sangat!


Nah tengok kemeriahan di sini.. Bab makan di Kashmir, jangan risau ye. Tak susah sebab kebanyakannya Muslim di sini.
SHANGLOO HOUSEBOAT
Sepanjang perjalanan dari airport ke Shangloo Houseboat, iaitu tempat penginapan kami nanti, lebih kurang 7 masjid yang kami jumpa. Dekat-dekat pula tu.
Fakta : Kami dimaklumkan, keseluruhan tentera di India lebih kurang 1.5 juta, dan separuh daripada 1.5 juta tersebut diletakkan dalam Kashmir. No wonder kita jumpa tentera di mana-mana sepanjang jalan di sini.
Akhirnya, selepas sejam, kami tiba ke gate untuk naik Shikara (small wooden boat) untuk ke houseboat kami. Tasik yang besar dan dalam ini diberi nama Dal Lake.



CARI REZEKI HALAL, NAK ATAU TIDAK, JANGAN BERHENTI CUBA! – PENGALAMAN NAIK SHIKARA
Itulah prinsip peniaga di sini. Tahu kenapa? Sepanjang kita naik Shikara ini, akan tiba beberapa peniaga dalam boat lain, menghampiri kita. Kita halau camne sekalipun, dia takkan berhenti mencuba. Haha. Last-last, mesti ada yang terbeli juga.

Mujurlah duit poket pun tak seberapa, so nafsu tiada untuk shopping. Hahah..

Sepanjang berada dalam boat, memang damai sangat-sangat. Shikara dikayuh secara manual tau. Tiada langsung boat yang ada enjin di sini. Demi menjaga Dal Lake yang dicintai. Sepanjang perjalanan pula, pemandangan memang superb sangat-sangat. Pengalaman indah buat Mommy. Tak sangka, Mommy dah sampai Kashmir. Alhamdulillah..



LUNCH DI HOUSEBOAT DAN TERUS PUSING-PUSING KASHMIR

Dah sampai pun tempat penginapan kami. Satu houseboat ni ada lebih kurang 5 bilik. Jadi, kami perlukan 2 houseboat untuk tempatkan semua team Kembara Qaseh ZY Phyto. Kelengkapan lengkap, cuma electricity di sini kejap ada, kejap takde. Itu normal.




Memang terbaiklah pilihan Mahsuri Travel Kuala Lumpur. No wonder ia sentiasa menjadi agensi pelancongan pilihan utama Kembara Qaseh ZY Phyto.

Lunch kami disediakan oleh pekerja di sini. Akan ada 1 orang ‘khadam’ yang akan jaga kita sepanjang berada di rumah ini.




JOM PUSING-PUSING SEKITAR SRINAGAR
Lunch dah selesai, jadi tibalah masa untuk berjalan-jalan sekitar Srinagar. Apa yang ada ya?
Nishat Garden
Kalau datang musim Bunga, sini memang heaven lah. Cantik. Sayangnya ketika kami datang, bunga belum muncul. Sobs..



Nishat Shopping Complex

Nishat Cofee House
Tak la besar sangat tempatnya.. Jangan expect shopping complex sini macam IOI Mall pula.. Takde bangunan tinggi di sini.

Beli shawl, kain pasang dan carpet?
Kalau dah majoriti team trip ini adalah wanita, tempat shopping adalah wajib. Jadi jom singgah kat kedai ni. Macam-macam ada. Memang seronok tengok akak-akak team Mommy ni shopping sakan. Bukan senang nak jumpa tau. Original Kashmir.



Madam Ameelia Akma, wanita yang sangat gah dalam bidang perniagaan khususnya pengilangan produk kecantikan dan kesihatan iaitu di ZY Phyto. Sepanjang trip #kembaraqasehzyphyto, Mommy melihat setiap gerak gerinya. Mudah mesra, tak sombong, dan sangat merendah diri. Jujurnya, kalau Mommy tak tahu siapa dirinya yang sebenar, Mommy sendiri tak sangka dia lah tulang belakang disebalik kejayaan banyak produk yang terkenal dan menjadi fenomena di Malaysia ini..
Dari sudut hati, Mommy juga ingin juga berjaya sepertinya. Perjalanan Mommy mungkin masih jauh. Tapi Mommy yakin, Mommy dah jumpa the ‘right person’ yang boleh dijadikan inspirasi untuk berjaya. Fuh.. Tetiba emosi pula ye. Bangga kot!

Sempat borong lagi ni..

Kejar Sunset
Selesai shopping, dah hampir petang, kami menuju ke penginapan untuk kejar sunset. Bukan senang nak dapat moment sunset, sambil merancang untuk bangun awal mengejar sunrise pula esok pagi.

Jom kejar.. Dan dapatkan segera ‘sunset’ paling perfect!

Bila matahari dah terbenam, cuaca berubah warna.. Sangat cantik!

Ingat Travel, Ingat Cosmoderm – tagline Mommy



Esok, nak ke tempat yang bersalji.. Wuhuuuu.. Tak sabar!
KISAH WANITA KASHMIR & WAKAF TELEKUNG
Kami sampaikan niat untuk misi Kembara kami kepada En Adil. Katanya, wanita di Kashmir memang tak dapat solat di masjid. Tiada tempat pun untuk jemaah wanita dalam masjid. Tempat mereka, hanya di rumah. Jadi, adakah misi kami tidak tercapai? Apa yang patut kami buat? Tunggu next entri ya..
.
.
.
Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur
tak terfikir kashmir ada tempat lagi menarik untuk dilawati.
baru tahu.
wow..menarik sungguh.
saya pun suka tempat yang sejuk..
sebab di Malaysia panas dan mencari tempat yang sejuk adalah satu pengalaman yang menarik
Lawanyaaa! Moga dpt pi sana gak suatu hari nanti
syoknya dapat kenali budaya orang di sana kan.
Syoknya dapat kenali budaya orang di sana.
bestnya awak dah sampai sana. Bertuah badan. Gambar2 semua cantik
Bestnya Kashmir.. bila nak dapat pergi ni..
Kashmir mmg sejuk ya..
Maigaddd cantik giler houseboat tu, macam dalam hotel bilik dia. Nak jugaklah pi Kashmir nanti, cantik!