Jangan gelabah.. Mommy x letak gambar. Sbb mmg sah2 la xde.. Heee.. Ini la kalau panik sgt. Pk mcm2. Dgn pk salah lagi. Mangsa? Anak yg comel itu. Iskk..
MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.
Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.
“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.
SUMBER: METRO
Gejala sosial seperti ini patut dibanteras terlebih dahulu instead of other thing kn? Macam kita cuba perangi rasuah, cer perangi masalah2 sosial ni besar2an.. Nak salahkan sapa? Mak bapak? Xkan mak bapak nk kena pantau 24-7? Kalau boleh, mmg la nak kan? Anak2 sendiri pn kena sedar. Pihak2 berkaitan perlu sekat carian laman lucah yang senang sgt boleh didapati dalam internet. Kalau mak bapak yang terer pasal internet nih, sila la pantau PC anak anda. Kalau dorg ada laptop sendiri, pandai2 la wt2 pinjam nk search pape & terus check pe yg patut.
Mommy bingung, sakit kepala & selsema. Stress pn ada hari ni..