Sun. Nov 10th, 2024

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG?

STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH | Seminggu sebelum Mommy travel ke India, Mommy hadiri satu majlis pelancaran cawangan baru Restoran Nelayan Gombak. Cawangan baru ini terletak di Ampang Waterfront, sebelum Taman Kosas. Oh.. kerinduan Mommy terhadap Ampang terubat selepas sekian lama meninggalkan kawasan ini.

Mommy agak teruja untuk ke cawangan baru Restoran Nelayan Gombak ini selepas pernah menjamu selera makanan dari pihak mereka ketika Bengkel Fotofon KBBA9 tempoh hari. Serius sedap dan kali ini, apa agaknya pembaharuan dari mereka? Apa menu terbaru mereka? Tak sabar dah ni nak cerita kat korang.. Sebabnya, itulah perasaan Mommy sebelum datang ke majlis tersebut.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (25)

Bagi Mommy, pencapaian mereka memang hebat la kerana belum sampai 2 tahun, mereka mampu membuka cawangan restoran yang lain. Terasa bangga sekali bila lihat usahawan Melayu hebat macam ni.

MENU RESTORAN NELAYAN AMPANG

Tahniah buat Restoran Nelayan Gombak atas pelancaran restoran kedua mereka iaitu Restoran Nelayan Ampang baru-baru ini. Jom Mommy kongsi menu yang disediakan oleh mereka.

STEAMBOAT

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG?

Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk steamboat dengan pilihan sos yang mantap. Ye, ada macam-macam jenis sos tau.. Tengok ni..

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (20)

Banyak giler pilihan bahan untuk steamboat! Segar-segar pula tu.. Air pula free flow. Uish. Untung ke untung???

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (24)

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (24)

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (24)

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (24)

Harga Steamboat

  • Dewasa : RM 28
  • Kanak-kanak (5-11yrs) / Warga Emas : RM 16

BERITA BAIK! SEKARANG ADA OFFER SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGAN BARU, HANYA RM20 SAHAJA UNTUK DEWASA (hanya 2 jam sahaja setiap sesi). TAWARAN INI SAH SEHINGGA 31 March 2018 sahaja.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (16)

SEAFOOD LAMBAK

Seafood Lambak atau biasanya orang panggil sh3ll out, pun adalah menu utama di Restoran Nelayan Ampang ni. Bagi Mommy, memang sedap la. Especially sos dia. Fuh. Rasa nak minta tambah je tau..

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (20)

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (15)

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (15)

Harga Seafood Lambak

  • 2 pax RM 39.90
  • 4 pax RM 75.90
  • 8 pax RM 150.00

Weh.. murah kot!! Dah la sedap! Tak rugi spend duit makan sini. Bawa la keluarga masing-masing yer. Pasti puas hati.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (20)

Untuk anak-anak, aiskrim pastinya pilihan paling menarik kan?

LUNCH YANG MURAH!!

Taknak steamboat & seafood lambak, menu lain pun ada. Western food pun ada.. Set lunch yang disediakan semurah RM3.50 sahaja. Dapat nasi + ayam goreng / ikan goreng + sayur. Mana nak cari harga tu sekarang? Wujud je. Inilah konsep empunya Restoran Nelayan Ampang, baginya harga begitu boleh sahaja dibuat, asalkan pelanggan gembira dan kenyang! Murah hati betul la. Patut lah maju je perniagaan mereka. Syukur, masih ada usahawan begini, di tengah-tengah kota yang selalu mencekik pelanggan dengan harga tak munasabah.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (8)

SUASANA RESTORAN YANG SELESA

Dengan tempat terbuka macam ni, memang selesa la bagi Mommy. Kalau nak buat sebarang majlis macam event korporat ke, birthday party ke, memang ok sangat sebab luas dan selesa. Siap ada pentas lagi. View pun menarik tau kalau korang datang waktu malam. Boleh nampak KLCC lagi. Memang cun dan selesa suasana restoran ni.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (1)

TAK SABAR NAK CUBA STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH? DAPATKAN INFO RESTORAN NELAYAN AMPANG DI SINI..

Bagi yang ingin membuat sebarang tempahan boleh hubungi mereka di talian  : 011-3960 6966 atau email kepada : nelayangombak@gmail.com

  • Restoran Nelayan Ampang, Unit 33A-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 58000 Ampang, Selangor (Landmark : Cafe terletak di atas Johnson Suisse, sebelum Taman Kosas)
  • Facebook : @restorannelayanampang

Waktu operasi

  • Selasa – Ahad : Jam 11 Pagi – 12 mlm
  • ISNIN TUTUP

Happy tummy, happy face! Tahniah sekali lagi dari Mommy & warga #kbba9.

KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG (26)

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

16 thoughts on “KAT MANA NAK CARI STEAMBOAT DAN SEAFOOD LAMBAK MURAH DAN BEST DI AMPANG?”
  1. Promosi pembukaan tu murah betul…ish dah la kebetulan mac ni bulan kelahiran juju…ni yg rasa nak belanja suami mkn kt sini nanti…tq she kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!