Thu. Dec 12th, 2024

IFTAR BERSAMA YB MENTERI KESIHATAN DAN PENGAMAL MEDIA 2016 DI ZENDE SERI PACIFIC HOTEL

Sekali lagi berpeluang berbuka puasa di Hotel Seri Pacific. Kalau hari tu, Mommy berbuka di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, kali ini Mommy berbuka di Zende Restaurant pula. Masih dalam hotel yang sama.

Dan kali kedua jua Mommy datang sini menaiki tren dari Ampang ke PWTC. Tak susah pun. Hihi. Ayat orang baru nak berani lone ranger pergi mana2, gitu lah kaedahnya.

iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel

Bersama beberapa KBBA9 team yang lain, kami berpeluang meraikan Majlis Iftar YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan bersama Pengamal Media 2016 dan menghadiri sidang media berkenaan kes jangkitan penyakit cegahan vaksin yang meningkat.

iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel (19)
Dari kiri, Marimar, Widad Azura, Ummi Nani, Shiqeen Sattar, Cik Haniza, Razi & Ezza

MENU IFTAR DI ZENDE RESTAURANT, SERI PACIFIC HOTEL

Kami, team KBBA9 menerima jemputan kali ini untuk bersama-sama berbuka puasa bersama YB Menteri Kesihatan & pengamal media yang lain di sini. Suasana di Zende Restaurant ini sangat selesa dan nampak ‘high class‘. Sesuai majlis sebegini diadakan di sini.

MENU IFTAR DI ZENDE RESTAURANT, SERI PACIFIC HOTEL Kami, team KBBA9 menerima jemputan kali ini untuk bersama-sama berbuka puasa bersama YB Menteri Kesihatan & pengamal media yang lain di sini. Suasana di Zende Restaurant ini sangat selesa dan nampak 'high class'. Sesuai majlis sebegini diadakan di sini.

Cantik kan? Makanan yang dihidangkan sepanjang iftar pula sangat menarik. Banyak sangat sampai rambang mata nak memilih. Antaranya ialah:

iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel (2)

Menu pilihan Mommy

Semestinya kambing bakar pilihan Mommy terlebih dahulu. Sedap la hai.. Mommy ada makan 2nd round tau. Nasi putih bersama ketam masak lemak. Recommended!!

YB Menteri Kesihatan berucap ketika majlis berbuka puasa.

iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel (18)
YB memberi ucapan sepatah dua kata ketika majlis berbuka puasa
iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel (18)
candid shot dari pengamal media lain

SIDANG MEDIA

Usai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan sidang media bersama YB Menteri Kesihatan susulan kes membabitkan kanak-kanak di Kedah dan Melaka yang meninggal dunia akibat penyakit difteria.

iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-dan-pengamal-media-2016-di-zende-seri-pacific-hotel (14)

Jom dengar apa kata YB

MEKANISMA KKM

Menurut Datuk Seri Dr S Subramaniam, KKM akan mewujudkan mekanisme bagi menjejak golongan yang terkeluar daripada program imunisasi disebabkan masalah kewangan. Menurut YB, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesan golongan terbabit.

Beliau berkata, keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia di Kedah dan Melaka itu mempunyai masalah ekonomi sehingga hidup mereka terpaksa berpindah-randah sekaligus menyukarkan klinik kesihatan mengesan mereka.

“Mereka berpindah randah disebabkan keperluan mencari pekerjaan menyebabkan pihak kami sukar untuk mengesan mereka bagi memberi vaksin. “Kedua-dua keluarga berkenaan tidak habiskan program vaksin dan terlepas daripada sistem kawalan kita kerana tidak tinggal di satu tempat”

Sehingga 29 Jun 2016, sebanyak 13 kes disahkan difteria dengan 5 kematian telah dilaporkan berlaku di negara kita. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka 3 kes dengan 1 kematian, Kedah 6 kes dengan satu 1 kematian dan Sabah 4 kes dengan 3 kematian. Kesemua kes di Sabah dilaporkan berlaku secara sporadik (terpencil) dan tiada hubungkait antara satu sama lain. Manakala kes difteria di Kedah dan Melaka adalah kejadian kluster dalam keluarga.

Jadi, apa pendapat anda? Vaksin atau tidak?

Apa itu Vaksin?

Menurut WHO, vaksin ialah satu persediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan kepada sesuatu penyakit dengan meransang penghasilan antibodi. Kaedah biasa untuk pemberian vaksin adalah melalui suntikan tetapi ada juga yang diberikan melalui mulut atau semburan hidung.

Bagaimana vaksin menghasilkan imuniti?

Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori yang akan mampu untuk memusnahkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua.

Saranan Kerajaan

Antara saranan kerajaan ialah ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat imunisasi mengikut jadual. Jika ada keciciran vaksin, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke klinik berhampiran untuk dapatkan vaksin. Harapan kerajaan ini adalah untuk memastikan kesihatan anak serta kesihatan umum sentiasa terpelihara melalui imuniti kelompok (herd immunity), seterusnya penyakit cegahan vaksin tidak menjadi masalah kesihatan awam lagi.

Lagi sekali Mommy tanya. Apa pendapat anda? Vaksin atau tidak?

Mencegah semestinya lebih baik. Namun, bagi Mommy, cara pencegahan itulah ibu bapa perlu nilai kebaikannya. Pastikan anda dapatkan maklumat lengkap mengenai vaksin yang bakal diterima dan memberi maklum balas kepada doktor andai ada sebarang masalah selepas vaksin dibuat. Boleh baca di sini mengenai soalan lazim berkaitan vaksin imunisasi.

Semoga Allah sentiasa pelihara anak-anak kita. Amin.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

11 thoughts on “IFTAR BERSAMA YB MENTERI KESIHATAN DAN PENGAMAL MEDIA 2016 DI ZENDE SERI PACIFIC HOTEL”
  1. betul..mencegah tu lebih baik dari mengubati..ermm..sedap makanan yang terhidang lagi2 laksa tu..hehe

  2. Part vaksin ni setuju.. Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.

    By the way, nampak mcm lobster je tu. Ke bukan?

  3. Awat eja nama SS salah huhuhu. Datang majlis ni barulah buka mata tentang vaksin. Dulu tak tau apakah benda vaksin nih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!