“Maaf Puan, kami tak dapat menjaganya”
Bila dah sehari tak pergi..
“sana Daddy.. sekolah sana”
Bila dah 2 hari tak pergi..
“sana Daddy.. sekolah sana”
Well.. korang rasa masa tu air mata Mommy banyak mana?
Hati mana yang tak sedih. Baru 2 hari, dah kena rejek. Tak mengapa. Ariq perlu diberi lebih perhatian kali ini. Biar Mommy yang handle sendiri.
Ya.. yang tertanya apa jadi, kenapa sedih, etc2.. Ini jawapannya.
Tadika tak dapat terima pelajar bernama Ariq Emir.
Tadika tahun lepas? Terima cuma mungkin Mommy nak Ariq biasakan diri untuk kelas pula tahun 2017 ini. Sebab tahun lepas masih belum masuk kelas. Jadi Mommy tukar tadika sebab taknak dia terbiasa dengan habit lama di tadika lama. Rupanya.. adik belum bersedia untuk ke kelas? Atau..
Bukan nak salahkan cikgu 100%. Mommy kenal anak Mommy macam mana.
Mommy taknak biarkan dia tidak diterima lagi. Mommy tau, dia special dengan caranya.
Kalau dulu, siapa yang dah lama kenal Mommy, Mommy sangat risau perihal si kakak Hannah yang berbahasa Jargon. Cuma Mommy Daddy je faham bahasa dia. Sekarang, dah petah sangat sampai tak larat layan. Cepat sangat belajar si kakak ni. Mommy tahu, adik pun sama bijak! Dengan cara adik, kan?
Ada je yang cakap, “biasa la tu Mommy.. Ariq besar nanti, ok lah dia.” Well.. kalau dia masih hyper, berlari-lari, memanjat-manjat, terjerit secara tiba-tiba, masih baring di mall dan semuanya itu masih sama, Mommy nak biar sampai bila?
Kali terakhir temujanji Speech Therapy untuk Ariq Emir ialah pada bulan Jun 2016. Dan pada hari itulah paed sahkan yang Ariq cuma speech delay. Tiada ciri autisma. Walaupun speech delay, sekarang dah nak masuk umur 5 tahun. Vocab masih kurang. Perangai pula bertambah-tambah.
Ariq masih dengar cakap.
Ariq kenal semua huruf, nombor, abjad dan kiraan sejak dari umur 3 tahun. Sekarang kiraan dalam English pun dah boleh sampai 20. In which benda tu Mommy sangat-sangat kagum dah. Vocab pun dah bertambah. It just dia suka lari-lari. Hahaha.. Dan tak boleh fokus macam budak biasa dalam kelas duduk statik atas kerusi pandang cikgu atau menulis. He can’t. At a moment. Mungkin dia berubah nanti. Inshaa Allah.
Mommy kena buat sesuatu.
Mommy akan tolong adik.
Mommy tak mampu nak ke Early Intervention Program yang rata2 nya kelas swasta. Mahal dik. Mommy cuma mampu yang kerajaan sahaja. Hati Mommy koyak dik. Mommy nak adik cepat improve. Tapi.. Mommy..
Mommy mohon adik bagi kerjasama.
Adik dah 5 tahun.
Adik dah nak masuk sekolah 2 tahun je lagi.
Kelas 5 tahun pun adik tak dapat masuk ni? Macam mana nak tadika tahun depan?
Mana Mommy mampu tahan hati ni dik!
ARIQ EMIR BIN HARIS ANUAR..
Takpe….
Mommy dah buat keputusan dah.
Moga Allah bantu Mommy.
Mommy tahu.. suatu hari nanti, Mommy mesti berterima kasih dengan adik. Mommy tahu dik.. Mommy tahu tu.. *kesatmata
#mogakeputusanMommytepat Amin YRA..
Semoga dipermudahkan urusan. Pasti ada hikmahnya. Allah sayang Ariq… itu hanya ujian kecil. Pasti ada kejayaan untuknya nanti! Amiin.
Amin. Terima kasih utk doanya..
Apasal i yg menangis ni.. shehan sabar ada sebab allah uji dgn sesuatu. Maybe DIA jenis kinestatik.Sabar…buat solat taubat banyak2. Asbab tu mesti satu hari allah bantu.
Inshaa Allah ada hikmahnya..
Semoga dipermudahkan. Lain kes dengan Khair, balik sekolah semangat esok nak pergi lagi. Tapi bila esoknya bangun dari tidur, automatic tukar.. menangis meraung taknak pergi sekolah macam ada orang dera.
sindrom taknak g sekolah la eh? hehe. kemon khair. banyak awekssss kat sekolah
Jangan sedih YB…Kita mempunyai anak yang istimewa dari ALLAH…Jangan putus asa utk berjuang dema Ariq….Eirna akan tolong awak ya..Sebab Eirna pun ada anak autisme.Eirna faham perasaan YB…Jadi,mari kita sama-sama membantu Ariq dan Qayyum utk berjaya hingga akhir hayat….Semoga Allah permudahkan segala urusan YB…Amin…..
Inshaa Allah. Amin..
hati ibu mana yg tidak pilu.. bila tahu cikgu xdapat terima utk mengajar anak..
harap k.she dikurniakan kekuatan hati & mental utk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.. be positive
sabarla kak..saya pun alami masalah yang sama..anak saya 5 tahun baru boleh bercakap..sy hntar ke sekolah tadika kemas ..alhamdulillah bila bersekolah dia dh boleh bercakap walau ayat x panjang mcm org lain.sekarang dh 7 tahun sy hantar kesekolah biasa, dia xbrgaul dgn rakan2 dan tidak bkomunikasi dgn guru..mgkin belum biasa dgn suasana baru..awalnya saya rasa down jga tp sy kuatkan semangat demi anak..insyaallah Allah maha mengetahui .
Akak faham perasaan Shehan. Si kembar ni pun 2 kali kena rejek masa nak masuk tadika dulu. Cikgu tak mampu nak handle diorang, tak boleh duduk diam dan ganggu tumpuan budak budak lain katanya. Tapi takpa, kita mak mak ni kuatkan hati, banyakkan doa & usaha. InsyaAllah anak anak ni lah yg akan membahagiakan kita suatu hari nanti.
InsyaAllah shehan semoga dipermudahkan..dyh pnh jmpe ariq dulu.ariq ok cuma dia aktif..boleh handle tu.tak mau dah sedih2 ok.
salam..
tempat shehan ada kinderkaizen x? rasanya sesuai kalau hantar ariq ke sana
mahal tak? x check lagi..
Kalau half a day 300 plus je shehan.. I like kinderkaizen sbb konsep belajar secara bermain. Diorang tak pakai classroom style, so anak-anak tidak terikat utk dudukkkk je sepanjang sesi…
fuh… mhl gk tu..
*sebak*
walaupun akak bukan orang yang sesuai untuk tenangkan YB tapi akak harap YB teruskan kebal dan kuatkan hati. doa banyak2 kerana doa seorang ibu tiada hijab. akak suka ayat YB yang last tu “satu hari nanti mommy akan berterima kasih pada Ariq..”
InsyaAllah.. akak doakan semuanya dipermudahkan dan Ariq dapat ‘bahagian’ yang terbaik untuk dia. Allah Maha Penyayang. again, YB kuatkan semangat ok. chaiyokkk…! 🙂
…