Sat. Mar 22nd, 2025

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 6

Walaupun Mommy dah sediakan pelbagai idea Hadiah Hari Guru sebelum ini, bila sampai untuk diri sendiri nak buat, mesti blur. Dan dek ketidaksempatan nak betul-betul buat DIY gift untuk guru-guru tahun 1 Hannah tu, Mommy cuma mampu ke kedai, beli alatan yang simple dan cuma DIY sikit-sikit apa yang patut.

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 13

Bahan-bahan Hadiah Hari Guru

Ok bahan yang Mommy guna malam tu memang simple yakmat. Macam masak pula.

  • Beli 2 jenis coklat. Mydin sebelah rumah je ha..
  • Beli bekas untuk letak coklat tu. Cikgu yang terima boleh letak barang-barang hiasan kecil kerana bekas ini tidak terlalu kecil. Boleh letak lipstik juga. Hehe

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 12

  • Beli rambu ramba (paper shreds). Mujurlah masih ada lagi barang craft ni dalam simpanan

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 12

  • Riben & Penebuk lubang
  • Bookmark (google). Print & laminate je
HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 2
tulisan Hannah
  • Plastik / paper bag

Haa tu je. Mudah sangat.

Cara DIY-‘lah sangat’ Hadiah Hari Guru

Apa yang Mommy buat ialah..

  • Masukkan rambu ramba tu dalam tin.

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 13

  • Tabur coklat ikut suka hati

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 13

  • Tebuk lubang & letak bookmark tu sekali

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 13

  • Ikat riben kat bookmark & plastic bag sebagai penutup

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 2

  • Done.

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 12

Cikgu ada share gambar budak-budak di perhimpunan sempena sambutan hari guru minggu lepas (hari Jumaat, 19 Mei 2017). Tapi yang nampak, beg je. Hehe. Dari segi cara pegang beg pink Aeon (gambar kiri sekali) tu, boleh tau dia tengah cite kat kawan-kawan. Mommy kita ni.. Mommy kita tu.. Hahaha

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 14

Ucapan buat cikgu

TERIMA KASIH CIKGU

Terima kasih cikgu BAHASA MELAYU
Dalam rimbunan kata bahasa yang tersurat
Ada kuntum senyummu merungkai setiap yang tersirat
Gurindam nasihatmu semerbak harum menjadi puisi
Kau mendidikku berbahasa dan berbudi
Menyantuniku agar lebih berani dan mengerti
Antara keindahan kata yang dikota
Dan jeleknya dusta dan nista

Terima kasih cikgu MATEMATIK
Aku terkenangmu pada setiap nombor dan angka
Rumus formulamu membuat aku lebih peka dan cakna
Dari sifar hingga berbilion harta dosa dan pahala
Menegak dan memalang dalam carta korup dan haloba
Kau gariskan sejelasnya sempadan linear
Agar aku tidak tersasar dari koordinat cita-cita
Dunia dan akhirat kau sempurnakan nisbahnya.

Terima kasih cikgu SEJARAH
Pada setiap detik silam kau bawa aku menjelajah
Ada intan dan permata kukutip di setiap kisah
yang kuabadikan dalam khazanah resah
Bimbang berulang sumpahan dan padah
Menimpa negaraku menjadi punah ranah
Dek kerakusan penyembah nafsu serakah
Seperti kaum yang sudah-sudah.

Terima kasih cikgu PAI
Menjadikan aku sedar berpijak nyata di bumi
Tersingkapkan rahsia alam yang hilang lestari
Di peta hatiku kau tak jemu menggali dan mencari
Bukan emas, bauksit, petroleum atau gas asli
Tetapi iman, jati diri, karisma dan potensi
untuk merawati iklim duniawi
yang tenat dan kian bejat ini

Terima kasih cikgu SAINS
Kemahiran aras tertinggi yang ingin kau gapai
Di makmal beban tugas mu yang sering terabai
Kau tekuni bereksperimen dan menguji kaji
Dasar-dasar fiksyen yang maju mundur dan pergi
dan masih kau mampu tersenyum santai
saat kau terpaksa berhenti untuk meladeni
bikar hatimu yang terpecah berderai
Tatkala nakal ku menjadi-jadi

Terima kasih cikgu-cikgu
Dengan cara apapun kau berbakti
di perantauan nun jauh dari yang dikasihi
di papan tulis jari jemari mu menari
di pancuran wuduk mengajarku bersuci
di balapan padang kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti
di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati
di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Kau lah pejuang
yang tidak didendang
Bertempur di medan pendidikan
Dihujani peluru dari hadapan dan belakang
Syukur.. Tuhan memberi mu benteng kewarasan
Pengorbananmu menuntut segalanya
tidak semudah ABC, 123 dan alif ba ta
Untuk menggalas amanah agama bangsa dan negara

Terima kasih cikgu
Jazakallahu khair ya ustaz
Thank you sir
Kutitipkan padamu guru-guruku
Tanpa kau pernah memintanya
Sejak mula hingga tamat dering waktu
Ucapan itu menjadi doa dan inspirasi selalu
dalam lipatan kenangan yang abadi
Setelah kau tiada lagi
di sisiku atau di dunia ini
Semoga dirimu
akan terus diterima
dan dikasihi.

Terima kasih.
Cikgu.

P/S : Ucapan ni Mommy c/p je. Tapi sangat suka dengan ucapan ini. Buat guru-guru Hannah, moga kalian hargai pemberian Hannah walaupun tidak mahal. Ikhlas dari Hannah.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

15 thoughts on “HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA”
  1. Mak ayah zaman skrg seronok tgk…byk buat persiapan utk hadiah hari guru.,. x mcm zmn dulu2…duit pun xd sangat nak beli hadiah utk hari guru tau…pernah beli novel secondhand yg tebal je utk guru bahasa inggeris julia minati…mujur dia suka hehe…good idea mama hannah…cantik dekonya…mesti cikgu suka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!