Benar atau tidak GEMBIRA MELAGA-LAGAKAN ORANG IALAH SUATU PENYAKIT?
Barangkali satu penyakit yang perlu melibatkan pakar jiwa?
Pakar jiwa bukan diperlukan untuk orang gila je. Asal jiwa je.. gila. Asal gila je.. jiwa. Hadoii. Padahal, macam2 lagi selok belok kerja pakar2 ni.
Mommy bukanlah pakar nak tafsir orang yang gembira melaga2kan ini. Tapi, dari pemerhatian Mommy, mungkin ada kepuasan sedikit di hati si pelaga dan pastinya sedikit senyuman terukir di hujung bibir. Wah.. dah macam drama je. Hmm
Melaga-laga atau mengadu domba (namimah) membawa maksud :
Suatu perilaku mengadu domba atau menyebar fitnah antara seseorang dengan orang lain dengan tujuan agar agar saling bermusuhan/tidak suka.
Dan ia merupakan dosa besar.
Nauzubillah.
Contoh perilaku naminah :
Mempunyai maksud yang tidak baik terhadap orang lain yang sedang diadu
Suka menjadi provokator
Suka membicarakan orang lain dan menfitnah
Menjadi orang munafik atau bermuka dua
Menfitnah orang lain dan berbohong kepada orang lain agar terjadi permusuhan di antara keduanya
Mommy harap, sesiapapun di antara kita, tak perlulah menjadi ‘pelakon’ yang sangat bijak berpura-pura namun akhirnya penuh muslihat. Semua itu berlaku di kaca tv sahaja. Tak perlulah menjadi watak kisah sebenar.
Nasihat Mommy, dalam kehidupan sekarang ini, kita perlu pandai bawa diri. Tak salah menjadi jujur, namun perlu berhati-hati. Kita perlu menjauhi golongan sebegini kerana golongan ini sangat BIJAK BERMANIPULASI.
Moga Mommy tidak tergolong dalam golongan namimah. Amin.
Find me on Instagram