Sejak kejadian handphone extra Daddy direnjis-renjis dipilis air oleh si budak ensem dalam rumah ni, maka, sejak itu juga lah segala gadget dilarang sentuh. Mangsa, termasuk kakak. Sebab, kalau kakak keep on tengok handphone, adik mesti nak juga. Jadi, kita haramkan both!
Hari terakhir boleh sentuh handphone, 8 Mac 2019..
Hari kejadian ngeri, 9 Mac 2019.. Mommy cuba simpan dalam beras, tapi tetap tak berjaya dihidupkan. Marilah sama-sama sedekahkan AlFatihah. Hahahha..
Jadi, aktiviti sepenuhnya di rumah adalah bermain dan membaca buku. Hikmahnya, masing-masing menghargai apa di sekeliling mereka, yang sebelum ini, jarang-jarang disentuh..
Dan baru-baru ini, Mommy bawa mereka ke Pesta Buku PBAKL2019 tu.. Apa lagi, borong buku lah..
Alhamdulillah.. Sangat banyak perubahan walaupun agak memenatkan nak melayan. Hahahaa. Ariq kan tak boleh baca lagi. Jadi, wajiblah Mommy kena jadi tukang baca ketika makan, tukang baca stori sebelum tidur. Hannah pun dah buka semua Set Peter & Jane untuk baca bersama adik. Alhamdulillah..
Ada yang tanya, macam mana Mommy buat? Entah lah.. semua ni kebetulan. Dan dalam masa yang sama, ambil peluang. Jadi, kita kena konsisten.
Kalau tak nak kasi, kita jangan kasi betul-betul. Kita yang ajar mereka, bukan mereka arahkan kita.
Masa makan, kami dah tak pegang handphone. Jadi, sama-sama hadap muka masing-masing. Full support untuk mereka yang dah ‘tak boleh pegang gadget’.
Dan dalam masa yang sama, kami akan cuba penuhkan aktiviti untuk mereka. Budak kan? Mesti cepat bosan. Cuma nak melawan kemalasan keluar dari rumah ni, mencabar betul. Hahaha. Demi anak, kena juga lah. Pergi jalan-jalan ke, ke taman, mandi kolam renang kat bawah rumah ni. Inshaa Allah.
Ada juga yang sudi derma buku untuk anak-anak ni. Terima kasih tauuu..
Tak sabar tunggu Big Box Sale pula. Biar mereka pilih sendiri buku yang mereka nak.. Actually, buku yang lama-lama banyak dalam box. Nak buka kotak yang tersimpan dalam bilik tu, memang bercinta lah.
Tunggu nanti Mommy beli almari dulu. Boleh buat mini library kat living hall ini.. Sukanya!!
Moga menjadi kenyataan. Inshaa Allah..
Kebetulan yang besar hikmah nya…
Alhamdulillah. Happy for you! ♥
Betul. Alhamdulillah. Hrp berterusan.. Nak fill up xtvt tu yg mencabar..
Amin. me too dlm proses buat mini library
awesome.. nt jgn lupa share..
Lawa rambut Ariq. Bagus tau penuhi masa lapang anak2 dgn buku. Lagi bermakna.
sgt bermakna.. haha nak maintain ni mmg mcabar.. inshaa Allah
Baguih! Macam ni boleh rapatkan lagi hubungan sesama sendiri, tak lah memasing dok ngadap henpon ja. Good job mommy.
btoi sgt.. alhamdulillah..
kehidupan tanpa gadget memang lebih bermakna sebenarnye. memang setiap yang jadi ada hikmahnya kan. aktiviti mommy pun sangat menarik..
okla tu..memng molek sanagt buat macam ni
alhamdulillah masih btahan