Buku pink atau buku biru yang ibu-ibu dapat dari Klinik Kesihatan atau hospital semasa mengandung tu, pernah tak belek? Tengok isi dalam tu? Kalau tengok, tahniah. Ada macam-macam info juga kan?
Baru-baru ini Mommy ada lihat senarai semak perkembangan kanak-kanak di laman facebook Public Health Malaysia ini.
✔️ Ia memberi gambaran awal tentang perkembangan kanak kanak
✔️ Membantu untuk mengesan sebarang masalah perkembangan
Pengesanan awal PENTING untuk membantu kanak kanak untuk meningkatkan keupayaan mereka.
Jom kita tengok checklist perkembangan kanak-kanak untuk ibu bapa pantau anak dari kecil.
Carta perkembangan bahasa & pertuturan di bawah ini turut penting ya..
Mommy pernah buat entry “Kalau rasa kelainan, kenapa tangguh?” yang agak hit ini. Sangat penting untuk ibu bapa ambil tahu.
Jika ibu bapa dapat kesan kelainan, sila rujuk pakar kanak-kanak ya. Harap membantu.