02/12/2023

1. Amalan memberi air boleh mendedahkan bayi kpd pelbagai risiko tmasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2. Tumbesaran bayi yang dberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kpd pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5 minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

PERHATIAN: Air masak – air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.

sumber: dari buku PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!