Fri. Oct 11th, 2024

ARIQ EMIR.. LOW HB!! (PART 2 FINAL)

Baca ARIQ EMIR.. LOW HB!! (PART 1) sebelum sambung baca post di bawah.
Esoknya…
12102013 (Sabtu)

Pelik. Kata pagi2 lagi nak transfuse 2nd pack. Xde pun lagi. So lepas segala doc dah datang, sorg doc pelatih datang untuk bagitau AE kena ke bilik prosedur utk blood collection. Lagi! So, Mommy namakan ia 3rd blood collection for HB test. Katanya untuk check keserasian darah terbaru AE dgn 2nd pack. Make sense. I redha.. So menyerah je la anak sayang.. Maafkan Mommy nak. Biar kita nangis sekarang dari nangis kemudian hari. Mintak simpang.
btw, result semalam punya HB selepas transfuse dah naik jadi 9 dah.. Alhamdulillah.
Pepagi, selain supplemen Appetton, doc ada kasi supplemen tambah darah ini jugak i.e Folic Acid & FAC. FAC tu yang warna merah tu.. Rasa dia macam besi. Yakekkk!!
Tapi, AE telan selamber je? Xde plak nak meluah kembali ke apa… 
“adik makan besi” kihkih
Oh..sambung balik kisah 3rd blood collection for HB test. AE kena cucuk lebih dari 3 tempat. Sedih & marahnya Mommy x terkata. Tapi, be professional, ia adalah prosedur untuk rawatan. Terpaksa bertabah.
Sampai bengkak!! Mommy cepat2 sapu minyak gamat kat semua tempat cucuk.
Kisah ni x berhenti kat ctu je. Tetiba, datang lagi sekali doktor pelatih yang amek darah AE tadi. Katanya x cukup lagi. Time tu dh rasa mcm nak menaga jer!! Since Mommy tgh mkn, Mommy suh doc tu ambil AE.
Sedih gila kot dok dgr AE nangis dalam bilik prosedur tu. Then doc yang ambil darah sblm tu dtg dpn Mommy & tnya kenapa? I said tunggu ariq. Dia terkejut & said kenapa kena ambil lagi. Pung pang pung pang bertekak sesama depa, doc tu dtg bgtau darah ambil mula tu clotted. I ask y. Sebab lambat ambil? Hoih.. Awat gtu!! Amarahnyaaa.. So cucuk lagi.. total so far dah 10x cucuk yg Mommy kira & nampak. Haih..
p/s: Kawan Mommy ada datang melawat jugak hari nih. Shiba & family. Tq Shiba. Sies lupa nak snap. Haih.. Walhal Daddy ada masa tu untuk tlg snap. Huuu.. So sori Shiba. Tq mai tau..
Mai petang, dorang dah dapat darah sesuai katanya (Mommy pelik sebab semalam dah order 2 pek melalui 2nd blood collection for HB test, kenapa kena lagi kan? X uji untuk 2-2 pek ke?). Ada tanya, katanya kena order semula sebab semalam cuma buat 1 pek ja. Loh. Gtu plak. Wateverrr la.. So, dorang kena masukkan air dulu sebelum transfuse darah tu. Masa masukkan air tu, AE asik menangis je. Then, dorg check rupanya dah bengkak. Adeh2. Mommy suh Daddy yang bawak ke bilik prosedur sebab Mommy xle hilang lagi marah yang tadi. Ibu mana x sakit hati tengok anak sakit. Apa nak buat, prosedur. Itu je ayat nak sedapkan hati sendiri. Pesan kt Daddy, jgn lagi guna tangan kanan pliss.. Banyak sangat dah guna. Sekali, bila mai.. Adeh.. kanan jugak! Rupanya Daddy x kasi bagi cucuk kaki lagi. T_T Aduyaiii.
2nd drip line. T_T
Waktu Daddy bawa AE ke bilik prosedur untuk tukar drip line, kakak senior Mommy datang. Beliau jugalah orang yang bertanggungjawab kenalkan insuran PruBSN kt Mommy dulu. Dari zaman HD sehinggalah AE. Tq kak mai melawat. Mai jauh dari Kedah nun. Bagus kan agen begini. Hehehe.. Tq +Makbed Journal .
Lunch Ariq. Gambar kiri bubur dari hospital. Letak sawi ayam carrot. Itu shj. Ariq cuma makan 3 sudu. Pabila daddy datang bawa bubur homemade (tq daddy tlg masak), 4x kali k makan bubur hari ni. Simple tapi sedap ye syg? Tq kat Daddy k, adik..
Setelah letih bertarung satu hari nih.. Sob sob.. Tertido adik.. :'(
Sesi 2nd pack transfusion start jam 530 petang 12102013
Masa Mommy tengok AE waktu nih, Mommy rasa sebak amat2. Ya Allah. Beratnya dugaan adik. Kecik2 lagi dah diduga begini. Tskkk 
Sesi transfuse nih selesai around 10 malam. Alhamdulillah. Xde sign of allergy jugak. Doc cakap, hari ni dah boleh balik. Tapi, Mommy xmo lagi sebab takut jadi pape sepanjang malam nih. So, tido lagi lor..
13102013 (Ahad)
Doc dah x sudi sangat dah tengok sebab dah boleh discharge hari ini. Huu. Xpe la. Dorang cakap xperlu check darah lagi utk kesekian kali sebab jadual dah set 2-3 minggu lagi. So, till meet again lah on 5 Nov 2013 kan???
Pagi tu telan bubur dari hosp. This time, Mommy add serbuk bilis yang Daddy bawa dari rumah. TQ sgt2 sebab Daddy dah expert dah sekarang in case Mommy tinggalkan dorg nih. Hehehe
So, layan ar sket AE makan.
 
Tido pn nak peluk2.. Huuu 
 Sesi ramah tamah sangat hari ni. Nampak lebih ceria & memang kepoh sangat. Abeh semua orang dia tego. ‘kak.kak.kak.’
Akhirnya.. pukul 3 petang selesai check out (amboi..igt hotel?) selesai.
 Tapi, kena tunggu ubat ler pulak. 
Tetiba..
Kawan UIA Mommy datang. Buat surprise katanya. Nasib baik la ubat blum dapat. Kalau dh dpt, x berjumpa kita Asmaa!! Hehehe
TQ Asmaa..
Dulu jumpa, kecik lagi Aishah ni. Sekarang dah pandai jalan dah. hihihih
Sebelum pulang ke rumah, Mommy lapo & mengidam nak makan tomyam kung Secret Recipe. Weols pegi makan kat SR Melawati. HD leh ttido sambil bersandar. Sian dia. Mana tido lagi dari pagi tadi.
Sampai la hajat nak makan. Huhuhu
tomyam kung & lasagna. Kihkih. Tamak!!
AE dah jaga masa kami otw nak balik rumah.. N pipi AE betul2 macam pakai blusher. AE dah sihat!! Yeay!!
Alhamdulillah.
Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!