Hari nih, 28 May 2013, genap Ariq Emir berusia 6 bulan. Yipppii Yeay..
&
PALING BEST, Mommy dah 6 bulan juga la berjaya FULLY BREASTFEED AE. Wihuuu
Bila 6 bulan, dah boleh ajar makan dah. Mommy dah siap prepare kelengkapan memasak untuk beliau. Ada Mommy buat entry kat blog nih kat SINI.
Sekarang pun dah tunjuk sangat2 dah dia nak makan sampai merah jari digigitnya.. Haihhh..
Tapi, AE sambut kehadiran pertambahan umur dengan DEMAM PANAS. wuwuwuwu.. Cedey2..
rasanya ini kali ke 2 dia demam selepas demam campak masa umur 3 bulan lebih kot. x ingat..
Dia start demam 27 May 2013 pukul 3 pagi. Dah la Mommy nak p keja. Adoiii.. Sian anak Mommy..
Masa balik tu, asik nak mengempeng ja. Lama gak la dia bf. Mata pn x celik2. Panas sangat agaknya..
Malam tadi, Daddy baru sampai dari Kedah area 12 tgh malam. Lepas siap mandi pe sume, baru Daddy masuk bilik tido. Katanya kami dah masing2 bergelimpangan dah. Heee.. Adik plak dah dibogelkan Mommy sebab panas sangat..
Nih keadaan Ariq pagi tadi. Mommy bawa Ariq Emir yang cuma memakai pampers, ke nursery dengan balutan napkin basah sahaja. Panas sangat. Ubat plak memang x minum dari malam tadi sebab tertinggal kt nursery. Hmmm
The best part, x bagi cool fever kt nursery. Aduyai… T_T
Apapun, tolong doakan Ariq Emir cepat sihat hari nih. Mungkin nak tumbuh gigi? Atau nak bercakap banyak? Atau nak merangkak? Mari kita lihat nanti..
Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir