AIR BANCUHAN TEPUNG GANDUM : UBATI CIRIT BIRIT | Assalamualaikum.
TIPS TANGANI CIRIT BIRIT
Tips ini diberikan oleh mak Mommy masa HD kena ceriberi setahun yang lalu (HD around 2 tahun lebih). Punya la teruk & xnak berhenti, sampai tahap mak terpaksa datang ke KL untuk jaga HD. Ye la. Taska mana benarkan budak2 yang sakit2 cenggini stay kat taska kan?
Sebab.. cirit birit dan muntah2, selain flu dan batuk BOLEH BERJANGKIT. Tahu???
Sebab tu la.. once sape2 dalam rumah terkena sakit cirit birit & muntah nih, harus selepas sihat tu, disteril segala peralatan. Kalau boleh basuh segala cadar dgn merendam dalam air panas pun ok. Mop satu rumah, sembur febreeze, etc. Buat la macam2 asal kebersihan terjamin semula.
Bahan-bahan
2 gelas mug (1 mug letak air suam)
1 sudu besar (utk dewasa), atau 1 sudu teh (utk kanak2) tepung gandum
Cara-cara
- Bancuh tepung ke dalam mug yang ada air suam tu (air tu agak2 la. kang banyak sangat, xde plak efek tepung tu. Let say utk dewasa, 1 mug penuh. Tapi utk kanak2, cuma setengah mug sahaja sebab 1 sudu teh tepung shj dperlukan)
- Biarkan tepung tu mendap di bhgn BAWAH gelas
- Minum air bancuhan yang berada di bhgn ATAS sahaja yang berikan (tuang yang jernih tu kedalam mug yg satu lagi)
- Kalau rasa sakit lagi selepas sejam dua, bancuh tepung yang sama tadi. Leh guna 2-3x tepung yang sama tadi. So tutup la lepas dah amek air bancuhan tadi tu..
- so far, pengalaman sendiri, 2x minum je. Terus stop. Kadang tu, sekali je minum. Dah x rasa nak g toilet dah
Tips lain
- Teh O Pekat
- Pucuk jambu batu – kunyah & telan
- Pil Chi-Kit Teck Aun
- Klinik : ORS – bancuhan sebungkus dalam 280ml air & tahan 24 jam. So, satu hari tu, minum air tu je.
- Klinik : Ubat tahan muntah
- Klinik : Ubat sakit perut
PEMAKANAN
Banyak kali dah ulang2 cerita pasal pemakanan ketika CIRIT BIRIT nih. Masih lagi yang konfius ye???
- CIRIT BIRIT (DIARRHEA) – ingat BRAT (maksudnya makan BRAT : Banana, Rice, Applesauce & Toast). Gambar ini ada Mommy letak dalam page Homemade Food for HDAE
Baca sini shehanzstudio.com/brat-diet
- SEMBELIT (CONSTIPATION) – ingat ‘P’ FRUIT (maksudnya makan ‘P’ fruits dan jadual ini). Gambar ini ada Mommy letak dalam page Homemade Food for HDAE
Baca sini
shehanzstudio.com/sembelit
shehanzstudio.com/colic-home-remedies
Amalan pemakanan ini HANYA PERLU DIAMALKAN SEKURANG2NYA 3 HARI. Jika masih berlarutan, harus segera ke hospital.
***********************
Pengalaman ROTAVIRUS
HD ketika umur belum sampai 1 tahun, pernah cirit birit lebih 15x sehari, kena admit & disahkan ROTAVIRUS. Apa yg doc suruh ialah makan Bubur. Bubur je. atau Kentang (buat la mash potato tanpa garam at all). Susu stop sebab doc agak HD masa tu Lactose Intolerance. Even beli susu Lactose Free pun still cirit jugak. Last2, since dia memang kena tambah air (drip), so ONE WHOLE DAY Mommy cuma bg dia makan bubur n air suam sahaja. X bagi susu langsung. So dalam 24 jam tu, memang hilang terus cirit birit tu. Then, esoknya baru berani bagi susu semula. Alhamdulillah ok.
So, now kalau dalam family Mommy ada cirit birit, Mommy kasi je air bancuhan tepung nih. Hiiiii. Insya Allah.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir
Tq sis share tips y berguna!;)