Bila sebut tentang pusat beli-belah, mesti ramai yang terbayangkan aktiviti shopping, makan-makan atau luangkan masa bersama keluarga. Tapi kali ini, Mommy berpeluang menyertai satu aktiviti yang sedikit berbeza di AEON Mall KL Midtown, iaitu program penanaman pokok menerusi AEON Hometown Forest Programme.

Menariknya, Mommy bukan sekadar hadir untuk melihat acara yang berlangsung, tetapi turut berpeluang menanam pokok sendiri! Satu pengalaman yang cukup bermakna kerana kita dapat menyumbang sedikit usaha untuk menghijaukan persekitaran.

Lebih menarik, AEON Mall KL Midtown bakal dibuka kepada orang ramai pada 5 November 2026. Jadi, sementara menantikan pembukaannya, jom Mommy kongsikan sedikit tentang program yang berlangsung serta apa yang menarik di pusat beli-belah baharu ini.
AEON HOMETOWN FOREST PROGRAMME – USAHA MENGHIJAUKAN PERSEKITARAN
Menerusi AEON Hometown Forest Programme, AEON meneruskan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar dengan usaha penanaman kira-kira 1,500 pokok renek di sekitar AEON Mall KL Midtown.

Program ini menghimpunkan lebih kurang 150 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah AEON, komuniti setempat, warga kerja AEON serta kira-kira 30 orang murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur.




Bagi Mommy, program seperti ini memang satu inisiatif yang baik kerana ia bukan sekadar melibatkan aktiviti penanaman pokok, tetapi turut menggalakkan penyertaan komuniti dalam menjaga alam sekitar.
PENGALAMAN MOMMY MENANAM POKOK SENDIRI!
Antara aktiviti yang paling menarik sepanjang program ini sudah tentulah sesi penanaman pokok. Dapat peluang menanam pokok sendiri memang memberikan pengalaman yang berbeza.
Walaupun nampak seperti aktiviti yang ringkas, sebenarnya setiap pokok yang ditanam membawa makna tersendiri.




Hari ini kita tanam, mudah-mudahan beberapa tahun akan datang pokok ini semakin membesar dan menjadi sebahagian daripada kawasan hijau yang boleh dinikmati oleh pengunjung serta komuniti setempat.
Mommy seronok apabila datang ke sini bukan sekadar menghadiri satu acara, tetapi dapat turut serta melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada persekitaran.
AEON MALL KL MIDTOWN – BUKAN SEKADAR TEMPAT MEMBELI-BELAH
Sebenarnya, penanaman pokok ini merupakan sebahagian daripada perancangan landskap hijau yang lebih besar di AEON Mall KL Midtown.
Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas kira-kira 1.5 ekar, yang menyediakan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.
Selain itu, AEON Mall KL Midtown turut mengaplikasikan beberapa ciri pembangunan lestari termasuk pensijilan bangunan GreenRE Gold, sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan, kemudahan penjimatan penggunaan air serta petak pengecasan kenderaan elektrik (EV).
Menarik juga apabila pusat beli-belah ini menggabungkan elemen kehijauan dalam pembangunan bangunannya. Jadi, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pengalaman membeli-belah, tetapi turut berada dalam persekitaran yang lebih mesra dan selesa.
AEON MALL KL MIDTOWN BAKAL DIBUKA 5 NOVEMBER 2026!
Okay, ini satu lagi perkara yang Mommy rasa ramai dah tak sabar nak tahu!
AEON Mall KL Midtown bakal mula dibuka kepada orang ramai pada 5 November 2026, manakala majlis pembukaan rasminya dijadualkan berlangsung pada 8 Januari 2027.
Pusat beli-belah baharu ini bakal menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung. Bukan sekadar AEON Supermarket untuk barangan keperluan harian, malah terdapat juga kedai fesyen, kecantikan, teknologi, makanan dan hiburan.
Antara jenama yang bakal memeriahkan AEON Mall KL Midtown termasuk UNIQLO, Levi’s, KOMEHYO, HLA, L’Occitane, Yves Rocher, LUSH dan banyak lagi.
Untuk peminat gajet pula, boleh singgah ke URBAN REPUBLIC by Switch, SAMSUNG, HONOR dan Gadget Hub Signature.
Memang menarik sebab ada pelbagai pilihan untuk diterokai dalam satu tempat!
PILIHAN MAKANAN, KOPI & DESSERT YANG MENARIK
Kalau Mommy pergi shopping, memang tak sah kalau tak singgah makan atau minum kopi. Antara nama yang menarik perhatian Mommy dalam senarai tenant F&B ialah SUSHIRO, Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, Starbucks, Chateraise, DONGQ dan CHONGDEE TEAHOUSE.
Nampaknya banyak pilihan untuk yang suka makanan Jepun, hidangan tempatan, kopi dan dessert.
Mommy sendiri dah mula terfikir nak singgah beberapa tempat untuk food hunting nanti. Maklumlah, bila banyak pilihan makanan, memang kena datang lebih daripada sekali!
HIBURAN MENARIK DI AEON MALL KL MIDTOWN
Selain shopping dan makan-makan, pengunjung juga boleh menikmati pilihan hiburan di sini.
Salah satu yang menarik perhatian Mommy ialah VS CHALLENGE, yang bakal menjadi lokasi pertama konsep hiburan ini di Malaysia.
Dibawakan oleh AEON Fantasy, VS CHALLENGE menawarkan konsep permainan penuh aksi dari Jepun dan diterbitkan oleh Bandai Namco Experience Inc.
Selain itu, peminat karakter comel dari Jepun boleh menantikan pop-up Sumikkogurashi yang akan berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027.
Pengunjung berpeluang meneroka ruang bertema dan bertemu karakter kegemaran mereka. Memang menarik untuk dijadikan salah satu aktiviti bersama keluarga!
PROMOSI PEMBUKAAN – PELUANG MENANG MERCEDES-BENZ!
Siapa yang suka promosi dan hadiah menarik? Sempena pembukaan AEON Mall KL Midtown, pengunjung juga berpeluang menyertai kempen “Drive Your Dream”.
Kempen ini berlangsung dari 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027.
Caranya, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 melalui gabungan sehingga dua resit pada hari yang samadi mana-mana penyewa pusat beli-belah termasuk AEON Retail berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz A200 Progressive Line serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Menarik juga kan? Kalau memang ada perancangan untuk membeli-belah di sini, bolehlah ambil peluang menyertai kempen ini. Pastikan simpan resit pembelian dan semak terma serta syarat kempen untuk maklumat penyertaan lanjut.
KEMUDAHAN PENGANGKUTAN KE AEON MALL KL MIDTOWN
Dari segi lokasi, AEON Mall KL Midtown boleh diakses melalui beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya SPRINT, DUKE, NKVE dan Penchala Link.
Untuk kemudahan pengunjung, AEON turut menyediakan perkhidmatan Mobi Connect, iaitu pengangkutan ulang-alik yang menghubungkan kawasan sekitar dan stesen MRT Sentul Barat ke pusat beli-belah ini.
Lebih menarik, sempena pembukaan, ahli AEON boleh menikmati perkhidmatan bas ulang-alik ini secara percuma selama sebulan.
Jadi, bagi yang ingin berkunjung, bolehlah semak maklumat perjalanan dan kemudahan pengangkutan yang disediakan terlebih dahulu.
TAK SABAR NAK EXPLORE AEON MALL KL MIDTOWN!
Secara keseluruhannya, pengalaman menyertai AEON Hometown Forest Programme memberikan Mommy peluang untuk melihat sendiri usaha AEON dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan mesra komuniti.
Seronok dapat turut serta dalam aktiviti penanaman pokok, apatah lagi apabila kita tahu usaha kecil ini merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menjadikan kawasan sekitar lebih nyaman.
Memandangkan Mommy dah berpeluang datang ke sini lebih awal, memang rasa teruja nak kembali semula selepas AEON Mall KL Midtown dibuka kepada orang ramai pada 5 November nanti.
Tak sabar nak explore setiap tingkat, tengok kedai-kedai menarik, cuba pilihan makanan dan mungkin singgah ke beberapa kedai yang dah masuk dalam wishlist Mommy!
Korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur bolehlah masukkan AEON Mall KL Midtown dalam senarai tempat untuk dikunjungi.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tenant, promosi dan aktiviti menarik, boleh ikuti akaun Instagram rasmi @aeonmall.klmidtown.
Jumpa di AEON Mall KL Midtown nanti! Small actions today, greener tomorrow! 🌱


