Sat. Sep 27th, 2025

“Maaf Puan, kami tak dapat menjaganya”

Bila dah sehari tak pergi..

“sana Daddy.. sekolah sana”

Bila dah 2 hari tak pergi..

“sana Daddy.. sekolah sana”

Well.. korang rasa masa tu air mata Mommy banyak mana?

Hati mana yang tak sedih. Baru 2 hari, dah kena rejek. Tak mengapa. Ariq perlu diberi lebih perhatian kali ini. Biar Mommy yang handle sendiri.

Ya.. yang tertanya apa jadi, kenapa sedih, etc2.. Ini jawapannya.

Tadika tak dapat terima pelajar bernama Ariq Emir.

Tadika tahun lepas? Terima cuma mungkin Mommy nak Ariq biasakan diri untuk kelas pula tahun 2017 ini. Sebab tahun lepas masih belum masuk kelas. Jadi Mommy tukar tadika sebab taknak dia terbiasa dengan habit lama di tadika lama. Rupanya.. adik belum bersedia untuk ke kelas? Atau..

Bukan nak salahkan cikgu 100%. Mommy kenal anak Mommy macam mana.

Mommy taknak biarkan dia tidak diterima lagi. Mommy tau, dia special dengan caranya.

Kalau dulu, siapa yang dah lama kenal Mommy, Mommy sangat risau perihal si kakak Hannah yang berbahasa Jargon. Cuma Mommy Daddy je faham bahasa dia. Sekarang, dah petah sangat sampai tak larat layan. Cepat sangat belajar si kakak ni. Mommy tahu, adik pun sama bijak! Dengan cara adik, kan?

Ada je yang cakap, “biasa la tu Mommy.. Ariq besar nanti, ok lah dia.” Well.. kalau dia masih hyper, berlari-lari, memanjat-manjat, terjerit secara tiba-tiba, masih baring di mall dan semuanya itu masih sama, Mommy nak biar sampai bila?

Kali terakhir temujanji Speech Therapy untuk Ariq Emir ialah pada bulan Jun 2016. Dan pada hari itulah paed sahkan yang Ariq cuma speech delay. Tiada ciri autisma. Walaupun speech delay, sekarang dah nak masuk umur 5 tahun. Vocab masih kurang. Perangai pula bertambah-tambah.

Ariq masih dengar cakap.

Ariq kenal semua huruf, nombor, abjad dan kiraan sejak dari umur 3 tahun. Sekarang kiraan dalam English pun dah boleh sampai 20. In which benda tu Mommy sangat-sangat kagum dah. Vocab pun dah bertambah. It just dia suka lari-lari. Hahaha.. Dan tak boleh fokus macam budak biasa dalam kelas duduk statik atas kerusi pandang cikgu atau menulis. He can’t. At a moment. Mungkin dia berubah nanti. Inshaa Allah.

Mommy kena buat sesuatu.

Mommy akan tolong adik.

Mommy tak mampu nak ke Early Intervention Program yang rata2 nya kelas swasta. Mahal dik. Mommy cuma mampu yang kerajaan sahaja. Hati Mommy koyak dik. Mommy nak adik cepat improve. Tapi.. Mommy..

Mommy mohon adik bagi kerjasama.

Adik dah 5 tahun.

Adik dah nak masuk sekolah 2 tahun je lagi.

Kelas 5 tahun pun adik tak dapat masuk ni? Macam mana nak tadika tahun depan?

Mana Mommy mampu tahan hati ni dik!

ARIQ EMIR BIN HARIS ANUAR..

Takpe….

Mommy dah buat keputusan dah.

Moga Allah bantu Mommy.

Mommy tahu.. suatu hari nanti, Mommy mesti berterima kasih dengan adik. Mommy tahu dik.. Mommy tahu tu.. *kesatmata

#mogakeputusanMommytepat Amin YRA..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!