Tak sabarnya alahai. Lagi 2 bulan, Mommy akan ke tempat sejuk. Woahhhhh.

Best tak? Best tak? Ok untuk Mommy yang belum pernah jejak mana-mana negara yang ada 4 musim ni, terujanya tu sedikit over la. Hee. Jadi, Mommy agak gigih mencari maklumat mengenai negara tersebut dan paling penting, gaya di sana. Amboiii. Musim sejuk pun nak bergaya ye? Dah tentu! Musim sejuk bukan penghalang untuk bergaya ok?
Tips penting ketika musim sejuk ialah memastikan pakaian yang dipilih itu sesuai untuk musim tersebut untuk elak diri jatuh sakit waktu tengah bercuti tu. Rugi kot kalau perlu lepak je kat guest house kan?
8 TIPS PAKAIAN KETIKA MUSIM SEJUK
Apakah pakaian wajib ada ketika musim sejuk ya?
Thermal Wear
Thermal wear seperti HeatTech & LongJohn sangat diperlukan oleh orang macam Mommy. Musim sejuk kan? Memang wajib beli pakaian begini. Baju ini ringan, nipis dan bertujuan untuk memanaskan badan. Ini dijadikan sebagai lapisan pertama, terutamanya jika suhu 5 darjah celsius ke bawah.
Tshirt Biasa
Ketika Mommy ke salah sebuah kedai menjual pakaian sejuk baru-baru ini, Mommy diberi penerangan khas yang tshirt biasa juga diperlukan selepas memakai thermal wear. Untuk negara seperti Korea & Eropah, mereka lebih memegang konsep memakai berlapis-lapis (layer by layer).
Wool / Acrylic Sweater
Selepas itulah baru kita pakai Wool / Acrylic Sweater. Menurut Sales Assistant kedai pakaian sejuk itu, katanya beza antara kedua-dua jenis baju panas ini dari segi benangnya. Acrylic (benang sintetik) lebih murah berbanding benang jenis Wool (bulu lembut daripada biri-biri contohnya). Acrylic dijual dengan harga lebih murah. Akan tetapi, acrylic lebih ringan dan lebih selesa untuk kanak-kanak. Acrylic lebih senang dijaga dan kulit tidak mudah menjadi gatal apabila dipakai. Bagi Mommy, kedua-duanya ok dan terpulang untuk korang untuk memilih. Lagipun baju panas ini dijadikan lapisan ketiga kan? Tiada isu gatal rasanya. Hihi. Tapi kalau korang jenis tahan sejuk, cukup dengan Winter Coat, baju panas ni tak perlu lah. Mommy? Wajib juga sebab tahu dah tak tahannnn!

Winter Coat
Ini dah tentu item paling wajib kecualilah kalau korang adalah iceman atau sejenis Olaf. Hehe..

Sales Assistant di kedai yang Mommy masuk tu juga ada menyarankan Mommy memilih winter coat jenis kalis air di luar dan wool di bahagian dalam. Seeloknya kita perlu memilih coat yang tidak longgar supaya tiada angin yang boleh masuk. Pilih yang betul-betul fit dengan korang. Jaket tersebut seeloknya mempunyai hood dan poket untuk elak diri dari kesejukan jika lapisan-lapisan pakaian lain / sarung tangan tidak berjaya memanaskan badan / tangan korang.

Cunnya. Aduhhhh..
Stokin & Sarung Tangan
Perlu untuk elak kaki dan tangan korang kebas wey! Sejuk kan! Stokin tu, paling penting tambah-tambah masa tidur. Material yang dicadangkan ialah wool. Pakai berlapis-lapis untuk kekalkan kepanasan.

Ada yang sarankan sarung tangan wool kerana lebih selesa. Tapi, mudah terdedah kepada kelembapan (dari salji khasnya). Ada yang menyarankan menggunakan sarung tangan jenis Acrylic / PVC. Tapi kedua-duanya tu tak cukup untuk memanaskan tapak tangan. Tapi Sales Assistant tersebut tetap menyarankan Mommy memilih sarung tangan jenis wool.
Topi / Snow Cap & Penutup Telinga
Penting untuk kawal suhu badan. Bagi muslimah, dah untung dah sebab kita dah ada 1 layer atas kepala iaitu tudung. Jadi, kalau nak guna penutup telinga (earmuff) tu sahaja pun dah ok. Boleh juga lilit scarf di bahagian leher untuk panaskan kawasan tersebut.
Shawl / Skaf
Boleh guna shawl / skaf untuk lilit leher bagi kekalkan haba. Kadang-kadang bila kita rasa sejuk dan tak dapat bernafas, cuma tarik sahaja shawl tersebut ke bahagian hidung dan mulut untuk bernafas seperti biasa.
Kasut / Boot
Boot paling sesuai. Kasut pilihan mestilah jenis bertutup. Kasut sukan seperti running shoes juga sesuai kerana tapaknya yang tinggi. Jika kawasan yang kita nak lawat tu tebal saljinya, boot lebih sesuai. Ini untuk mengelakkan salji masuk di bahagian buku lali kita.

BERGAYA DI MUSIM SEJUK
Mommy agak berkenan dengan gaya-gaya di bawah ini. Macam yang Mommy katakan tadi, musim sejuk bukan penghalang untuk kita bergaya. Ewah..

Cantik kannn?
ONLINE SHOPPING MUDAH DENGAN KUPON PAYLESSER
Ada tips hebat untuk memudahkan korang membeli belah dalam talian sekarang iaitu dengan menggunakan KUPON!! Mommy dapati yang my.paylesser.com membantu pengguna dalam talian dengan menawarkan pelbagai kupon terkini dan tawaran hebat!

Contohnya Zalora Discount Code yang menawarkan diskaun habis-habisan! Memang rambang mata la nak shopping!! Ada banyakkkk sangat kedai online hebat seperti Sephora, Lazada, Expedia, Agoda, Hermo, Legoland dan banyak lagi! Wow! Dengan Paylesser, kenapa bayar lebih?!! Jadi bolehlah Mommy shopping pakaian untuk winter di atas melalui kupon-kupon yang ditawarkan. Jimat beb!