LIRIK SUDAH KU TAHU – THE PROJECTOR BAND

TENTANG LAGU SUDAH KU TAHU | Sudah Ku Tahu merupakan lagu daripada The Projector Band yang membawa tema kecewa apabila cinta yang diharapkan rupanya tidak berbalas. Liriknya menggambarkan perasaan seseorang yang mengetahui dirinya tidak lagi dicintai, tetapi masih bertahan dan menunggu.

Apa yang menarik perhatian Mommy tentang lagu ni memang bunyi muziknya. Ada bahagian yang perlahan dan kemudian masuk elemen rock yang buat lagu ni terasa macam ada sentuhan rock kapak. Sebab tu bila dengar, terus rasa macam throwback lagu-lagu rock zaman dulu. 😆

MAKSUD LAGU SUDAH KU TAHU

Daripada liriknya, lagu ini berkisarkan tentang cinta yang dipersiakan dan keputusan untuk melepaskan seseorang yang sudah tidak menghargai hubungan tersebut.

Watak dalam lagu sedar bahawa dia sudah banyak berkorban, tetapi akhirnya terpaksa menerima kenyataan bahawa cintanya tidak dibalas. Bahagian “aku kau lupa, aku kau luka” pula menggambarkan rasa terluka selepas hubungan tersebut berakhir.

Pada akhirnya, dia memilih untuk pergi dan mengucapkan selamat tinggal walaupun masih ada rasa cinta.

LIRIK SUDAH KU TAHU – THE PROJECTOR BAND

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo!!!

C/O Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!