10 IDEA HADIAH HARI GURU 2017 | Kalau semalam, Mommy bagi Idea Hadiah Hari Ibu, minggu depan, pada 16 Mei 2017, kita bakal sambut Hari Guru pula. Sekolah Hannah pun tak terkecuali nak sambut Hari Guru ni.. Sekolah Kebangsaan dan juga KAFA. Pening juga nak dapatkan idea hadiah hari guru ni. Dan kebetulan hari ni Mommy terjumpa beberapa post lama Mommy untuk digunapakai semula. Hehe. Mungkin ada yang berminat nak guna idea tu juga kan?
Tak semestinya kena sama. Jadilah kreatif sikit. Nak bagi hadiah ni, ikut kemampuan masing-masing. Kalau mampu beli barang mahal, silakan. Kalau nak DIY, pun silakan. Setahun sekali je nak kasi hadiah hari guru ni. Penghargaan buat mereka.
10 IDEA HADIAH HARI GURU 2017
1. Pen Merah
Idea yang sangat-sangat-sangat popular. Haha. Sebab cikgu memerlukan pen merah sepanjang kerjaya mereka. Ini diakui oleh cikgu-cikgu sendiri. Kan? Jadi untuk bagi hadiah kepada guru ni, jangan la korang suruh anak hulur sebatang pen je. Kesian kot. Apa kata buat macam ni, hias2 la sikit. Baru canggih sikit.

2. Sharpie/Highlighter/Marker Pen
Pun berguna juga kot untuk guru. Boleh tiru idea ini.

3. Biskut/Kek
Andai ibu bapa terer baking dan nak cikgu rasa air tangan ibu bapa tu, berikan hadiah seperti ini. Kalau nak promot bisnes baking tu, sertakan namecard sekali. Guru-guru ni dia ada aura sampaikan berita bes-bes, kek/biskut anda sedap, sure dia bagitau contact anda. Sambil selam, sambil minum air. Bijak kan Mommy?

4. Bookmark / Penanda Buku
Pun canggih juga. Tak pun boleh hadiahkan sekali novel ke. Asalkan kat penanda buku tu, letak nama anak kan? Kalau kita ada kawan baik sebagai guru pun, hadiahkan novel beserta penanda buku tu, sure best.
Contoh Mommy pernah DIY penanda buku untuk cikgu-cikgu Hannah & Ariq di tadika Little Caliph dulu. Boleh tengok CARA DIY PENANDA BUKU

5. Lighting bulb
Ini DIY Mommy sendiri untuk Hadiah Hari Guru 2016. Untuk cikgu-cikgu tadika Hannah & Ariq di Little Caliph yang menerangi hati anak-anak Mommy sepanjang persekolahan di sana.

6. Foundation RoseTyara.
Hadiah gempak kalau anak-anak korang tahu yang cikgu kesayangan mereka kaki mekap. Haaa.. Serius sebab Foundation Rosetyara ini memang terbaik. Full coverage, tak capuk, ringan, ada SPF, memang flawless habis. Kalau mampu, beli je sebotol besar full size. Kalau rasa nak bajet sikit, boleh beli trial size je. Yang penting, ikhlas dari anak murid kepada cikgu tersayang.
7. Supplemen VCO
VCO (Virgin Coconut Oil) atau minyak kelapa dara sangat efektif untuk tenaga ye kawan-kawan. Cikgu-cikgu zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu. Sampaikan hari cuti pun tetap kena kerja. Sibuknya. Jadi, keletihan melanda lah kan? Boleh hadiahkan mereka sebotol VCO dan lihat apa kata mereka yang amal nanti. Selain merawat badan dari dalam, wajah mereka pun akan tampil segar. Flawless, percayalah. Tak perlu tebal-tebal mekap.
8. Kekacang
Kekacang di dalam botol. Pun masih relevan untuk dijadikan hadiah hari guru. Bukan susah pun. Pergi cari botol kaca, masukkan kacang ikut warna, ikat riben, done! Macam idea Mommy untuk hadiah hari guru 2015 ini.

9. Frame / Bingkai Gambar
Bingkai gambar yang letak ucapan ke, gambar anak-anak dengan guru ke, atau apa-apa sahaja yang rasa cantik dan mudah dibuat.

10. Tempah MUG/ Beli kat kedai cenderahati
Idea paling mudah dan jimat masa sebenarnya. Tak perlu DIY. Order je. Mudah dan jimat masa.Cuma mungkin sedikit mahal la kot. Tapi, kena pandai-pandailah survey. Macam tu. Banyak je kedai / online yang jual hadiah-hadiah cenderahati untuk guru time ni.

Apa lagi ye? Mommy pun sebenarnya masih terkial-kial nak mencari idea hadiah hari guru 2017 ni. Makin lama makin malas nak men-DIY. Mcam mana la ni. Hahahaha. Good luck untuk yang nak mencari idea dan terus buat. Buat guru-guru semua, Selamat Hari Guru. Tak terkecuali keluarga yang menjadi Guru Mommy dari kecil.
idea yg bijak, tq YB
Baguslah korang ni. Fikir guna otak je ……
Kalau saya guna otak pon dah pengsan…..
hehehehehehe…….
hahaha. gugel je kak..
rajinnya shehan.. mcm2 idea eh..i ni beli jer yg dah siap.hehe
Ohhb rupanya nak promote produk dia rupanya…. Hahahahah
so?