5 BINTANG : BOBOIBOY THE MOVIE | WAJIB TONTON. Itu je Mommy boleh concludekan selepas menonton Boboiboy the Movie hari sabtu lepas (05032016), 2 hari selepas tayangan bermula. Ingat senang ke berjanji dengan anak? Takkan berhenti menyebut selagi tak pergi. Hehe #boboiboymovie
TEASER
SINOPSIS
Filem yang mengisahkan Boboiboy dan kawan-kawan yang cuba menyelamatkan Ochobot yang diculik oleh geng Tengkotak, untuk mengesan sfera kuasa. Ada adegan menyayat hati apabila Boboiboy hampir kehilangan Ochobot.
ISTILAH-ISTILAH HEBAT YANG BOLEH DIPELAJARI ANAK
Sfera Kuasa , Pulau Terapung , Kuasa lohong hitam, Teleportasi
WATAK-WATAK
Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Ochobot, Papa Zola, Tok Aba, Adudu, Probe. Watak baru ialah Tengkotak, Klamkabot, Bora Ra, Gaga Naz, Yoyo Oo dan Ciciko
TARIKAN
Lebih komedi – nama-nama watak memang kelakar tapi serius kreatif! Tengkotak, Klamkabot, Bora Ra, Gaga Naz, Yoyo Oo, Ciciko. Selain itu, of course dialog cikgu Papa paling banyak menggeletek hati. Terbahak-bahak masing2 setiap word yang cikgu Papa keluarkan. Dengan habit selfie tak hengat tu. Hahaha. Last part, tak tertinggal selfie beliau tu.
A photo posted by YB Shehan (@myapilot) on
Lebih romantik – kelakar sangat bila lagu C.I.N.T.A (dari XPDC) dimainkan. Dan ada satu dialog yang sangatlah #pickupline antara Kikita & Adudu.
Lebih terbaik – dengan aksi-aksi setiap watak. Paling Mommy kagum bila team sudah ‘upgrade’ kuasa masing2. Fuhhhh.
PUAS HATI. 5 BINTANG
Anak-anak truly enjoy (maafkanlah wajah mereka. Si kakak baru nak start mengantuk, adik plak memang tak gemar snap pic. hee)
A photo posted by YB Shehan (@myapilot) on
Mommy sarankan parent bawa la anak-anak menonton Boboiboy The Movie ini. Jangan tak tahu, siap ada budak yang datang alone tau. Punya minat agaknya. Terbaikkkkkkkk!!!