Fri. Oct 4th, 2024

WORLD AUTISM AWARENESS DAY – PENDEDAHAN MOMMY!

WORLD AUTISM AWARENESS DAY - PENDEDAHAN MOMMY!

Mommy berkira-kira nak menulis entri ini. Ye lah.. Hati tisu, kang menulis ni, mula laaaa. Tapi Mommy cuba untuk tulis santai, supaya korang tak perlu sediakan tisu kat tepi, ok? Haha..

Pagi 4 April 2018, Mommy terpandang satu video yang bertajuk “Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme”. Perlu ke Mommy tulis pengalaman Mommy juga? Lagipun, ok juga sempena World Autism Awareness 2 April lalu kan?

Sebelum tu.. korang boleh layan video ni dulu..

Ramai cakap.. hebatnya.. kuatnya.. tak nafi. Memang ibu bapa yang diuji perkara sebegini, memang kuat.

Tapi tahukah korang? Setiap ujian yang Allah berikan itu, memang untuk mengajar kita supaya jadi kuat? Nak tak nak, kita tetap kena hadap?

“Belum tentu aku mampu hadap”.. Betul.. Kita tak pernah sangka yang kita akan hadap ujian sedemikian. Tapi, kita nak biarkan aje ke kalau kita lalui perkara itu?

Percayalah.. kita semua kuat.

Cuma.. jika kita tidak diuji, berilah sokongan kepada yang diuji. Jika kita tidak faham, cuba ambil masa untuk fahamkan situasi dan kelainan ini.

AUTISME.. AUTISMA.. AUTISM.. Apa yang korang faham?

Bila ditanya, apa yang korang faham tentang Autism.. Boleh jawab tak agak2? Boleh ciri-cirikan tak apa itu Autism?

Autism bukan cacat. Autism bukan terencat. Autism bukan disebabkan ibu bapa gagal mendidik. Tetapi Autism adalah sejenis condition di mana ianya melibatkan spectrum (cuba tengok pelangi tu.. ada warna yang terang, ada yang gelap), melibatkan masalah perkembangan neuro (neurodevelopmental).

WORLD AUTISM AWARENESS DAY - PENDEDAHAN MOMMY! 2
Many challenges, each child unique.

Kalau korang pernah baca entri Mommy perihal direjek tadika, korang akan faham kelainan sikap tersebut.

“budak ini taknak fokus, asyik lari, kacau orang”
“salah siapa ni.. parent la ni, tak reti nak didik, tak reti nak ajar disiplin”

Yup.. Mommy pernah hadap perkara begitu.

Well. korang yang baca mesti kata “ishhhhh.. siapa mulut jahat tu???” Tapi, perkara begitu tak mustahil terdetik di hati kita bila kita tengok budak yang ‘nakal’ sebegini. Sedar tak sedar, termengumpat dalam hati. Jangan nafi! Benda ni betul jer..

“ehhhhh budak ni, kacau orang, tolak orang, pastu buat muka tak bersalah. apahallllll??”
“minta maaf.. dia special. dia ada autism”

Malangnya, yang tak faham akan ingat Autism itu cacat.. “aku tengok anak ko ni sihat je, sempurna je.. cacat kot mana?”

Korang boleh imagine tak? Betapa susahnya nak fahamkan orang?

***

Mommy ada 2 orang anak, seorang perempuan, seorang lelaki. Syukur. Sihat kedua-duanya. Tetapi, Ariq Emir disahkan ada ASD with comorbid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Autism Spectrum Disorder, untuk kes Ariq dia cuma Mild Autism) ketika dia berumur 5 tahun. Yup, baru-baru ini sahaja baru confirm. Selepas melalui segala terapi dan keperluan-keperluan lain sejak dia berumur 2 tahun. Sekarang Ariq dah berusia 6 tahun.

 

A post shared by YB Shehan (@myapilot) on

Ariq memerlukan sokongan kuat dari ibu bapa, ENT (mujur tiada masalah ini), rawatan tatacara kerja dan terapi pertuturan secara intensif untuk membantu dari segi kelambatan pertuturan (speech delay) dan perkembangan motor. Selain itu, Ariq juga perlu ke special needs pre school untuk dedahkan dia kepada pendidikan formal kelak. Inshaa Allah. Saranan ni akan dibuat.

MACAM MANA BOLEH KESAN?

Mommy pernah buat entri yang agak ‘hit’ sebelum ini iaitu JIKA ADA KELAINAN, KENAPA TANGGUH? Entri tersebut sedikit sebanyak beri panduan buat ibu bapa yang rasa ada kelainan kepada anak, tetapi tak tahu macam mana nak mulakan atau bertindak untuk tolong anak mereka. Inshaa Allah. Baca dulu. Hadam betul-betul. Mommy yakin, takkan ada soalan untuk korang bertanya bila dah baca semua perenggan yang ada.

Ok sebenarnya, budak Autism ni sama je macam budak-budak lain. Ada yang kata “alaaaa.. nakal je tu, biasalah budak!”. Tetapi sebenarnya mereka ni unik dan ada cara tersendiri untuk sampaikan sesuatu.

WORLD AUTISM AWARENESS DAY - PENDEDAHAN MOMMY! 3

KENAPA MOMMY BERTINDAK UNTUK BAWA JUMPA DOKTOR DAN PAKAR TERAPI DAN JUGA PAKAR PSIKOLOGI?

Itu adalah keperluan jika kita bawa anak-anak kita berjumpa Paed di hospital. Dan uniknya Hospital Kajang, Mommy wajib jumpa Pakar Psikologi juga. Dan ini banyak membantu Mommy untuk lebih yakin dan percaya bahawa Mommy wajib ‘tolong’ anak Mommy. Yeah. Untuk elak diri dari bersikap ‘IN DENIAL’.

“Ibu.. adakah ibu in denial state tentang condition anak ibu?”

Masih terngiang-ngiang soalan doktor kepada Mommy. Mommy kelu. Tak tahu nak cakap apa. Adakah Mommy tetap nak biarkan anak Mommy tanpa bantuan, dengan harapan “nanti dia boleh bercakap sendiri, berdikari dan jadi normal macam budak lain, cumanya sekarang ni dia agak lambat”

“Ibu?”

Aduh.. apa jawapan Mommy perlu bagi ni? Dah la masa tu Daddy takde. Daddy kat Mekah masa tu. Huwaaaaaa.. Apa nak jawab ni. T_T

“Ya doktor.. saya ikut saranan doktor. Kita akan usahakan setiap prosedur..”

Mommy perlu lalui ENT checkup – psikologi – terapi pertuturan (speech therapy) – terapi tatacarakerja (occupational therapy). Better this way! Trust me!

Mommy lalui prosedur ini sepanjang tahun 2017. Selepas Mommy skip segalanya ketika Ariq berumur 3 tahun. Yaaa. Hanya setahun je Mommy pergi terapi iaitu ketika dia berusia 2 tahun. Akhirnya, umur 5 tahun (kiraan bulan 4 tahun lebih) baru mula semula. Untuk pengetahuan korang, 5 tahun bukanlah terlalu lambat. Yang penting, korang bertindak!

MOMMY NAK ADIK BERDIKARI..

Impian Mommy, adik boleh ke sekolah, boleh fokus dan mahu belajar macam anak-anak lain. Itulah keperluan silibus pelajaran di Malaysia. Tetapi, bila Mommy lalui perjalanan persekolahan kakak, Mommy tak yakin. Sedangkan Hannah yang cepat pick up pun struggle, apatah lagi Ariq.. Dia berkeperluan KHAS!

Setahun.. setahun Mommy bersama adik. Dari Mommy berhenti kerja Jan 2017, Mommy mulakan tugas Mommy untuk didik adik sepenuhnya dari Feb 2017 sehingga sekarang. Ya Allah.. Hanya tuhan yang tahu bila adik dah mampu BERBORAK, MEMANDANG MATA MOMMY, MOMMY LIHAT MATA HITAM ADIK SEPENUHNYA! ALLAHUAKBAR!

Eh korang dah nangis ke? Janganlahhhhhh..

Ya, banyak sangat peningkatan. Ariq dah tak perlukan pampers lagi. Ariq dah boleh ke toilet walaupun Mommy tetap kena tolong lagi. Haha. Ariq dah boleh berkawan. Walau kadang-kadang kawan pun marah dengan kekasaran dia. Maafkan anak Mommy ya. Dan Ariq mampu respon semua arahan dan permintaan Mommy. Allahu. Borak pun dah banyak sangat-sangat. Sampai Mommy pula kadang-kadang pening. Bukankah itu doa Mommy?

Paling terharu, bila pertama kali Mommy lepaskan untuk beraktiviti di Kidzania Go baru-baru ini. Sedikit pun dia tidak berganjak dari kerusi meja bila diarahkan duduk. Mommy nak nangis masa tu. Lama pula tu tempoh berada dalam Kidzania Go tu.. Mommy bangga sangat dengan adik dan kakak!!!

Paling kelakar, trainer tak tanya pun, dia boleh bagitau “adik saya special”. Hahah. Terangguk-angguk trainer tu.. Agaknya sebab adik asik melilau je mata.. hahahaha.. Takpe lah. At least kakak tak malu langsung. Dan mungkin dia sendiri tak faham.

Ariq ni bila datang ‘syeih’ dia, mula la dia buat perkara yang menjengkelkan. Hahaha. Menjengkelkan tu maksudnya contoh baring kat mall, nangis takdak punca, meraung, menjerit, baran. Kadang-kadang tu, dia expect kita dah boleh baca ‘minda’ dia, bila kita tak buat, dia nangis la baling-baling barang. Habit dia bermain pun kena pantau. Kang silap-silap, sambil mandi dia boleh main berus jamban. Huwaaaaaaaaaaa.. Kena alert.

NAK LAWAN STIGMA MASYARAKAT

Mommy taknak biar dia kat rumah saja. Mommy pernah buat perkara ini dahulu. Sampai sekarang Mommy takut untuk bercampur. Penat. Penat nak fahamkan orang. Kali ni, biar sahajalah. Selagi tak mencederakan orang, Mommy perlu biar dia bergaul. Ada yang cakap, tak perlulah mohon kad OKU. Nanti orang fikir macam-macam.

Ok yang ini, Mommy nak bagitau sikit. Jangan malu. Jangan takut. Ada kad OKU ni, satu je kekurangannya. Iaitu Stigma Masyarakat. Tapi sampai bila. Autism bukan penyakit. Autism bukan cacat! Cuma dikategorikan sebagai Masalah Pembelajaran. Kenapa perlu malu untuk ada kad OKU yang lebih memudahkan mereka kelak?

Hikmah ujian ini merubah hidup Mommy. Kalau dulu Mommy cakap tak mungkin Mommy mampu berhenti kerja, Mommy dah buat sekarang. Malaysia ni mungkin tak nampak lagi sokongan kuat macam negara luar. Even nak ke terapi pun, mahalnya lah. Ini fakta ya. Mommy tak mampu, walau Mommy teringin sangat-sangat! Ariq perlu ke Speech Therapy tiap-tiap minggu. Tapi jika kosnya mahal, Mommy cuma mampu tunggu 4 bulan sekali untuk ke ST hospital kerajaan. Terlalu ramai. Sungguh. Ini fakta. Sedih kan? Sebab inilah kita perlu buka mata kita, untuk menerima kelainan seperti ini.

2 instagram yang selalu menyentuh hati Mommy, iaitu Adam’s Autism Family & Zarina Zainuddin sendiri.. Mungkin Ariq tak sampai tahap tu sebab Ariq cuma Mild Autism, tapi sedikit sebanyak Mommy kagum usaha mereka dalam ‘melayan karenah anak syurga’ ini. Peluang pahala yang banyak dalam menjaga anak-anak begini.

Ada soalan? Takkan ada kalau korang baca semuanya di atas. Hahaha.. Korang pun boleh follow #ariqemirbuatterapi kalau nak tengok apa aktiviti Ariq. Mommy tak perlukan ‘kesiannya, kesiannya’ tu.. Mommy perlukan sokongan dan fahaman dari kalian je. Sayangilah anak-anak dari syurga begini.

“We need your love, support and acceptance”.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

21 thoughts on “WORLD AUTISM AWARENESS DAY – PENDEDAHAN MOMMY!”
  1. Bertabahlah Mommy..memang kena kuat mental & fizikal juga utk menghadapi cabaran2 menjaga anak special. I paham sebab i ada adik n kakak oku. Walaupun berlainan dari autism tp bab menghadap stigma masyarakat tetap sama..

  2. Haish..mengalir dah airmata..anak huda pun hyper..orang kata nakal..teruk. Remuk rasa hati seorang ibu. Tapi yakinlah, Allah uji mengikut kemampuan hambaNya. She memang kuat! Semoga Allah hadiahkan kemudahan dikemudian hari.

  3. Mommy seorang yang kuat.Sebab itu allah kurniakan mommy dengan cahaya mata sebegini. Insyallah,mommy jangan marah-marah tension.Kami ada disini.. sedia mendengar keluh kesah mommy.

  4. Juju tak mahu cakap Sabar & Tabah. Perkataan itu sudah cukup imun buat mommy she!
    Juju nak cakap, mommy satu anugerah kurniaan Allah, tak ternilai!

    Terima kasih mendidik Ariq, lihat dia tunjuk satu-satu yang dia boleh berdikari.
    Juju yakin, bila sokongan padu dari ibu ayah dalam hal ini, anak lebih cepat belajar dan memahami.

    Well done she..lalui jalan ini dengan tenang, you can do it!

    Ariq too!

    Regards,
    Mommy juju and Abg Qi
    (We support)

  5. Akak faham perasaan Shehan sebab anak buah akak pun sama.. dia dah 11 tahun sekarang. Tapi baru dapat bercakap sikit-sikit. Mengamuk sakan bila tak dapat apa dia nak. Tapi kalau dia dah suka seseorang tu, memang asyik peluk n cium je keje. Orang yang tak kenal dan tak tau pasal autisme ni memang macam2 bunyi. Pandang pun semacam je. Takpelah..diorang tak tau. Sabar ye.. moga ada yang terbaik nanti..

  6. Tak tahu nk komen mcm mana .. tplisa tau keadaan tu mcm mana. anak pakcik pun autism , tp lagi truk sebab ditambah dengna kepala membesar sampai akhirnya buta . alhamdulillah smpai skrg masih sihat walaupu perlu rawatan buang cecair dari kepala or otak dia .

    semoga kak she sabar.. kak she kuat keyhhh . ariq… smoga mjd anak soleh dan berbakti kepada parents <3

  7. kena sabar tau, moga mommy kuat
    za ada anak buah sepupu yang autism, tp cantik budanya, sopan tak nmpak mcam autism person pun..

  8. memang kuat siapa yang punyai anak autism ni. tapi mereka ni special dan ada kelebihan tersendiri. suka tengok zarina punya ig post pasal anak dia..semoga kak she kuat dan mampu jaga anak special macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!