Sambungan kisah UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON DAN MIRAGE HOTEL
Seronok main-main sehingga tetiba hujan turun. Sedih betul. Kejap sangat boleh main-main pasir.
Memandangkan dah hujan, kami teruskan perjalanan mencari makan. Dan Daddy akhirnya berkeputusan untuk menginap di hotel dan bukannya balik hari. Macam Mommy cerita la, baju ngam2 je bawa. Sampaikan pampers dan susu anak pun tak bawa. Haha. Ariq ni minum susu botol malam je. Dah fikir nak balik hari, so tak perlu la bawa. Pampers pun ngam2 untuk 1 hari je la. Aduhai.
Betul ke nak stay ni?
Daddy cakap jom la kita terjah dulu mana-mana hotel. Murah baru la ambil. Memang kami langsung tak buat research harga hotel ke apa. Main jalan-jalan dan terpandang ke Hotel warna merah ini dari jauh.
Wah. Hotel baru. Namanya Hotel Mirage. Ok terjah tanya harga dulu. Ada 2 block. Kiri dan kanan. Yang kanan ada kaunter pertanyaan dan pendaftaran. Kemain lama Mommy menunggu Daddy dalam kereta. Tanya harga ke daftar terus nih??
Rupanya Daddy terus daftar. Harga semalam ialah RM138. Tapi dapat offer RM130 sahaja. Bilik kami, perlu ke block sebelah kiri, SOUTH BLOCK.
Ada 2 orang budak yang pantang jumpa lif. Berebut nak tekan. Lengang je kat bawah ni, memang tiada apa2. Kaunter pun tak ada. Memang perlu naik terus ke bilik je.
Inilah dia rupa bilik Hotel Mirage yang daddy pilih. RM130 semalam. Ada 2 katil single. Tapi jangan risau, boleh dirapatkan.
Ada meja study dan FREE Wifi ok. Laju pulak tu. Cuma tiada peti ais. Takpe, tak penting sangat peti ais bagi Mommy. Lagipun, bestnya hotel ini, turun bawah je ada 7E. Tak payah risau langsung nak minum air sejuk2 atau beli makanan tengah2 malam.
Konsep open wardrobe. Simple giler! Kasut tersusun tu untuk pengetahuan uols ialah kerja si kakak. Memang tak boleh tengok sepah2. Hii
Perasan sesuatu tak kat kepala katil tu?
Ok. Close-up sikit. Cantik pilihan head bed mereka. Bunga rose gitu.
Toilet pun ok. Air panas berfungsi dengan baik. Penting tu untuk Mommy. Tak tahan sejuk. Hii
Cantik betul suasana petang di Teluk Kemang.
Cuaca? Tetiba hujan turun lagi.
Tapi sempat la enjoy mandi manda. Ombak kuat. Air pasang.
Memandangkan dah hujan, lepak sekejap kat kedai makan dalam kawasan Teluk Kemang tu. Daddy nak makan Mee Udang Banjir. Mommy pun tiru juga. Semangkuk ini RM9. Fuh.
Daddy cuba Coconut Lime Shake. Harga RM5 rasanya.
Sebelah malam pula, kami tak dinner sebab dah kekenyangan. Penat pusing-pusing cari baju persalinan untuk esok hari, pampers dan susu anak di Family Store, Daddy ajak makan kat restoran yang sangat dekat dengan hotel. Bawah tu aje. Tak perlu drive pun. Jalan kaki. Layan makanan goreng2. Sedap jugak!
Selesai makan, singgah kejap 7E sebelum naik ke bilik. Layan aiskrim.
Mudah betul la bagi Mommy. Ada kemudahan macam ni berdekatan hotel. Mommy bagi rating 4/5 untuk harga sederhana macam tu, keselesaan hotel dan kemudahan sekeliling hotel.
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Seronok kan luang masa dengan anak-anak hihihi .Salam kenal n follow sini
tak berani lagi nak bawa anak-anak mandi laut.. kenapa entah.. hahahahaa.. asik bawa gi mandi kat water park je… errmmm, tahun depan masing2 dah besar sikit baru boleh bawa mandi laut kot… :)apapun, nice cerita YB pasal percutian tak dirancang ni.. kadang2 yg tak dirancang tu lebih menarik kan.. 🙂
slm kenal.. seronok sgt2
tq kak. aah. menarik sgt mandi laut ni. mula2 mgkn takut
salam sis..mee udang banjir tu kat gerai nama apa yea? mcm menarik utk pegi cuba hujung minggu ni.
kt food court kawasan teluk kemang tu.. tepi sekali sblh kiri.
bagusnya, restoran dekat dengan hotel…nak try gak lah cuti2 nih
Aah. Best jgk. Bajet sumore
menarik walaupun jauh dari pantai
your service is very effective for the visitors.it’s very helpful who make an unplanned trip!!