Pernah tak korang nangis bila baca biografi tentang seseorang? Pernah? Sebab apa? Rasa terbakar dengan semangat yang tertulis? Macam mana kalau kita berada di tempat mereka? Kita pernah lemah. Kita pernah ‘down’. Tetapi, adakah dengan sikap begitu, ia akan merubah masa depan kita?
“AKU TIADA MASA UNTUK BERNIAGA” – “AKU TIADA DUIT UNTUK BERNIAGA” – “AKU TIADA BAKAT DAN ILMU UNTUK BERNIAGA” – “AKU MALU, TAKUT GAGAL, TAK LAKU” – “AKU TAKUT SOMBONG BILA DAH KAYA” – “AKU TAK TAHU BILA SESUAI UNTUK MULA BERNIAGA”
Seharusnya, kita ubah fikiran negatif sebegitu kepada yang positif.
“AKU PERLU BELAJAR URUS MASA. 24 JAM ITU CUKUP” – “DISEBABKAN TIADA DUITLAH AKU PERLU BERNIAGA” – “AKU PATUT BERTINDAK SEKARANG UNTUK GALI ILMU. AKU PERLU CARI ‘GURU'” – “APA AKU DAPAT KALAU AKU TERUS MALU? BUAT SAJA” – “RAMAI JE YANG SOMBONG.. TIADA KAITAN DENGAN JADI KAYA. AKU KAYA UNTUK BANTU ORANG LAIN PULA” – “NOW! NOW! MULAKAN DARI SEKARANG. JANGAN TUNGGU LAGI UNTUK BERJAYA!”
ODYSSEY – DARI LEMBAH KE PUNCAK
Apa yang Mommy bebel ni? Oh.. inilah suntikan semangat yang Mommy dapat daripada buku motivasi terbaru yang Mommy baca iaitu “ODYSSEY – DARI LEMBAH KE PUNCAK”. Kisah tentang dua insan hebat yang melalui pelbagai halangan dan rintangan, namun tidak pernah putus asa.
Mereka bermula dari bawah. Dari kecil-kecilan, sehingga ke tahap sekarang. Jatuh, bangun, naik, ditikam, rebah, bangun semula. Itu adalah lumrah orang yang berjaya. Kenapa risau untuk lalui saat-saat begitu?REVIEW BUKU ODYSSEY
“TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK BERJAYA JIKA SANGGUP BERUSAHA KERAS” – SHARIFAH AMEELIA AKMA MOHD RAMLY
Begitu kuat semangat dua insan hebat ini. Siapakah yang Mommy maksudkan?REVIEW BUKU ODYSSEY
Mommy sangat beruntung kerana dapat mengenali peribadi Puan Sharifah Ameelia Akma ketika Mommy menyertai Kembara Qaseh ZY Phyto ke Kashmir baru-baru ini.
Di mata Mommy, beliau adalah insan yang sangat merendah diri, mudah mesra dan tak sombong. Gaya kepimpinannya jelas terserlah walaupun hakikatnya beliau sama seperti wanita bekerjaya yang lain.
Siapa sangka, beliau adalah tonggak utama ZY PHYTO bersama suaminya, Encik Zaidi Yusoff di sebalik kejayaan banyak produk terkenal dan menjadi fenomena di Malaysia ini. Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang OEM kesihatan dan kecantikan dan kini mempunyai 9 anak syarikat di bawah ZY Phyto Holdings Sdn Bhd. Hebat bukan anak Melayu begini??
Melihat sifat peribadinya, Mommy sendiri ingin mencontohi beliau dan ingin berjaya sepertinya. Tertanya tanya, apakah rahsia beliau?
PENULISAN SANTAI DAN TERTARIK UNTUK TERUS MEMBACA
Keinginan yang membuak buak untuk mengetahui apakah rahsia kejayaan wanita hebat ini, membuatkan Mommy ‘menyelongkar’ kisah hidupnya yang dikongsikan di dalam buku ‘Odyssey – Dari Lembah ke Puncak’ hasil garapan Puan Normala Hamzah.
Buku ini bukan sahaja menceritakan kisah hidup Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly dari kecil, tetapi juga segala cabaran yang dihadapi mereka sehingga berada di puncak.
Dan untuk mempertahankan kedudukan di puncak juga tidak semudah mendaki. Keperibadian berbeza antara suami isteri, menguatkan lagi semangat mereka untuk berjaya.REVIEW BUKU ODYSSEY
“Jika kita temui kegagalan, jangan lupa lakukan 3 perkara ini : cari punca kegagalan, belajar memperbaiki kelemahan dan RASA BERSALAH yang dirasai” – Odyssey
Tulisan santai namun sangat bermakna oleh penulis buku ini, buat Mommy tak sabar nak habiskan membaca dalam tempoh 2 hari sahaja. Sentiasa tertarik untuk terus membaca, walaupun ia mempunyai 23 bab dan 175 muka surat.
Dengan harga RM49.90, apa yang Mommy dapat ialah suntikan semangat untuk terus berusaha dan tak mudah berputus asa!
“KEGAGALAN ADALAH PERJALANAN PALING MAHAL DALAM HIDUP KITA”- Odyssey
Dan di sebalik kesibukan dan kejayaan mereka, terselit sifat mulia mereka iaitu sentiasa membuat kerja amal dan menolong pihak yang memerlukan melalui salah satu anak syarikat mereka iaitu Yayasan Qaseh ZY Phyto. Bagi Mommy, inilah kunci rahsia kejayaan mereka. REVIEW BUKU ODYSSEY
Buku ini juga memaparkan ruangan pendapat peribadi anak-anak dua insan hebat ini serta pekerja-pekerja yang sentiasa menyokong mereka. Keperibadian berbeza antara satu sama lain mengukuhkan lagi perniagaan mereka.
PENDAPAT MOMMY
Pada pendapat Mommy, buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur yang mahu berjaya dan mahu disuntik semangat untuk lebih menghargai kehidupan. Kisah hidup yang dipaparkan memang menginsafkan dan buat Mommy yakin, segala kepahitan dahulu, terbalas dengan kejayaan sekarang. Dan Mommy berdoa, moga dua insan hebat ini akan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat, dan syarikat milik mereka ini akan terus gah dan menjadi sebutan ramai. REVIEW BUKU ODYSSEY
Jika nak tahu lebih lagi isi buku ini, dan berminat untuk membeli, korang boleh dapatkan daripada Putri (www.wasap.my/601128868898).
Upgrade your income, Upgrade your Life now! REVIEW BUKU ODYSSEY
“Berjaya atau Tidak Adalah Pilihan Kita dan Bukan Semata-mata Ketentuan Nasib. Sikap, Kepercayaan, Komitmen dan Keazaman Kita Mampu Mengubah Nasib dan Ketentuan Kita” – Odyssey, Dari Lembah ke Puncak.