Selepas puas melawat Hobbiton Movie Set, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua. Apa yang ada di Rotorua?
JELAJAH NEW ZEALAND DAY 2 | 30 September 2017. Masih lagi di hari kedua di bumi Kiwi, kami teruskan perjalanan ke Rotorua yang mengambil masa 2 jam dari Matamata.
Kami tiba lebih awal ke penginapan kedua kami, dari waktu yang dijanjikan. Disambut mesra oleh tuan rumah, Encik Jeff, buat kami rasa sangat selesa.

PENGINAPAN (2ND NIGHT) : RASA SAYANG VILLA, ROTORUA
Terpegun! Speechless! Terpana sejurus masuk ke villa ini. Pemiliknya berasal dari Negeri Sembilan buat kami tak kekok untuk berborak. Selain En Suhaimi dari Ikhlas Tours, kami rasa beruntung dapat kenal 1 lagi keluarga yang berasal dari Malaysia.

JANGAN LUPA BACA : CHECKLIST KE NEW ZEALAND MUSIM BUNGA
Kami dibawa mengelilingi rumah dan satu perkara yang Mommy boleh katakan ialah susun atur setiap sudut memang kemas dan berseni.

Tempat tidur yang disediakan juga selesa dan buat kami rasa sayang untuk tidak tinggal lebih lama. Jujur. Kalau lah ada peluang masa tu, Mommy nak stay lagi 1 malam.

Kawasan dapur.

Outdoor.


Siap rumah hijau. Aduh. Memang rumah idaman Mommy la macam ni.

Indah kan? Untuk pengetahuan korang, Villa ini memang digemari oleh pengunjung yang datang Ke Rotorua dan port terbaik untuk berisitirehat selepas seharian beraktiviti di Rotorua. Konsep BNB diketengahkan oleh pasangan Jeff & Dianna, dan kami beruntung dapat menikmati sarapan ala Kiwi keesokan paginya.

Yang berminat untuk tinggal di Rasa Sayang Villa ini, jangan risau. Ia termasuk dalam pakej Ikhlas Tours.

Andai korang ingin menginap di Rotorua sahaja, korang juga boleh terus hubungi En Jeff & Pn Dianna yang sangat mesra ini.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh :
- Emel : info@rasasayangvilla.nz
- Layari website : www.rasasayangvilla.nz
- FB fanpage : www.facebook.com/rasasayangvillarotorua
- Call +64221584041
Tinggal di sini buat Mommy rasa macam tinggal di rumah saudara je. Tak terasa asing langsung.. Thanks En Jeff & Pn Dianna for your great hospitality. Let’s chitchat till 12am again next year! Haha.
APA ADA DI ROTORUA?
Kalau nak describe apa ada di Rotorua, memang bersiri-siri lagi entri Mommy ni. Tapi memang Mommy akan sirikan juga sebab terlalu rugi untuk tidak diabadikan dalam blog. Semua tempat adalah tersangat cantik dan menarik.

Kalau tengok Map ni, kami pusing sekitar Auckland – Rotorua- Taupo – Hamilton – Auckland. Entri Mommy masih di sekitar Rotorua. Harap korang tak lost ye. Hihi.
Memandangkan hari masih awal apabila kami tiba di Rasa Sayang Villa, kami meneruskan aktiviti berjalan-jalan sekitar Rotorua sebelum petang menjelang. Kat NZ ni, once malam, dah mati dah bandarnya. Apa pun dah tak boleh buat.
Ke mana kami?
Kami nak lihat BUNGA!!!!
Tunggu Mommy share Part 4. Kawasannya sangat sangat sangat cantik dan wajib datang andai korang ke NZ pada musim bunga.
NOTA KAKI :
Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours. #kembarakbba9 #cosmoderm #ikhlastours #samuraiwifi #airasia #ybtravelogue
Untuk tajaan, jangan malu-malu hubungi Mommy ya?