Thu. Dec 5th, 2024

Q&A & FAKTA SERTA SALAH FAHAM MENGENAI IMUNISASI/VAKSIN ANAK2

Q&A

Bayi anda memerlukan sepenuh penjagaan dan perlindungan daripada anda. Lindungilah anak-anak anda daripada penyakit kanak-kanak yang berbahaya melalui imunisasi yang lengkap. 
1. Apa Itu Imunisasi? 
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut. 
Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara : 
Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan. Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi 
2. Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah 
  • Tibi 
  • Hepatitis B 
  • Polio 
  • Difteria 
  • Pertussis (Batuk kokol) 
  • Tetanus 
  • Measles (Campak) 
  • Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu) 
  • Rubella 
  • Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)
3. Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi 
  • Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut. 
  • Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati. 
  • Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf. 
  • Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut. 
  • Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut. 
  • Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian. 
  • Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. 
  • Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian. 
  • Mumps (beguk) mengakibatkan : radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan. 
  • Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. 
4. Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi? 
Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit­penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut. 
5. Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi? 
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Baru Kementerian Kesihatan Malaysia :- 

Baru Lahir

1
Bulan

2
Bulan

3
Bulan

5
Bulan

12
Bulan

18
Bulan

Tahun 1
Sekolah
Rendah

Tingkatan
3

BCG

Hepatitis B Dos 1

Hepatitis B Dos 2

DPT+Hib Dos 1 Polio

Dos 1

DPT+Hib Dos 2 Polio

Dos 2

DPT+Hib

Dos 3 Polio

Dos 3 Hepatitis B Dos 3

MMR
Dos 1

DPT

Dos Tambahan Polio

Dos Tambahan

MMR

Dos Tambahan Polio

Dos Tam bahan DT

Dos Tambahan

Tetanus

Dos Tambahan

  • Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru 
  • Sekiranya anak anda tercicir daripada mendapat imunisasi, segera bawa ke klinik 
  • Imunisasi DPT + Hib diberi dalam satu suntikan. 
6. Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi? 
  • Imunisasi adalah SELAMAT 
  • Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya 
  • Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku 
  • Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera. 
7. Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa? 
YA, BOLEH – Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu
8. Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit? 
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema. [for Mommy, Mommy elakkan dari sebarang sakit, sebab takut dr sket jd melarat]
9. Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang? 
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

Fakta Dan Salah Faham Mengenai Imunisasi

Salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagi kakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salah faham yang timbul. 
Contoh salah faham: 

i) Imunisasi tidak berkesan. 
Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapat perlindungan sepenuhnya. 
ii) Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku. 
Tidak benar – Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit di Malaysia. 
iii) Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain. 
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda. Sebenarnya bakteria/virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Contohnya, Bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkiti kanak­kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus. 
iv) Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri. 
Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi ini adalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.
” ANAK ANDA MEMERLUKAN YANG TERBAIK, LINDUNGINYA DENGAN IMUNISASI”
INFO: KKM [PDF FORMAT]

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!