Hai semua. Ada tak yang tercari-cari tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan ala kampung, dengan menu santapan tradisi melayu dan dikelilingi dusun serta persekitaran yang segar?
Kalau ada, nak bagitau ni.. PUTRAJAYA adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat meraikan majlis perkahwinan anda. Dan yang paling tepat, jika ianya diadakan di Laman Warisan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
RAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN ANDA DI DEWAN KLASIK LAMAN WARISAN INI..
Untuk pengetahuan anda semua, Laman Warisan ini terletak di Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Presint 16. Haa. Best sangat kat situ sebenarnya. Dan di situ juga ada Dusun Taman Warisan tau.. Mommy baru je pergi Sabtu lepas.
Laman Warisan sebenarnya adalah penjenamaan semula Medan Tani hasil kerjasama Putrajaya Floria Sdn Bhd dan Felda D’Saji Sdn Bhd.
Dan kerjasama antara 2 pihak ini adalah satu tindakan pintar di mana Taman Warisan Pertanian sebelum ini hanya terkenal sebagai lokasi yang menempatkan produk tarikan pelancongan seperti dusun buah-buahan, herba dan padi, selain tempat menjamu selera.
Kini, dengan kerjasama Felda D’Saji yang merupakan katerer perkahwinan terkenal, ia berjaya menjadi satu tarikan baharu kepada orang ramai untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat majlis perkahwinan, pelancaran majlis korporat, makan tengah hari, reunion, sambutan hari jadi dan macam-macam lagi majlis dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa.
PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN, TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA
Putrajaya Floria dengan kerjasama Felda D’Saji menawarkan Pakej Perkahwinan Laman Warisan di Taman Warisan Putrajaya kepada orang ramai khususnya kepada penduduk sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang untuk mengadakan majlis perkahwinan ala kampung di sini.
Perkahwinan romantis di bangunan rekaan tradisi dan dikelilingi kehijauan taman herba dan dusun buah-buahan tempatan pasti akan menarik lagi tumpuan bakal pengantin.
PAKEJ PERKAHWINAN BERMULA SERENDAH RM12,500
Pakej bermula RM12,500 ini menawarkan beberapa tawaran istimewa seperti berikut:
- Menu perkahwinan tradisi Melayu dihidang secara buffet
- Meja pengantin dengan lauk pauk istimewa

- Sewaan dewan, kerusi, meja dan dekorasi


- Pelamin dekorasi beserta walkway
- Lokasi fotografi percuma di Dusun Taman Warisan yang kehijauan dan ikonik
Cantik tau kawasan dalam Dusun ni..


- Memuatkan 500-750 tetamu dalam satu-satu masa
- PA Sistem basic
- Pelayan terlatih
- Tempat letak kereta percuma
- Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
- Ruang persalinan / Bilik menunggu
MAKANAN PERKAHWINAN TRADISI MELAYU
Makanan untuk majlis perkahwinan memang sedap. Mommy sendiri pernah rasa makanan yang disediakan oleh Felda D’Saji ini. Superb!


MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN
Andai ada yang berminat dengan Pakej Perkahwinan Laman Warisan ini, dan ingin dapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi maklumat di bawah :
- En Mohd Azan Dalal, Pegawai Jualan Felda D’Saji Sdn Bhd
- Tel : 014-3388794
- Emel : azan.md@felda.net.my
Sebenarnya untung kalau guna pakej ni. Tak perlu dah pening-pening kepala. Tambah pula nanti tetiba terlebih bajet sana sini. Baik guna pakej kan? Selamat melangsungkan majlis perkahwinan!