Betul tak? Dilema seorang blogger yang kadang-kadang tu mati akal juga. Tak tahu nak tulis apa.
Kadang, ada idea membuak-buak. Bila mula menulis separuh perjalanan, terlupa dan terus mati idea.
Kalau tugasan menulis macam review makanan, ada bahan pun, kadang-kadang nak memilih tajuk pun blur.

Tajuk sahaja pun dah makan masa berhari-hari. Siap tanya rakan-rakan terdekat lagi. Punyaaaaaaa la!
Mommy kadang-kadang masa mandi, pun terfikir, apa nak update hari ini. Tengah drive, bila terlintas je, cepat-cepat tulis kat notes. Tolong taip masa jem aje ok?
KENAPA NICHE BLOG PENTING?
Kalau tengok niche Mommy, ada Health, Parenting, Food, Lifestyle dan Beauty. Tamak kan?
RELATED : Mommy pernah kongsi entri mengenai kenapa kita kena ada niche di sini. Wajib baca tau!
Dengan adanya niche ni, Mommy lebih terfokus untuk menulis.
Ada Health – boleh kongsi bab kesihatan atau pengalaman Mommy melalui fasa-fasa rawatan.
Ada Parenting – boleh kongsi pengalaman dengan anak-anak dan tips2 ketika mendidik dan membesarkan anak.
Ada Food – ini banyak food baby actually. Tapi, ada juga resipi-resipi yang mesti cuba kalau ‘syeikh’ rajin Mommy ada
Ada Lifestyle – niche ni terpaksa letak gak sebab merangkumi macam-macam. Ada tips untuk travel, ada tips fesyen dan kadang-kadang tu penceritaan mengenai travel. Memang kena letak juga la. Bayangkan la entri dari tahun 2009, Mommy cuma decide perihal niche ini tahun lepas (2015). My advise, kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan blog, decide niche awal-awal. Anda akan lebih terfokus nak menulis topik mengikut niche. Believe me. Taknak caya, i tembak!
Ada Beauty – Mommy dan makeup dan fashion dan apa sahaja yang berbentuk kecantikan memang Mommy suka. Kadang-kadang Mommy ada juga buat advertorial post untuk niche beauty ini.
Sebab tu, Mommy cakap. Bila ada niche ni, mesti ada idea sikit la daripada takde kan?
Eh.. dalam takde idea, siap 1 entri. Penting pulak tu. Newbies, amek port tau! Good luck in blogging!